Pages

Wednesday, October 27, 2010

Rumah terkini kami di Colonial Terrace

Jom intai-intai rumah sewa kami yang terkini ^_^


Dari depan (gambar atas) dan belakang (gambar bawah) rumah. Bangunan ni ada 4 buah rumah, 2 atas dan 2 bawah. Kalau dari depan, rumah kami belah bawah kiri. Untungnya rumah belah bawah, ada 2 pintu keluar-masuk. 1 macam biasa la pintu depan, 1 lagi pintu belakang. Kalau rumah atas pintu keluar-masuk 1 je, takde pintu belakang. Ni la yang menjadikan kami bertambah jatuh hati kat rumah yang kami dapat ni. Pintu kat gambar belah atas tu, pintu utama untuk 4 buah rumah. Bukak je pintu tu nampak tangga. Belah kiri dan kanan, pintu rumah kami dan jiran searas


Ruang tamu dan ruang makan

Sebelum

Atas: ruang tamu. Pintu depan terletak di hujung belah kiri, dekat dengan tingkap. Belah kanan yang nampak macam ada laluan tu terletaknya bilik air dan 2 buah bilik tidur
Bawah: ruang makan. Belah kanan dapur, pintu yang terbuka tu pintu belakang dan pintu tertutup belah kiri tu closet (tempat letak coat, sweater, kasut)


Selepas

1 lagi yang membuatkan kami suka dengan rumah ni...pencahayaan dan pengudaraannya bagus (banyak tingkap). Waktu siang dah tak perlu buka lampu. Kalau rumah kami sebelum ni, hampir 24 jam lampu terpasang (kecuali waktu tidur) sebab rumah tu gelap. Orang lain mungkin ok la kot duduk dalam keadaan malap tapi saya tak boleh la..mata rasa tak selesa. Kena buka lampu jugak bagi terang. Mujur la rumah tu tak perlu bayar bil elektrik!


Ruang dapur

Sebelum

Gambar diambil dari sudut berbeza. Kedudukan dapur ni la yang buat saya berkenankan rumah ni masa tengok floor plan di website UNL dulu (sebelum dapat rumah ni). Tersorok! Tak macam rumah sebelum ni (rumah sewa ke-2)...dapurnya kat depan, sebelah ruang tamu je pun. Buka je pintu rumah terus masuk dapur -_-". Tak suka betul design rumah tu. Saya cerita kat mak saya...mak saya kata tu stail rumah dulu-dulu. Memang macam tu la...dapurnya kat depan. Kalau rumah sewa pertama tu pun ok dapurnya, tersorok dan terletak dalam satu 'bilik' berasingan macam dapur rumah sewa kami yang terkini ni


Selepas

Bila dah tengok dapur rumah ni secara live, semakin jatuh hati saya dibuatnya! ^_^ Dapurnya besar dan selesa, kabinet pun banyak. Kalau tak tu, tak tahu dah nak letak mana barang-barang dapur. Terpaksa juga la semakkan countertop. Itu pun mujur la barang-barang dapur saya tak banyak. Sedap sikit mata memandang dapur rumah baru ni. Clear la sikit bahagian atas countertop tu, banyak barang dah sumbat dalam kabinet..ehe..


Bilik air

Kiri: pintu yang nampak tu pintu bilik air yang terletak tengah-tengah antara 2 bilik tidur
Kanan: bahagian dalam bilik air. Kecik je bilik air ni berbanding 2 buah rumah yang kami sewa sebelum ni tapi yang bagusnya ada tingkap. Masuk bilik air waktu siang pun dah tak perlu buka lampu. Jimat sikit penggunaan elektrik!


Bilik tidur

Dari 2 sudut berbeza. Kedua-dua bilik tidur ada 2 buah tingkap yang besar dan sebuah closet (gambar atas yang nampak pintu tu...tu la closet). Kecik je closetnya. Yang tak syoknya, dah takde dah cermin besar kat bilik macam kat rumah sewa sebelum ni (rumah sewa ke-2). Tak dapat le dah Safiyyah nak berangan depan cermin :p


Cermin besar ni la yang saya maksudkan. Ni kat rumah sewa sebelum ni. Di sebalik cermin tu closet sebenarnya


Aksi Safiyyah yang pelik dengan karpet rumah baru ^_^. Karpet ni memang berbeza dengan rumah sebelum ni. Sedikit tebal dan 'berbulu' umpama rumput yang pendek. Tu yang Safiyyah cuba cabut tu (refer gambar belah atas). Dia ingat rumput agaknya..hihi..


