Pages

Tuesday, October 19, 2010

Pindah rumah...lagi..?

Alhamdulillah kami dah selamat pindah rumah baru Sabtu lepas. Ni kali ke-2 la kami pindah dalam tempoh 1 tahun 4 bulan. Maksudnya ni rumah ke-3 sejak kami duduk di Lincoln ni. Rumah pertama hanya bertahan 3 bulan lebih je, dengan rumah ke-2 pulak setahun dan harap-harapnya yang ni yang terakhir la sampai suami saya tamatkan pengajiannya. Letih la pindah-pindah ni (eleh, macam la dia yang angkut-angkut barang :p)


Isy, ummi sibuk nak packing barang, dia sibuk nak duduk dalam beg


Masa awal-awal sampai sini dulu kami menyewa di luar sementara tunggu kekosongan di University Park Apartments (UNL student family housing). Jimat la sikit kalau menyewa dengan universiti. Sewa $ 450 (rumah sebilik, University Park Apartments) termasuk basic cabel TV, internet, elektrik dan gas. Kalau duduk luar, elektrik dan gas kena bayar sendiri, kalau nak guna internet dan cabel TV pulak kena sewa la.

Kali ni pulak kami sewa rumah 2 bilik di Colonial Terrace (UNL student family housing juga). InsyaAllah tahun depan kami sambut 'orang baru', tu yang kena pindah ke rumah 2 bilik tu. Sini ada sistem. Hampir setiap rumah sewa diletakkan had berapa orang dalam 1 rumah. Rumah 1 bilik, maksimum 3 orang. Rumah 2 bilik pulak ada yang 4 orang, ada yang maksimumnya 5 orang, bergantung pada keluasan rumah agaknya.

Alhamdulillah, dalam tempoh 5 bulan suami saya apply, dapat rumah 2 bilik. Saya jangkakan paling awal kami dapat rumah 2 bilik dalam bulan Disember tapi rezeki kami dapat awal bulan Oktober. Suami saya memang apply awal sebab bukan terus dapat rumah lepas apply, kena tunggu giliran (waiting list). Kalau waiting list panjang berjela, lambat la baru boleh dapat rumah...tu yang apply awal tu. Sebulan lebih sebelum kami cuba dapatkan anak ke-2 lagi suami saya apply. Sebelum tu tak tahu pun boleh apply sebelum mengandung...suami saya saje tanya Cindy (staf yang uruskan UNL family housing) je pun masa tu. Rupanya boleh. Masa tu jugak la suami saya apply.

Bila saya dah confirm mengandung, suami saya terus maklumkan pada Cindy. Alhamdulillah, masa tu jugak Cindy kata nama kami on top of the list. Maksudnya kalau ada kekosongan rumah 2 bilik, kami la yang akan dapat dulu tapi suami saya bagitau Cindy yang kami prefer rumah kat area East Campus ni (sama ada di University Park Apartments atau di Colonial Terrace) berbanding City Campus sebab dekat dengan ofis dan lab suami saya. Kalau tak ada kekosongan, hanya 2 je pilihan kami; sama ada menyewa di area City Campus atau menyewa di luar.

Rezeki kami, kami dapat menyewa di Colonial Terrace ni. Sebelum dapat tu, memang saya berangan (berangan tak salah, kan? :p) dapat rumah yang kami duduk sekarang ni. Berkenan pulak saya bila tengok floor plan rumah ni di website UNL. Sekali memang sungguh dapat rumah ni! Alhamdulillah, rezeki yang tak diduga. Mulanya kami plan nak pindah hujung bulan Oktober. Bila dah tengok rumah (saya yang request nak tengok rumah dulu sebelum pindah, tengok floor plan je tak puas)...saya dan suami makin jatuh hati dengan rumah ni. Terus tukar fikiran pindah pertengahan bulan..eheh..tak sabar-sabar! :p

Sewa rumah ni $ 515 termasuk internet dan basic cabel TV tapi tak termasuk elektrik dan gas. Kena jimat-jimat la sikit duduk sini. Tak boleh dah buat macam di University Park Apartments dulu. Ye la kat sana hanya bayar sewa rumah je. Takyah pening-pening fikir pasal bil tiap-tiap bulan. Bil elektrik dan gas rumah kami tiap-tiap bulan pun kami tahu tak berapa kena caj..heh. Mentang-mentang free :p. Winter nanti 'sakit' la sikit kot sebab kena guna heater (gas mahal sini, lagi mahal daripada elektrik).

