Pages

Thursday, October 21, 2010

Safiyyah kembali menjadi Safiyyah

Alhamdulillah, Safiyyah dah kembali sihat dan bertenaga sejak Isnin lepas. 3 hari dia demam, bermula Jumaat malam, sehari sebelum kami pindah ke rumah baru. Petang Jumaat tu dia ok je. Dalam pukul 7 lebih pun dia sibuk melukis tapi dalam pukul 8 malam dia dah mula merengek nak tidur. Saya tidurkan la dia. Masa tu dia masih ok lagi. Tapi memang pelik la sebab Safiyyah bukannya jenis tidur awal. Mungkin masa tu dia dah rasa tak sedap badan.

Dalam pukul 11 malam Safiyyah tersedar. Keluar dari bilik saya tengok pipinya merah sangat-sangat, macam pakai pemerah pipi. Bila saya pegang dia, panas sungguh badannya. Patut la pipinya merah. Saya cuba tidurkan dia semula tapi masa tu dia tak boleh tidur dah. Papanya pakaikan cool fever dibuangnya. Entah kenapa dia takut pulak dengan cool fever tu. Saya nak letak kain lembap kat kepalanya pun dia tak mahu. Nak lapkan kepala dan badannya pun dia marah. Tak tahu dah saya nak buat macam mana. Risau je suhu badan dia makin naik. Nak bagi ubat, takde pulak stok kat rumah. Klinik tutup, farmasi pun dah tutup.

Sepanjang malam tu merengek je dia, memang dia tak lena langsung. Saya tepuk-tepuk badan dia baru dia diam dan tertidur. Tapi tiap kali saya cuba nak letak kain lembap/cool fever di dahinya, tersedar je dia. Pagi esoknya pun demamnya masih tak kebah lagi. Dah la pagi tu suami saya sibuk nak angkut barang ke rumah baru. Pukul 2 petang baru suami saya dapat belikan ubat untuk Safiyyah.

Yang menjadi masalahnya, dia tak nak makan. Takde selera agaknya. Terbaring aje dia. Mujur juga la dia mahu makan buah. Bagi cereal, dia makan sikit je. Biskut pulak sekeping pun dia tak boleh nak habiskan. Nasi langsung dia tak nak. Saya masakkan moi pun dia tak nak jugak. Kesian sangat tengok Safiyyah masa tu. Nampak tak bermaya sangat dia. Dah tak macam Safiyyah dah. Mana pernah dia macam tu. Ni pun pertama kali dia demam.


Macam ni la keadaannya masa demam tempohari. Botol kat tangannya tu memang dia tak lepas. Digigitnya bahagian atas tu. Macam gatal gusi. Tak tau la pulak kalau-kalau dia demam sebab nak naik gigi. Sebelum ni tak pernah pulak dia demam kalau naik gigi. Nak check, dia tak nak bukak mulut pulak


Kesian sangat tengok keadaan Safiyyah macam ni. Tak berdaya sungguh dia. Waktu siang, dia banyak baring dan tidur. Malam pulak dia nak saya gosok-gosok dan tepuk-tepuk badan dia baru dia nak tidur. Kalau tak, merengek je


Pagi Isnin. Safiyyah masih demam lagi. Ingat nak bawa jumpa doktor. Banyak kali suami saya call klinik nak buat appointment tapi takde sape jawab telefon. Klinik kat sini bukan macam klinik kat Malaysia. Nak jumpa doktor kena buat appointment dulu. Bukan boleh main redah je. Dan takde klinik yang buka 24 jam. Sabtu Ahad pulak tutup. Hospital la yang ada pun.

Alhamdulillah Isnin tengahari kebah dah demamnya. Demam secara tiba-tiba, kebah pun secara tiba-tiba. Baru la nampak dia aktif sikit masa tu. Mula la dia explore rumah baru, melompat-lompat, berlari, keluar masuk bilik dan dah mula balik la tolong umminya 'mengemas' rumah. Lega hati kami tengok Safiyyah kembali aktif. Bila dah jadi macam ni, saya lebih rela tengok Safiyyah tunggang terbalikkan rumah, asalkan dia sihat walafiat. Err...tapi jangan la buat sampai rumah ni jadi macam tongkang pecah pulak ye sayang! Sepah sikit-sikit sudah la :p

17 comments:

Hamizah said...

alhamdulillah dah sihat dia..

lain kali kalau dia demam letak cool fever kat belakang melintang pd tulang belakang.Dia tak boleh capai.Kesannya pon insya Allah..