Basement

Kiri: stor. Setiap rumah ada stor masing-masing. Kalau nak kunci, boleh kunci (kena beli padlock sendiri la). Besar stornya sampai suami saya kata kalau nak tidur dalam stor tu pun boleh (dia teringin nak tidur dalam stor kot..hehe..). Barang-barang yang tak guna atau jarang guna boleh simpan dalam stor. Takde la semak sangat rumah
Kanan: laundry. Err..tapi tak disediakan washing mashine dan dryer. Kena beli sendiri la jawabnya. Kalau tak, kena basuh kat public laundry la (self-service laundry yang kena masukkan syiling tu)


Belakang rumah

Luas laman belakang ni. Siap ada playground lagi. Kalau malas jugak nak bawak Safiyyah keluar, tak tau la nak kata apa :p. Tapi malas jugak..haha. Teruk betul. Kalau dah masuk rumah, memang malas nak keluar (keluar dekat-dekat sekitar rumah la). Kalau keluar jauh-jauh sikit ambil angin ke..gi kedai ke..laju je (dengan syarat suami ada sekali la..tak terlarat kejar Safiyyah)..ehe..

30 comments:

Ummi Shira (AshAnas) said...

bestnye rumah baru... umah baru shira kan, kwsn lain dh siap berkemas, siap ubah 2 3 kali lg... tp kwsn dapur lgsung tak terkemas lagi... hadui, ntah kenapa bau dapur tu sgt2 meloyakan. pelik, pdhal bukan selalu masak pun. hubby yg dok masak, tu pun dia make sure die basuh n kemas sume blk. tp ntah la, cm pelik je bau, so smpai skrg xlalu lg nk masuk dapur... hehe...

yatie chomeyl said...

wah luasnya laman rumah..jeles okeh, kami xde laman pon hehe
nice house ;)

Sulam Kaseh said...

Nape kena pindah umah.. sori. lama x update :)

pak Dan said...

wah best rumah baru ni... nampak selesa.. tapi tak sempat dah kami nak berkunjung ke sana

Ina Hashim said...

wah nadiah...canteknya umah baru tu...dahla lama belakang luasssss...bestttt

Izan Ishak said...

bestnya nadiah umah baru ni. tang dapur tu mmg cun gile. byk no kabinet. seronok nak main masak2 kan.

lagi best ada laman yg luas!! seronok safiyyah main lari2 lepas ni~

mirah said...

Nadiah, memang nice rumah tu. Dapur especially. Mesti bertambah rajin nadiah masakkan..

ainis said...

cantik umah kak nadiah..
bolela jempt aini n husna pi sana..
hehhe..

Chik Na said...

cantik rumah baru nadiah..mesti safiyyah suka dok sini sbb playgroundnya belakang rumah je ;-)

Ummu Ammar said...

Nadiah > Cantik sangat. Akak pun berkenan. Rumah cantik + keluarga bahagia. Alhamdulillah..Nikmatnya kurniaan Allah.

Affieza said...

Besar gk umh baru ni..siap lah akak pasni kena rjin2 lah kemas umh..hehe..

Btw nice house.

Kamalia said...

salam nadiah..mmg besar sgtla rumah baru ni..mesti puas ati sgtkan..yela, yg pntg pengudaraan n pengcahayaan kat dlm rumah tu ye tak..akak pun xbiasa duk dlm gelap2..rasa rimas..lepas ni jgn malas2 bwk safiyyah main kat playground tau..:)

Alimaz-Kembara Terasing said...

cantiknyaaaaaa....

husna said...

wah. besaq dan luas. husna pon suka rumah yang banyak tingkap. kalau tingkap besaq2 lg suka. jg suka sbb cahaya matahari boleh melimpah masuk rumah.