Alhamdulillah juga kami dapat jiran Muslim (sebelah rumah kami). Cina Muslim dari China. Dia yang sapa kami masa kami tengok rumah minggu lepas. Saya dengar je la perbualan antara suami saya dan jiran kami tu, Anuar namanya (Anuar ke Anwar ke...tak tau la ejaan mana satu). Dalam duk sembang tu Anuar tanya sebelum ni kami menyewa di mana. Suami saya bagitau la di University Park Apartments.

Jawab Anuar, "Oh, at Chinatown?"

Suami saya balas la, "You call it Chinatown..?"

Tergelak Anuar. Kami pun tergelak sama. Mana taknya, di University Park Apartments memang majoriti penyewanya cina. Dah memang macam Chinatown le dah pun :p. Tapi duduk kat situ memang aman. Takde la yang memekak tengah-tengah malam ke apa. Lebih murah pun ye duduk situ tapi tu la, nak tunggu kat situ kosong pun kami tak pasti bila. Tu yang kami terima je rumah ni. Seboleh-bolehnya saya memang nak pindah awal sebelum winter dan sebelum kandungan makin membesar..


Sesi menyumbat barang-barang dalam U-Haul
* Many thanks to Sumardi, Hafiz, Alif, Kim, Antonio, Silvana and Mariana for helping us out last Saturday *

29 comments:

Izan Ishak said...

tahniah nadiah.. seronoknya dgr kawan2 pregnant lagi.
jaga kandungan elok2 ye. alhamdulillah rezki 'org baru' dpt pindah umah baru...

MR said...

rejeki anakkk.. tahniah preggy lagi... :) take care

mamaarifakeemaisy said...

iiish penatnye pindah rumah! hoho...harapnya kali ni lama sket leh dok situ eh..no more pindah2..huhu..

aLyNnZ said...

Nadiah, danish pun suker masuk dalam beg tuu..beg tu plak besar dah masuk ke dalam pasti tarik penutup n tutp diri sendiri..

aduss..bahaya sungguh..

Kopiah Senget said...

Gmbar rumah baru takda lg ke? hehe

yatie chomeyl said...

nanti updat einterior umah baru ni pulak ye ;)

Hafiz dan Mawaddah said...

tahniah kak nadiah..mawaddah x tau pn akak pregnant...alhamdulillah, murah rezeki akak..take care ye ^___^

Unknown said...

tahniah pindh rumah baru :)
update la gambar2 rumah baru tu.

Suhana Shahril said...

wah..Nadiah peknen pulak yer?
Alhamdullillah. Nanti Safiyyah akan dpt kwn bermain. Bagus jgk peknen x jarak jauh sgt.Sbb anak2 boleh mbesar dan blajar bsama-sama.
Safiyyah akan automatik blajar berdikari sbg seorg kakak.insyallah..sbb itulah yg k.ana nmpk slps k.ana bsalin kat iwani dl.Automatik,Aqilah jadi seorg yg pandai bawa diri.

mirah said...

Nadiah, tahniah pregnant lagi. Mm..seronoknya. Tumpang gembira ni. Moga boleh saing dengan Nadiah dah dapat baby baru tahun depan ni..

h4ni3 said...

alhamdulillah.. rezeki baby tu..
dia taknak ummi dia penat kalau pindah masa dia dah besar :))

daud.montak.zakaria said...

Wah! Tahniah....moga bahgia satu keluarga....

deena farhana said...

kak nadiah pregnant...tahniah :)

im happy 4 u, jaga diri baik2 ye..

