Pages

Monday, July 9, 2012

Petang membantai

Ini aktiviti kami penghujung Jun yang lalu. Bukan bantai orang ye. Bantai makan ^_^. Tak tahu la kenapa dinamakan begitu. Menurut kata Kak Ellie, ini adat orang Melaka sebelum Ramadhan menjelma. Tak pasti sama ada semua orang Melaka atau sebahagian sahaja yang buat aktiviti Petang Membantai ni. Ini adalah kali kedua kami terlibat dengan aktiviti ni. Kali pertama adalah pada tahun lepas dan itu juga merupakan kali pertama saya dengar istilah Petang Membantai.

Petang Membantai ni hanya alasan untuk berkumpul beramai-ramai dan menjamu selera je sebenarnya ^_^. Nak berkumpul tanpa sebab tu agak susah sikit. Tambah-tambah, aktiviti makan-makan begini, harus la kami tak menolaknya. Masa ni la dapat merasa masakan orang lain. Jemu dah makan masakan sendiri. Tahun ni pun aktiviti ni dibuat di Omaha, sama seperti tahun lepas. Kalau tahun lepas dibuat di rumah Kak Ellie, tahun ni pula dibuat di rumah Kak Arfah.

Aktiviti ni bermula jam 4 petang tapi dah pukul 6 petang baru kami sampai di rumah Kak Arfah..huhu. Dekat je Lincoln dengan Omaha. Sejam perjalanan menaiki kereta tapi pagi tu suami saya hantar kereta ke bengkel untuk dibaiki. Punya la lama baru selesai urusan baiki kereta. Tu yang sampai lambat tu.



Makanan! Pelbagai jenis dari tukang masak yang berbeza (potluck). Ini pun ada yang tak diambil gambarnya. Gambar-gambar ni semua dari kamera Kak Ellie. Saya tak sempat nak ambil gambar makanan sebab lewat sampai. Kali ni saya bawa pavlova.




Makan, bersembang, makan, bersembang, makan lagi... :p


Anak-anak



12 comments:

Fazlinil Irma said...

ini mmg bantai sungguh. ada mcm2 makanan. :))

senang kan bawak pavlova. semestinya semua org suka. ;))

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Ya ampun mmg sesuwei sgt istilah bantai tu ngan tgk suasana menu gituew ngeee!!!
Bertmbh kembang badan ai if join sekaki ni ngeee
Tp nmpk best sgt

ummu said...

salam Nadia
seronok tradisi Orang Melaka ni.
lebih seronok bila duduk ramai2 cenggini walaupun potluck ia lebih bermakna kerna erti persahabatan yg dibina

Anonymous said...

klu d n9... ptg membantai 2 slalunya adalah persiapan utk myambut ramadan n syawal... ptg seblum puasa masa n mkn ramai2 gan keluarga... n raya pun sama cuma lebih lg sbb nak raya esoknya.... n selalu masak lemang n rendang... n apa2 yg patut utk d hidangkan masa raya nnti.. n mlm raya ni la jugak kluarga yg jauh balik kg kampung n mkn la sama2... klu cina ckp mkn besar la mlm 2....

Anonymous said...

klu d n9... ptg membantai 2 slalunya adalah persiapan utk myambut ramadan n syawal... ptg seblum puasa masa n mkn ramai2 gan keluarga... n raya pun sama cuma lebih lg sbb nak raya esoknya.... n selalu masak lemang n rendang... n apa2 yg patut utk d hidangkan masa raya nnti.. n mlm raya ni la jugak kluarga yg jauh balik kg kampung n mkn la sama2... klu cina ckp mkn besar la mlm 2....

RULZA said...

macam-macam makanan..seronok ni..:)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Selalunya orang Negeri Sembilan dan Melaka yang membantai sebelum puasa ni Nadiah.. dulu masa arwah mak mertua ada rajin juga buat membantai ni.. kumpul anak-anak balik.. makan reramai.. seronoknya..

Meriah sungguh dengan makanan ye Nadiah... puas lah membantai semua tu ehe...

jemarisuri said...

mmg bantai betul2 ni...byknye makanan...hihi

Oyis said...

1st time dgr istilah ni. meraih betul nmpk nya...

Nur-nba said...

Waduh2 enaknya juadah tu semua.. Sampaikan tak tahu nak makan yg mana satu.. :)

nanakimie said...

1st time dgr..haish,sedapnya menu2 dia:)

Izan Ishak said...

kak izan pun baru 1st time dengar ptg membantai ni... bestnya lah sbb macam2 makanan ada...