"Tak dapat le dah Safiyyah nak berangan depan cermin"
ni sebenaqnya safiyyah ka, ummi dia ka yang nak berangan depan cermin.

ekekekekekkek

Unknown said...

cantik umah baru akak...jauh beza ngan umah family tuk student kat cn..huhu.

Syigim said...

suka dapo tu! :D enjoy umah baru :D

boundaries said...

bestnyer...new house.....best!!!!! nak gak nak gak nak gak....

inisuha said...

dapur tuh mcm best je..siap dah ada laman belakang rumah.agak2 boleh bercucuk tanam ke? :)

Unknown said...

salam nadiah..bestnya umah depa,alhamdulillah murah rezki..

Nadiah Sidek said...

ashanas: sian shira. takpe la shira, nnt dah hilang loya tu boleh la kemas dapur pulak :)

yatie: dah awak tu duduk tingkat 5 mana nak ada laman :p

sulam kaseh: kak mah, insyaAllah tahun depan kami sambut org baru. pindah rmh dpd sebilik kpd 2 bilik. sini rmh sebilik maksimum 3 org je 1 rumah :)

pak dan: mmg lebih selesa berbanding rmh sblm ni pak dan. alhamdulillah :)

k.ina: meh la dtg ke rmh ;)

k.izan: safiyyah kalau keluar bukan lari2 kat laman blkg ni je..habis 1 taman ni dia tawaf..huhu..

Nadiah Sidek said...

k.mirah: hihi..angin rajin masak belum dtg lagi la kak. masak utk mkn hari2 je..hehe..

ainis: meh..meh..tapi tiket akak tak sponsor tau. mintak Dr sponsor. hihi..

chik na: mmg dia suka chik na, rmh ni lebih luas dpd rmh sblm ni :)

ummu ammar: alhamdulillah :)

affieza: safiyyah yg rajin kemas rumah :p

k.kamalia: yup, yg penting pencahayaan & pengudaraan rumah tu ;)

Nadiah Sidek said...

alimaz: rumah ke tuan rumah yg cantik? ehehe..

husna:hehe..betul la safiyyah. ummi dia sekali-sekala je berangan depan cermin :D

meen: haraga rumah kat sini 'cantik' juga min..uhuk!

syigim: kite pun suka! ;)

boundaries: nak ambil la..hehe..

inisuha: tak tau la boleh bercucuk tanam ke tak

ibunafis: alhamdulillah :)

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

cantik le rumah baru nadiah..part carpet berbulu tu yang best kalau dapat guling2 kan hih..

Unknown said...

nampak selesa rumah baru tu...
berkenan sungguh dgn dapur tu..
rumah kakyong sampai hari ni xde kabinet...
penin sbb dapur selerak...

Anonymous said...

bestnye...

makin gatai la teman ni nak pi cari rumah baru. now duduk ber3 dah sempit, nnt ada adik miya, mau sesak.

Nida n' Hanafi said...

sangat cantik... kemas..

p/s: aik cucu tok su pun ada main buai ye (merujuk pada Iman)

fatonah said...

best yer tgk umah baru nadiah....,tapi mmg pon..akak kalo tgk citer omputih...(apakah???), mmg suke tgk design umah diaorang...mudahan2 nadiah ngan famili gembira dduk umah baru ya...

NzA said...

mmg suka design rumah mat salleh nie...w.pn sederhana ttp kemas espclly kt dapur....

Anonymous said...

dah dpt rumah besar ni bertambah rajin la safiyyah nak tolong ibu kemas rumah... hehehe

Nadiah Sidek said...

ummi aisyah: saya tak minat sgt karpet :p

kakyong: takpe kakyong, kumpul duit sikit2 nanti boleh buat kabinet dapur :)

mama-miya: cari jgn tak cari..ehe..

k.nida: mana ada iman dlm gambar tu..akak salah tgk tu :D

fatonah: insyaAllah, mudah2an lebih gembira duduk sini :)

nza: tak semua design cantik..ada gak yg tak brp cantik :)

k.fa10: mmg pun kak..huhu..