OneSimpleMother said...

safiyyah nak dapat adik dah ke.. tahniah nadiah. waaaah.. sronoknya preggy.. eeiii.. nk preggy gak.. :D

Affieza said...

Congrats K.Nadiah...
Bestnyer pindah umh baru..hehe

Fazlinil Irma said...

pindah rumah mmg aktiviti yg memenatkan. lagi penat nak kemas balik. kira nadiah mmg terer la 3 kali pindah dlm masa dekat2.. hehe.

selamat mengemas ;)

ibu_Arifa said...

alhamdulillah..rezeki dapat umah yg best kali ni..harap2 okey yer duduk kat umah baru tu. nnt nak tgk pic umah baru tu yer.. baca cerita nadiah td tu mcm best jer.. kalo saya dekat..nak jer pergi tgk umah baru ni. excitet kan masuk umah baru.

semoga ibu dan baby sihat selalu yer :)

Nida n' Hanafi said...

salam nadiah..

nasib baik belum ada yg bersekolah.. kalau tak lagi pening kena tukar2kan sekolah anak... apa2pun selamat mengemas

Nadiah Sidek said...

k.izan: tq kak izan! insyaAllah, doa2kan juga ye baby sihat2 aje

MR: tq! :)

mamalieyna: tu la, hrp2nya ni yg last la pindah

alynnz: budak2 mmg suka masuk dlm beg agaknya ek..ehe..

kopiah senget: insyaAllah dah habis kemas nnt baru upload gmbr

yatie: insyaAllah :)

mawaddah: akak mmg belum announce pun kat blog yg akak pregnant ;). tq mawaddah :)

zety: insyaAllah nnt sy upload :)

k.ana: alhamdulillah kak ana, senang juga lekat kali ke-2 ni. hrp2nya safiyyah pun mcm tu jgk la nnt bila adiknya dah lahir..

Nadiah Sidek said...

mirah: jom pregnant sama2 ^_^

h4ni3: alhamdulillah rezeki :)

studioukm: ameen. tq!

deena: tq deena :)

ummu luqman: jom..jom..! ^_^

affieza: best tapi malas nak mengemas :p

irma: terer, kan? :p

ibu arifa: sbb excited la terus tukar plan pindah awal..eheh..

k.nida: ala kak..rumah ni dgn rumah sblm ni dekat je. naik kereta dlm 5 minit je..hihi..

Unknown said...

nadiah,
diam2 ubi berisi rupanya...
tahniah.. dah berapa bulan ni...

dan nanti tunjuk le rupa rmah baru..

Hamizah said...

safiyyah nak dpt adik?yahoo..

EEFFAH said...

kak nadiah..
congrate! ^__^

x sabar nk tnggu entri baru akak..

Kamalia said...

harap2 lepas ni sumenye selamat dan bolela idup selesa sikit kan..hehehe,jgn lupe brjimat crmat..kami kat sini mmg xdpt duduk kat intrnational house(uni xbagi)..sume malaysian duk umah sewa jek..alhamdulillah,sume cukupla setakat ni..

Unknown said...

double congratz...hehehe.
for the new house n the coming baby... ^_^

layla_elyas said...

salam..tahniah kak nadiah..dpt baby plus dpt umah cantik yg diingini hhee..selesa sikit la nnti kan...g semangat nk sambut ahli baru sbb suasana baru..alhamdulillah...;)

Unknown said...

kesian nye die pindah rumah...pe2 pun i wish u happy always ..k

Unknown said...

e2lah yg di katakan rezeki ada..so bila berpantang nnt selesa la sikitkan....nadiah..moga Allah limpahkan rezeki buat kalian

Nadiah Sidek said...

kakyong: 4 bulan dah kakyong :)

k.hamizah: insyaAllah :)

eeffah: tq eeffah! :)

k.kamalia: oh, kat tmpt akak mcm tu ye?

meen: tq meen :)

layla: alhamdulillah..tq layla! :)

cahaya: ameen. tq! :)