Pages

Thursday, April 11, 2013

Bukan lagi S | Sebulan

Oh, sekejapnya sebulan berlalu. Mulanya tak perasan juga tapi hari tu Raihannah ada appointment...tengok tarikh...9 haribulan rupanya. Makanya, genaplah sebulan usianya pada 9 April lepas, Alhamdulillah. Dah sebulan berlalu, kisah kelahiran Raihannah masih belum siap lagi :p. Kurang rajin pula nak update blog sekarang ni...hmm...

Baru selesai check up sebulan. Beratnya kini 3.5 kg. Alhamdulillah baik-baik sahaja semuanya.


Tersenyum pula Raihannah dalam gambar ni ^_^.


Kak Long Safiyyah yang terlena di klinik menunggu papanya. Shakir? Papanya angkut pergi ke kelas. Alhamdulillah behave je dia dalam kelas kata suami saya. Melukis sekejap terus terlena sampai habis kelas...hihi. Lecturer suami siap kata lain kali boleh bawa lagi Shakir masuk kelas ^_^.


Alhamdulillah, Raihannah yang solehah jenis yang tak meragam dan bukan jenis berjaga malam. Menangis hanya ketika lapar, diaper kotor,  ketika muntah susu (refluks) atau ketika terasa gayat sahaja. Ya, seperti Shakir, Raihannah juga alami refluks. Harapnya cepatlah berakhir refluksnya tu.

Sebelum ni ada yang bertanya kenapa nama anak yang ketiga ni bukan lagi S? Tak rancang pun sebenarnya nak tetapkan pangkal nama anak dengan huruf yang sama. Kebetulan waktu Shakir lahir berkenan dengan nama yang juga bermula dengan huruf S :). Itu yang orang ingat memang nak namakan anak-anak dengan nama yang bermula dengan huruf S agaknya tu :).


Nota:
Tak lama lagi habis pantang...yay! ^_^

11 comments:

lizz said...

raihannah tidur sambil senyum...comel
kak long pun tdo gak eh penat sangat tu...cantik rambut safiyyah...

Siti Asiah said...

Kejap je dah sebulan ye. Kak long Safiyyah tu terlena letih jaga adik2 ke?...hihi,

dear anies said...

Raihannah tgh mimpi apa tu?smpi tersenyum2...♡♡♡

lady lavender said...

Baiknya shakir boleh bwk masuk kelas papa :D

transformed housewife said...

mcm anak2 knur juga la. Yg pertama Fathini lps tu Hafizah dan ketiga HUsna. Ada yg tanya kenapa yg pertama tu je lain. kami pun bg nama yg kami rasa maksudnya baik dan tak plan nak pangkal nama yg sama.

Hati Seorang Mama said...

Bila tgk anak nadia sama pula namanya dengan namanya anak Hilal Asyraf. Raihannah.. :) Sama baya sama nama :)

Fathiya Jasmi

Unknown said...

oh dah sebulan yer,cepat betul masa berlalu...

comel lah gambar Raihannah ketika senyum tuh...hehe

nurbijen said...

wah, tak lama lagi dah habis pantang... org yg tak pantang ni rasa kejapnya masa berlalu... hihihi
Good boy la shakir.... kecik2 dah masuk lecture sekali dgn abah :)

aLyNnZ said...

Sekejap jer masa berlalu kan..refulks? Seronoknyer dah nak abis ms berpantang..shakir good boy..raihannah peramah eh..saffiyah dr kecik mudah terlena..dah besar jadik klong..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Tahniah.. nadiah, dah nak habis pantang rupanya... comey nya Raihannah ;-)

ishamizu said...

Skjp je dah sebulan..:)