Pages

Thursday, April 4, 2013

Macam nak raya!

Kelmarin FB timeline penuh dengan status pembubaran parlimen. Ramai yang excited. Dah macam nak raya dah gayanya ^_^. Saya yang jauh ni pun turut teruja. Lama sangat agaknya menanti tarikh pembubaran parlimen sampai masing-masing rasa gembira dan kelegaan. Sekarang ni saya yakin ramai pula ternanti-nanti tarikh pengundian :).

Nak diikutkan, tahun ni sepatutnya kali ketiga saya mengundi tapi sayangnya buat kali pertama tak dapat mengundi :(. Ruginya rasa tak dapat mengundi kali ni. Setiap kali pilihanraya umum saya mesti teruja. Tak sabar-sabar nak memangkah calon pilihan. Bertambah tak sabar menunggu keputusannya. Teringat dulu sanggup bersengkang mata mengadap TV dengan mak ayah semata-mata menunggu keputusan penuh diumumkan. Sejak dah boleh mengundi, lagilah bersemangat nak tahu keputusan pilihanraya.

Pertama kali mengundi rasa excited. Masa tu saya masih lagi seorang penuntut universiti. Rasa macam dah dewasa sangat dah bila dapat mengundi ^_^. Walaupun di kampus juga ada pilihanraya, perasaan tu tak sama. Rasa lebih berkobar-kobar. Punyalah berhati-hati sewaktu mengundi supaya undi saya tak jadi undi rosak. Sebelum pangkah tu pun baca nama calon berkali-kali, takut tersalah pangkah calon lawan.

Tahun kedua pula saya dapat satu lagi pengalaman. Bertugas jaga 'pondok panas' ^_^. Nama je pondok panas, tapi tak panas pun...hihi. Saya masih ingat lagi. Waktu tu tahun 2008. Ayah tanya boleh ke kalau saya tolong jaga pondok panas waktu pagi sebab pagi hari pengundian tu tak ada siapa yang boleh jaga. Saya setuju je. Sambil-sambil tu boleh tengok suasana di hari mengundi.

Hampir tengahari jugalah saya duduk di pondok panas tu. Dah ada orang datang ganti, baru saya pergi mengundi. Tempat saya membuang undi betul-betul depan pondok panas yang saya jaga je ;). Check nama, nama saya tak ada pula! Padahal dah check sebelum tu lagi, itulah tempat saya mengundi, sama je tempatnya waktu saya mengundi bagi pilihanraya umum tahun 2004. Kecewa betul masa tu. Geram pun ada. Entah macam mana nama saya boleh tercicir.

Balik rumah, mengadu pada mak. Kebetulan mak pun baru balik dari mengundi. Saya, mak dan ayah masing-masing tak sama tempat mengundi. Pelik. Padahal di bawah alamat yang sama. Mak ayah saya kena mengundi tempat yang jauh dari rumah. Saya mujurlah dapat tempat yang dekat dengan rumah. Nak pergi mengundi jalan kaki je.

Mak saya cadangkan pergi ke tempat pengundian satu lagi. Dekat juga dengan rumah. Kiranya rumah saya di tengah-tengah antara 2 tempat pengundian tu. Mulanya saya malas. Buat penat je pergi kalau nama saya tiada juga di situ tapi mak suruh pergi juga. Rugi undi nanti katanya. Betul pun apa yang mak kata tu. Beza satu undi sekalipun, besar maknanya.

Alhamdulillah, tak sia-sia saya pergi! Nama saya tersenarai di tempat pengundian tu. Dapat juga mengundi bagi kali kedua tapi rasa geram masih bersisa lagi. Rupanya, ramai lagi alami nasib yang sama seperti saya pada pilihanraya umum kali tu. Ramai juga yang marah, lebih-lebih lagi yang tak dapat mengundi langsung. Entah ke mana-mana je nama pengundi dicampak...huhu.

Itulah pengalaman saya sebagai pengundi berdaftar :). Kalian bagaimana? Ada pengalaman menarik atau yang tak dapat dilupakan sebagai pengundi? :)


Nota:
Bulan yang sama waktu pilihanraya umum 2008 itu jugalah saya menikah ^_^. Mujur tarikh pengundian jatuh pada awal bulan Mac, bukan penghujung Mac ^_^.


13 comments:

yatie chomeyl said...

sy x pernah mengundi wpon dh lama daftar..sbb lepas daftar tu..dh duk luar kan..tahun ni dpt mengundi insya Allah :)

lizz said...

tak sabar nak mengundi..kenangan paling tak boleh ayah saya meninggal seminggu sebelum mengundi...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

same with me
start mengundi umoq 21
mmg masuk 3rd time la this year
but if 27/4 ni la election mmg x blh la sbb weols holiday ngan my BFF nak nak dtg sini mmg kalut....wrong timing plak sedey x leh vote

Najwa.H said...

Baru nak mengundi tahun ni. Ekeke. Semangat ni...huhu

Oyis said...

masa anak dara dah vote satu kali. masa kali ke-2, x dpt mengundi sbb ikut suami kena buang undi kat kampung dia. masa tu plak saya mmg sarat pregnantkan aisyah, malas nak bersesak2 mengundi (lg pon masa ngundi yg 1st tu, nama saya dia letak kawasan jauh, barangkali sengaja dia lantingkan pengundi muda kat kwsn entah mana2. 4 thn di UK, masih belum pilihanraya, so sempatlah tahun ni buang undi lg inshaa Allah

dear anies said...

x bleh buat undi pos ke? ;-)

nurbijen said...

Tahun ni pun saya tak mengundi, malas nak daftar undi pos sebab kena turun London...
Saya baru sekali jer mengundi... teringat lagi kami berlima beradik pergi mengundi sama-sama... dan tiga daripada kami mengundi untuk kali pertama :)

Kes pengundi dicampak tu pernah jadi kat ummi saya... dah la masa tu kami dari Penang, melawat arwah sepupu yang meninggal... penat2 balik dar Penang, nama tak tersenarai pula.... bila check, bukan main jauh lagi ummi saya kena campak, so mmg dah tak sempat nak ke sana... saya pula yang tumpang geram.. hihihi

Kakzakie Purvit said...

Oh... ada kes macam itu ye? Harap-harap jgnlah jadi pada kakak tahun ini. Kakak dah tak sabar nak mengundi. Dapat balik kampung dan cuti free...

anumuchan said...

Tengok date mengundi thun ni bila..ni pun mcm dh sarat..jln pun penat2 dah..nak bersesak dgn org rmai lg..nak blk kg jauh lagi..kalau dh bersalin time tu pun tgkla larat ke x nak g..ni patut dh kali ke 2..tp yg 1st dulu x daftar lg time tu.huhu..

Unknown said...

semoga PRU13 nanti berjalan dengan lancarlah kan...

Ruse Sulaiman said...

Excited sebab baru kali ni smgt nk mengundi ;) tp biasa pergi tempat org mengundi. Mmg kecoh bila ramai yg namanya yg ditukar ke tempat lain. Semoga PRU13 ni berjalan lancar dan tulus.

aLyNnZ said...

Nadiah marilah mari...hihi

Mama Marcello said...

Tahun ni kak, adik saya plk alami nasib yang sama mcm akak...

dah daftar nama, tp check blk nama lps umum tarikh mengundi tu, tup2 nama xde...frust betul dia..padahal dah penah check before ni, nama dah ada..

tapi ramai org kampung sy alami nasib mcm tu...kesian betul...

Alhamdulillah, nama saya ada...so boleh la balik untuk pesta mengundi kt kampung...yeay!!!