Pages

Sunday, July 8, 2012

Setahun lalu: Lincoln - Kansas City - Carbondale

Dah setahun berlalu baru nak buat entri ni! Termasuk trip ni, ada 3 trip yang saya belum kongsikan ceritanya di blog. Tak rajin nak pilih gambar punya pasal. Kali ni kena rajinkan juga. Sayang la pula, ini antara memori kami di perantauan yang pastinya akan dikenang saat pulang ke Malaysia nanti. Bermula daripada entri ni, insyaAllah akan ada banyak lagi entri 'Setahun lalu' yang akan menyusul ^_^.

Kami bertolak ke Kansas City waktu petang (1 Julai 2011). Pagi tu selepas Subuh kami menerima tetamu; Ku Ila sekeluarga. Dah berhari-hari sebelum tu lagi kami tunggu mereka. Akhirnya, hari yang kami nak bertolak ke Kansas City baru mereka sampai. Sekejap je la pun mereka di rumah kami. Sampai tengahari sahaja. Lepas tu mereka ziarah sebuah lagi keluarga di sini sebelum berangkat pulang ke Laramie, Wyoming.


Ku Ila dan anak-anak; Afif dan Fiaa. Shakir masih baby masa ni ^_^.


Sebelum Asar, kami sekeluarga bertolak ke Kansas City, Missouri.

Singgah solat Asar di Islamic Center of Topeka, Kansas. Berkunci pula Islamic Center masa ni. Kami solat di luar je la. Ambil wudhu' pun dengan air mineral je.


Selalunya kami ke Kansas City ikut jalan lain yang lebih dekat tapi waktu tu jalan yang biasa dilalui tu ditutup akibat banjir. Berbulan-bulan juga la jalan tu ditutup. Terpaksa guna jalan lain yang jauh sedikit. Kebiasaannya, perjalanan dari Lincoln ke Kansas City hanya memakan masa sekitar 3-4 jam tapi kali ni 5 jam baru sampai!


Dah malam pun waktu kami sampai di rumah Kak Emi - Abang Sabri. Ramai tetamu di rumah mereka masa ni.


Anak-anak dengan dunia mereka.


Tujuan utama kami ke Kansas City adalah untuk berjumpa dengan kawan kami, Amaliza (bertudung biru) yang datang nun jauh dari UK. Saya, suami dan Amaliza sama-sama jadi penuntut di USM dulu. Amaliza ada conference di Kansas City. Memandangkan Kansas City tak jauh mana, kami ambil la kesempatan ni berjumpa dengannya di sana.
Yang bertudung hijau itulah Kak Emi. Suaminya berbaju kelabu di tengah. Suami Amaliza pula berbaju kelabu sebelah kiri.


Malam tu kami bermalam di rumah Kak Emi. Pagi esoknya, kami ke rumah Kak Niza - Abang Imrat pula. Dekat je rumah Kak Emi dengan Kak Niza. Boleh jalan kaki je. Dah dekat sangat, tak sedap pula kalau tak singgah. Lagipun, kedua-dua keluarga ni kami kenal dan memang mereka je keluarga Melayu yang ada di sana.


Kak Emi dan Kak Niza masing-masing punya 3 orang anak dan ketiga-tiganya puteri.


Eh, tiba-tiba saya ada 4 orang anak! :p


Safiyyah tengah panaskan makanan dalam microwave ^_^. Di rumah Kak Niza ni ada dapur mainan. Saya terperasankan gelagat Safiyyah masa ni dan terus ambil gambarnya. Macam betul-betul je gayanya tu. Mula-mula dia buka pintu microwave tu. Lepas tu masukkan 'makanan' dalam tu. Ditutup semula pintu microwave. Tunggu beberapa saat, dibuka semula. Dah siap panas la tu ^_^. Berkali-kali dia ulang benda yang sama. Terkejut juga saya masa ni sebab tak sangka dia boleh buat macam tu. Mungkin agaknya dia perhati kami guna microwave di rumah agaknya.


Dari rumah Kak Niza tu, kami ronda sekejap di University of Missouri - Kansas City (UMKC) dengan ditemani oleh Kak Emi sekeluarga.



Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Carbondale, Illinois yang memakan masa 6-7 jam perjalanan dari Kansas City. Perancangan asal kami, hanya nak ke Kansas City je tapi beberapa hari sebelum bertolak ke Kansas City, datang idea nak lajak sikit ke Carbondale. Kebetulannya hari Isnin (4 Julai 2011) tu cuti umum sempena US Independence Day.


Sedap je Safiyyah bergolek-golek atas rumput. Dah macam aksi hindustan je :p. Letih agaknya dia duduk atas car seat dalam tempoh yang lama, dapat peluang bergolek memang tak dilepaskanlah ^_^. Tak ingat dah ni di Rest Area mana. Seingat saya, lama juga kami berehat di Rest Area ni. Dalam sejam rasanya kami di sini. Bagi Safiyyah puas main dulu. Kalau tak, memang mengamuk la nanti dalam kereta.


Shakir yang ceria walaupun hanya duduk dalam stroller ^_^.


Akhirnya, hampir tengah malam, sampai juga kami di rumah Kak Chah - Abang Syam di Carbondale. Sampai je rumah mereka terus makan :p.

Dijamu nasi tomato ;).



Nota: Nantikan pula cerita di Carbondale ;).


11 comments:

KhaiRin : anies said...

patung2 x de kepala tu apa ya?

KhaiRin : anies said...

p/s kalu sy nk kirim FM dr sn, boleh tak? ;-)

eB said...

eB dpt bygkan u x pernah sunyi kat sn... ramai kwn menjenguk :)

Papa Mifz said...

tak la rindu sgt kat Malaysia kan bila dah ramai2 warga Malaysia kat situ...:)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Seronok bila jumpa kawan-kawan ni Nadiah... perjalanan jauh pun tak terasa kan :D

transformed housewife said...

tertarik tgk limousine yg pjg dlm salah satu gambar tu.

jemarisuri said...

seronoknye dpt berkumpul ramai2 kan...kurang la sikit rindu kt tanahair...^^

Oyis said...

nadiah, amaliza tu husband dia tu pon belajar and attached dgn UPM ke? rasa mcm familiar je wajah dia dlm gmbr. kalo betul pernah berjumpa di Malaysian Hall dgn sebab perjumpaan progress report dgn majikan. masa tu suami dia tgh tggu viva, and dia dah pun siap viva rasanya. mungkin skang dah balik msia. tp kalo salah org, maaf la ye..

ishamizu said...

Cantiknya uni Kansas city tu..;)

Nadiah, izu pon byk lg entri thn lps tbengkalai..hihi

ummu said...

salam Nadiah
terima aksih nadiah
sudi kongsikan pengalaman di sana
Kansas City Islamic Centre ...
nak edit gamabr bukan senang kan?
yang tengok, nampak gamabr sekeping
tp yg edit tu yg payah kan

Asmara said...

mudah2an blogspot terus ada untuk kenang2an anak2 cucu dah besar nanti. InsyaAllah.. :D