♥MAMASYAZA♥ said...

bila anak2 demam, kita mesti risau, tambah2 cam sikecik akak tu, kalo dah demam, tak boleh biarkan suhu naik tinggi, mudah sgt nak kejang, sbb tu kena selalu pantau dia
anyway syukur safiyyah dah sembuh

yatie chomeyl said...

alhamdulillah..lega kan bila tengok anak kembali aktif :)

aLyNnZ said...

kesiannyer dgn saffiyah..mmg susah hati sgt2 lau anak xsihat..safiyyah xnak pakai cool fever dgn pkai kain basah sebab dia merasakan cool fever sejuk yg teramat sgt bley terperanjat..

alhamdulillah saffiyah dah sihat..

Yin Areesa said...

Salam. Alhamdulillah, dia dah sihat.. Begitulah juga perasaan mak dan ayah kita bila kita yg tak sihat, sekarang perasaan itu diwariskan pada kita pulak.. Itulah naluri azali seorang ibu dan bapa.. (yg lebihnya mak nyer tu)..:)

daud.montak.zakaria said...

Kalau anak2 tak sihat emak bapak, dua2nya susah hati. Dua2 kene jaga malam sebab dua2 bimbang sebab suhu badan anak tinggi. Bukan apa, suhu badan yang tinggi mungkin boleh merosakkan saraf otak dan macam2 leh berlaku...tapi syukurlah dah sihat...ermmm...mungkin demam sebab nak dapat adik kut....

deena farhana said...

aduhai, seriously. im tearing. sedih tgk pic safiyyah tbaring camtu, alhamdulillah dah sehat ye..safiyyah jgn sakit2 lg ye..

Anonymous said...

lama auntie x jenguk blog mama safiyyah...
safiyyah demam nak pindah rumah la tu...

nonie said...

alallala..siannyer safiyyah:(

jgn lupa pesanan mama tue safiyyah sepah sikit2 sajer yer:)

arin said...

dmam masuk umh baru.
:)

Izan Ishak said...

nadiah, samalah nagan k.izan. kalau anak2 demam mmg dah mcm tak de anak2 dlm umah ni sbb semuanya melepek je . takmo makan, main mcm selalu.

tp kalau sihat...umah mmg tak pernah sunyi lah...takpelah kan ummi suka happening je umah mi dari senyap sunyi~~

OneSimpleMother said...

alhamdulillah.. senang hati kan tengok anak dah sihat.. :)

Nadiah Sidek said...

k.hamizah: oh, boleh jgk ye letak kat belakang badan?

mamasyaza: lagi bahaya kalau kejang2 tu..mmg akak kena pantau selalu la, kan?

yatie: tu la, dia dah sihat baru rasa senang hati

alynnz: agaknya sbb tu la kot dia tak nak pakai cool fever/kain lembap..benda tu sejuk

ummu sofea: betul tu, dah ada nak sendiri baru la tahu mcm mana perasaan mak ayah waktu kita sakit kecik2 dulu

studioukm: tu yg risau tu...mmg bahaya kalau budak2 demam

Nadiah Sidek said...

deena: mmg sedih tgk dia mcm tu..nak buat kerja pun tak senang hati

k.fa10: mak nadiah pun cakap mcm tu. demam sbb sedih nak pindah rumah agaknya :)

nonie: hee..sepah byk2 umminya yg tak larat nak kemas :p

k.arin: ye la tu kot :)

k.izan: betul, betul. biarlah anak buat bising kat rumah asalkan diorang sihat je

ummu luqman: alhamdulillah :)

Chik Na said...

alhamdulillah safiyyah da pun kembali sihat.. tak keruan jadinya bila anak tak sihat kan..

ummu said...

Salam,alhamdulillah
Samofga safiyyah bertenaga kembali.
sekarang anak saya masih demam lagi, mungkin faktor cuaca juga di sini yang agak lama dah tak hujan

husna said...

alhamdllh safiyyah dah sehat.
dh boleh tolong ummi mengemas..