Setakat ni saya belum lagi tengok ketiga-tiga video berkenaan. Tak tergerak pula tangan ni nak klik butang play. Tahu pun sebab ramai yang share di Facebook wall masing-masing. Viral kata orang. Daripada saya teringat-ingat selepas menontonnya, ada baiknya saya tak tengok langsung.
Oh, tapi saya tengok satu video Gwiyomi! Versi Mr.Bie. Jauh lebih bermanfaat. Selamat menonton ;).
Kpop datang, telan Kpop.
Gangam Style datang, telan Gangnam Style pula.
Harlem shake datang, telan harlem shake pula.
Gwiyomi datang, telan Gwiyomi pula.
Aduhai, kasihan ummat ini.
Apa saja yang tersebar sekarang semuanya nak cepat tiru. Pendirian kita tidak dibina atas prinsip kebenaran, tetapi dibina atas ikut-ikutan terhadap arus.
Kalau arus baik, tak ada masalah.
Tetapi kalau arus tak baik, ikut jadi tak baik juga, kan masalah tu.
Kita ni ada masalah kekeliruan identiti barangkali.
Apa saja datang daripada orang, kita nak tiru dan buat.
Comelkah kalau perempuan-perempuan bertudung membuat gaya-gaya 'comel' di depan kamera untuk ditonton oleh ramai orang termasuk lelaki?
Kadangkala orang tak boleh beza antara 'comel' dengan 'gedik'.
Sigh.
(Afdholul Rahman CA)
5 comments:
Betul tu, viral katanya.. Senang jer orang kita dipengaruhi budaya orang lain, lebih-lebih lagi benda hiburan.
RinganTangan.com
knur pun tak teringin nk tgk.
hehhehe, mmg cute video tu.. gi ngaji!
gangnam style tu dah terlampau2 mmg tertgk pon huhu :P tp harlem shake tu sampai sudah mmg xpernah tau pun ape sebenanye.
gwiyomi ni ape pulak? *garu-garu*
Mcm2 kan sekarang. Cepat betul org meniru benda2 mcm ni. Harlem Shake? tak tahu pula saya.. yg lain pun lps org heboh2, baru saya tahu.
Post a Comment