Hari pengundian bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi. Kalau yang di perantauan, dah pun selamat melalui proses pengundian (undi pos) pada 28 April lepas. Saya dan suami terlepas peluang untuk mengundi kali ni. Nak undi pos kena pergi ke pejabat Kedutaan Malaysia di Washington D.C. sana nun. Jauh...huhu. Tambahan pula sekarang ni pula minggu exam di sini. Alahai...rugi benar rasanya tak dapat mengundi kali ni. Kena tunggu pilihanraya umum akan datanglah jawabnya.
Buat para pengundi yang masih belum ada keputusan calon mana yang harus dipangkah pada 5 Mei ini, saksikan video di bawah. Tips ringkas daripada Mat Luthfi dalam memilih pemimpin. Selamat mengundi! :)
Nota:
Selamat Hari Pekerja buat semua pekerja di Malaysia! Err...Hari Surirumah tak ada ke? :p
6 comments:
xsabar nk kelik kelate mengundi......
suri rumah pun pekerjaan yang mulia juga. selamat ari suri rumah akak. he3
kak..rugi dah 2 vote kat situ..hehe...
Aza pun tak sabar nak mengundi di kulim, suami di johor, so it'll be KL-Kulim-Tangkak-Kulim-KL journey..hehe.. Ini Kalilah!~
p/s : working on labour day, to get off record leave on Monday.. T.T
saya pun tak mengundi tahun ni... mmg tersangat la rugi rasanya :(
selamat mengundi semua...mmg terbaiklah video ni...^^
Senyum je tgk video tu :) suami saya pun tak dpt mengundi thn ni :(
Post a Comment