Pages

Sunday, October 31, 2010

Safiyyah nak ke sekolah..?

Yay..ready for school! Dah pakai beg tu, tak nak buka pulak. Sampai ke malam la dia pakai beg tu :p


Siap ada buku sekali. Dah macam budak besar je gayanya


Meh kita tengok buku apa yang Safiyyah baca..

Motel 6! Hint untuk ajak bercuti kot..hehe. Papa...Safiyyah kasi hint dah ni...tak faham-faham lagi ke? :p


Beg yang Safiyyah pakai bukan sebarang beg...

It's safety harness!


Yup, kami belikan Safiyyah safety harness. Selepas insiden Safiyyah hampir hilang beberapa minggu lepas (ye..HAMPIR HILANG!!), kami terpaksa ambil tindakan drastik ni. Ikutkan, saya tak gemar pakaikan anak dengan harness tapi untuk keselamatan...suka ke tak suka, takde pilihan lain sebab Safiyyah kalau keluar, dia tak suka didukung, dipimpin dan tak suka duduk dalam stroller. Kalau nak pun, sekejap je la.

Dia suka lepas bebas. Bila dah lepas bebas, dunia ni macam dia yang punya. Dah tak peduli dan dah tak takut orang lain. Ikut suka kaki dia je nak melangkah ke mana. Dah la laju sebab dia lebih suka berlari daripada berjalan. Letih nak mengejarnya!

Mak saya pun suruh beli harness ni lepas saya cerita insiden tu kat dia. Cukup la hanya sekali tu je dia hilang daripada pandangan kami berdua. Tak nak pisang berbuah 2 kali. Nanti menangis air mata darah pun tak guna dah.

Keluar jalan-jalan semalam kami rasmikan dah harness tu. Marah Safiyyah tak dapat jalan jauh-jauh daripada ummi dan papanya. Kesian...tapi untuk kebaikan, terpaksa juga la...

26 comments:

fatonah said...

salam...
wahhhh, nadiah pon dah guna harness tok safiyyah ek..akk baru bercita2..hihi
yang penting anak kita selamat kan?...

Irfan said...

ooo
mcm tu plak. for me, it kinda a better way to avoid it happens again. ....

god job kak nadiah n abg zaki.

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

ni bukan nak pegi sekolah ni..dia nak ajak backpack thruout whole america ni.

pasal harness tu, we all mmg bg miya pakai harness & its attach to my belt/handbag. so dia bleh jalan2 sendiri tp masih terikat. maklumlah, anak dara ni perasan nak jd cam org tua, jalan2 suka suki. syg anak, but tak mau over protective sgt. so inilah solutionnye.

boundaries said...

hampir hilang....huh yg tu mmg dah lemah jantung kalau kena...huda tak jumpa cari adik huda haritu pun dah nangis nak boleh ke jumpa...

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

ooh baru tau pasal macam beg ni..bagus gak tu..kalau aisyah, saya pakaikan kasut yang ade bunyi, senang nak cam kedudukan dia..

Suhana Shahril said...

Kesian yer..si kecik safiyyah kena ikat..hehehe..
Hilang ke manalah si safiyyah tu?Men aci lut cak dgn mama & papa dia ke?

yatie chomeyl said...

nape nadiah? safiyyah hilang kat mana masa tu?

Ummu Ammar said...

Nak tahu juga ni..mcm mana safiyyah boleh hilang dan mcm mana bleh jumpa semula.?

Izan Ishak said...

k.izan pun setuju nadiah, sblm jadi baik kita beringat kan...

safiyyah makin tembam skrg ni lah....gerammmm. rambut dah panjang pulak tu!!!

transformed housewife said...

mmg elok berjaga2 dan beringat2 dulu pasal keselamatan anak.

sweetsal said...

anak Nadiah dh besar ye..dh nak ke sekolah, cepatnya kan, dulu tgk dia masih kecik lagi..

btw; tkasih singgah blog akak, terharu sgt..

al-lavendari said...

eloklah tu .. you can't be too careful.

saya dulu pernah hilang anak lelaki kat pasar seni. saya ingat dia ikut emak dia, emak dia ingat dia ikut ayah dia.

tak berapa lama lepas kita tercari2, ada pengumuman dari PA system kepada sesiapa yang kehilangan anak. nasib baik. panik juga di buatnya.

Hamizah said...

betul tu,nadiah..
kena igt2 sblm terjadi..

mummycute said...

sangat cute la beg tu..

CT said...

slm..wah2 beriya2 nk go to school..hi3

Fazlinil Irma said...

keselamatan mmg perlu diutamakan. mmg kalau ikutkan org tak baiklah. tp kalau anak kita hilang. mereka boleh simpati ja.

kita yg susah hati ;)

kakyong said...

beg tu pun comel jer..
safiyyah hilang kat mana tu nadiah?

Mama Zharfan said...

ok jer pakai harness ni..cute and paling penting utk keselamatan anak2 jugak kan :)

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

nad,
beg tu kat mesia sure mahal kan??

suami sy tu dia terlebih concern la plak..nak tanam implan yg mcm mat saleh buat utk detect di mana anak berada if ilang..ish2
cam cite mission imposibble lak..wakakkaakkakak

cam menarik ni
leh wat posting nnti..nak cari bahan dulu..ngeeeee

Nadiah Sidek said...

k.fatonah: akak pun nak pakaikan anak harness ek? jom sama2 kita pakaikan ;)

irfan: yup, it's the best solution for now

mama miya: hihi..tu la..gaya nak gi melancong pun ada :D

boundaries: mmg pun. alhamdulillah la tak hilang

ummi aisyah: bagus juga idea tu

k.ana: terpaksa la ikat kak ana..dah tak reti takut sgt

Nadiah Sidek said...

yatie: dah citer dlm entry baru

ummu ammar: nanti akak baca di entry baru tu ye

k.izan: rambut dah pjg tapi takmo ikat -_-"

transformed hw: betul tu kak

sweetsal: hihi..belum nak hntr dia ke sekolah lagi la kak..gaya je mcm nak gi sekolah :D

al-lavendari: tu la, mmg panik dibuatnya

Nadiah Sidek said...

k.hamizah: mudah2an la tak berlaku lagi

mummycute: a'ah, beg tu comel je..padan la dgn si kenit :D

ct: duk suka pakai beg je..hehe..

irma: biarlah kan org nak kata apa, janji anak selamat. lagipun ramai je dah pakaikan anak harness ni :)

kakyong: kat kedai hilangnya..huhu

mama zharfan: indeed :)

rose: amboih..sampai nak pasang implan..hehe kitorg takde la terfikir sampai camtu sekali :D

chemso said...

takutnya kalo anak ilang dari pandangan.....rasa cam nak terbalik dunia ni.....

AshAnas said...

shira pun teringin gak nak belikan safety harness ni tp family sblh hubby dok ckp mcm anjing la plk... hm, akak dh guna, akak rasa cmne?

aLyNnZ said...

bagus lar beg saffiyah tuu..bnyk kelebihan..mahal tak nadiah..? tapi danish lau pkai beg pun kejap jew maybe sebab beg tu asyik terlondeh jew..

comel saffiyah pakai beg..nampak cam dah besar sgt..

Nadiah Sidek said...

chemso: mmg pun..

ashanas: akk pun sblm ni tak suka juga nak pakaikan anak harness tapi dpd dia hilang, lebih baik la dipakaikan harness tu

alynnz: alamak, tak ingat la tanya husband brp harga harness tu