Pages

Sunday, October 24, 2010

Jamuan terakhir Muzammil buat kami

Basi dah cerita ni. Makanan-makanan yang ada dalam gambar bawah ni pun kalau ada lagi bukan setakat basi, dah berkulat dah pun..hehe. Layan je la ek...nak buat macam mana, hari tu lama saya tak dapat nak berblog. Ni belum lagi saya tulis kisah-kisah masa bulan Ramadhan lepas :p

Jamuan ni Muzammil yang buat, 25 September lepas. Farewell dinner katanya, saje nak menjamu kami buat kali terakhir sebelum dia berangkat pulang ke Malaysia. Merangkap jamuan raya juga la ni sebab masa ni masih di bulan Syawal lagi.


Makan, sembang-sembang, bergambar..


Antara makanan yang ada. Muzammil masak nasi beriani dan spaghetti. Saya hanya bawa banana cheesecake je


Banana cheesecake. Dah macam strawberry cheesecake je..eheh. Dah strawberry dengan anggur je yang ada kat rumah..tu je la yang saya guna untuk hias kek. Suami saya yang minta saya buat cheesecake ni untuk dibawa ke rumah Muzammil sebab Muzammil memang suka cheesecake (padahalnya suami saya yang nak makan, dia memang 'hantu' cheesecake :p)


Macam kebulur sangat je yang kiri sekali ni :p. Memang saya lapar sangat-sangat masa ni. Tak makan tengahari. Tengahari tu saya hanya masak spaghetti je. Saya tak makan spaghetti, masak untuk suami dan Safiyyah je. Saya sendiri tak tahu nak makan apa..huhu (yang sebetulnya saya nak makan masakan orang lain..ni kira mengidam ke..?). Kebetulan nasi beriani tu kena dengan selera saya...pedas! Laju je la saya makan. Dah tak peduli dah kiri kanan :p. Safiyyah pun laju je makan nasi beriani tu, hampir sepinggan dia makan. Dia dah kenyang baru la saya suap ke mulut sendiri. Papa dia je heboh pedas..sikit je la dia makan..heh. Tapi...lepas je saya makan, saya diserang gastrik! Mana taknya, perut kosong...pastu terus makan banyak...gastrik la habuannya. Depan orang tahan je la sakit. Keluar je dari rumah Muzammil, terus tekan perut! Huhu...berjalan pun terbongkok-bongkok. 2 hari juga la gastrik baru hilang dan 2 hari tu juga la saya tak boleh nak buat apa-apa, perut pedih sangat. Terbaring je kat rumah. Suami saya yang uruskan semua kerja-kerja rumah. Thank you abang! Abang nak ambil alih semua kerja tu sampai bila-bila pun takpe ^_^


Ni papa Safiyyah punya kerja. Kotak banyak kat rumah Muzammil masa ni. Boleh la pos Safiyyah balik Malaysia, jumpa opah dan atuk yang dah rindu sangat-sangat dengan Safiyyah. Jimat sikit duit flight..eheh. Nak tick kat mana ye? Fragile ok ke? Hihi..


Eh, eh...ada sorang lagi! Agak-agak muat tak kalau tambah sorang lagi? Ingat nak tumpang sekaki balik Malaysia..ngee~


p/s: perasan tak watermark saya bertukar lagi? Min edit sebab dia tak puas hati tengok tulisan tak jelas bila dah letak kat gambar. Makin comel lepas Min edit, siap ada butterfly lagi ^_^. Thank you Min!

14 comments:

Ros Illiyyuun said...

Salam :)

Sedap kek tu...apakata kalau nadiah 'create' satu blog untuk resepi...terutama untuk kek le :)

ddfirdaus said...

dah nak balik m'sia ye??welcome home!!

maszmadi said...

hikhik cumel jerk safiyah kat dalam kotak tu.... agak2 biler nak sampai m'sia tu yerk? leh geget pipi dia.. hehe

husna said...

"Suami saya yang uruskan semua kerja-kerja rumah. Thank you abang! Abang nak ambil alih semua kerja tu sampai bila-bila pun takpe ^_^"


terbaik!!
hahahahahaha.

ibu_Arifa said...

kesiannyer sampai terkena gastrik mcm tu sekali... nasib ler dapat hubby yg memahami dan penyayang kan.

baru rasa watermark yg ni okey sikit dari yg 1st aritu.

Affieza said...

Wah..bestnyer cheese cake yg K.Nadiah buat ni..hehe..

Nida n' Hanafi said...

alangkah bestnya kalau org boleh dipos.. mesti jimat duit dari beli tiket flight..hehe

NzA said...

terliur lak tgk cheese cake tu.....

yatie chomeyl said...

nak resepi banan ciskek tu buleh ke? ;)

nuha said...

setuju, nak resepi cheesecake tu boleh tak, kak nadiah? v(^_^)

comel lah watermark tu... ceria gitu.. hehe..

pst : kak nadiah, saya dapat hospital besar KT..

Mek Rose said...

ok gak tu..tick yg fragile tula..ehhehe.jimaattt duit nak pos!

sedap cheese kek..i like!

Nadiah Sidek said...

k.ros: ala kak...nadiah ni bukannya pandai sgt masak. byk lagi nak kena belajar & improve. segan la nak buat blog masak2. lagipun takut tak terurus kalau ada 2 blog :)

dbalkis: berangan je nak balik malaysia..huhu..

maszmadi: kalau tak sampai2 tu..cicir la tu kat mana2..hihi..

husna: ayat last tu yg terbaik, kan? hehe..

ibu arifa: tu la, tak pernah kena gastri mcm tu. watermark baru ni lebih ceria ^_^

Nadiah Sidek said...

affieza: belum rasa lg dah kata best? ehe..

k.nida: takut tak sempat sampai, mati kelemasan :p

nza: nak bg pun dah habis :D

yatie: boleh je..nnt kite bg. kalau lupa, ingatkan ek :)

nuha: nnt dah dpt resipi kena buat tau :)

rose: senang tick kat fragile je, kan? eheh..

Unknown said...

cheesecake itu sgt mengujakan.. adakah ia mudah utk dibuat??? nak resepi....

siannya nadiah sampai 2 hari terbaring.. kakyong 1 hari terbaring pun dah rasa mcm tak leh tahan.. tak leh tahan sebab tak larat nak bergerak & sebaik boleh bangun... aduii, lintang-pukang rumah....