Insiden berlaku 11 Oktober lepas. Masa tu kami 3 beranak keluar..ke kedai nak cari baju sejuk untuk Safiyyah. Biasanya kalau kami ke kedai tu memang kami lepaskan dia sebabnya pintu kedai tu sentiasa tertutup, kecik aje pun kedai tu...dalam 2 lot kedai dan setingkat je. Dan selalunya mata salah seorang daripada kami takkan terlepas daripada kelibat Safiyyah.
Entah macam mana hari tu lain pulak yang jadi. Sebelum tu suami saya dukung Safiyyah sebab saya tengah pilih baju yang sesuai untuk Safiyyah. Dalam pada tu saya minta suami saya ambilkan sehelai jaket toddler kat rak berdekatan dengan dia. Dia turunkan la sekejap Safiyyah. Safiyyah masa tu pun sibuk belek-belek baju kat rak rendah yang dekat dengan dia. Saya kalih sekejap mata ke tempat lain. Baru beberapa saat mata saya terlepas daripada dia, lesap dah dia! Saya ingat Safiyyah ada dengan papa dia. Rupanya takde!
Jenuh kami cari dia dalam kedai tu! Tahu je la kan...Safiyyah kenit je orangnya...kat situ pulak penuh dengan rak baju...susah la nak cari dia. Tertunduk, terjengket-jengket kami cari dia. Cari punya cari tak jumpa jugak. Aduhai...rasa nak luruh jantung masa tu! Kebetulan masa tu suami saya terperasan yang pintu kedai ternganga luas...dia cari pulak Safiyyah kat luar. Dah di luar kedai rupanya Safiyyah! Tu pun kata suami saya Safiyyah tengah ralit tengok orang potong rumput. Alhamdulillah, mujur juga la ada benda yang buat dia ralit. Kalau tak..entah ke mana-mana entah agaknya dia dah pergi.
Safiyyah memang tak takut orang kalau kat luar. Dah la laju je berjalan (lebih banyak berlari pun)...tu yang cepat je dia 'hilang' tu. Dah jumpa tu, memang suami saya tak lepaskan dah Safiyyah. Mengamuk-ngamuk dan meronta-ronta la Safiyyah sebab tak dapat lepas bebas tapi kami buat tak layan je. Orang nak kata apa masa tu pun biar je la. Risau kalau dia 'hilang' lagi.
Sebelum ni dia takut juga berada jauh daripada kami. Sekarang ni...hmm..tak heran langsung dah. Perasan dah besar sangat agaknya. Lepas tu kami decide beli harness untuk Safiyyah. Mak saya pun suruh beli cepat-cepat harness tu. Masa tu jugak la baru saya tahu cerita yang adik saya pernah hampir-hampir hilang juga masa dia kecik-kecik dulu. Lebih kurang baya Safiyyah pun masa tu dia. Kat kedai juga la berlakunya.
Mak saya cerita adik saya duk menyorok masa tu. Jenuh mak saya pusing-pusing cari dia. Rupanya ada sorang cashier tu nampak adik saya menyorok...dia gelak-gelak je, tak bagitau pun mak saya. Adeh, sabar je la. Pastu baru mak saya jumpa adik saya. Terkekek-kekek dia gelak kata mak saya. Mak saya punya la risau...dia gelak-gelak pulak :p. Budak kan...mana dia tahu. Dia tahu seronok dan nak main je la. Sejak daripada tu mak saya tak bawak dah adik saya gi kedai. Sekejap pun dia tak nak bawak.
Tu yang mak saya suruh beli dan pakaikan Safiyyah harness tu. Dia dah pernah lalui situasi yang sama dan faham sangat macam mana perasaannya bila anak tiba-tiba 'lesap' daripada pandangan mata. Zaman sekarang ni lagi la kan...jenayah berleluasa. Lagi la risau kalau anak hilang. Na'uzubillah...mudah-mudahan dijauhkan hendaknya perkara-perkara yang tak diingini berlaku..
31 comments:
bahaya kot -___-"
bahayanyer...tu lah budak2 ni...dia x tau akibat blagak nak jd besar...
haha. cmtu je komen kau.
mirah pun pernah alami situasi mcm ni. aisyah hilang depan mata. sebelum tu elok dia main depan kedai kamera yg kami dok nak beli kamera tu, sekali toleh tgk dia hilang. mmg taktahu nak cakap perasaanya, toelh kiri kanan tak nampak kelibat dia, dalam dok tercari tu, nampaklah ada sorang budak kecik pakai seluar hijau nun dalam 50 meter gak kot, tgh lambai2 main mainan yg masuk duit tu. tu pun terlindung belakang eskalator tak nampak sgt. Ya Allah, Tuhan saja tahu bagaimana rasanya. memang kena hati-hati..
huh, kalau berlaku kat saya mesti dah nak nangis je..mintak dijauhkan.
memang leh luruh jantung kalo anak hilang...
safiyyah dah nak jd kakak.. tu yg dia rasa dah besor..
kuar juga crita ni..akak puas dok godek blog Nadiah cr critanya bila baca n3 semalam..igkan dah terlepas..hehehe...
assalamualaikum nadiah. alhamdulillah... lega rasanya bila dengar safiyyah hilang sebentar saja. dalam keadaan dunia hari ni yang banyak jenayah yang pelik2 ni, kakchik cukup takut bila bawa anak kecil keluar. safiyyah... safiyyah. berani sungguh anak kecik ni. baguslah nadiah dan suami tidak panik walau mungkin masa tu perasaan tak keruan. memang kena harness agaknya.
alhamdulillah..nasib baik xde pape ye..elok juga tu pakaikan harness..iA,lepas ni selamat hendakNya..
pernah jugak berlaku di sini. umar tu pun baya safiyyah. tengah seronok berjalan sendiri. lagi lah masa tu dah malam di bulan puasa. kami yang dewasa duk kemas rumah lepas berbuka ramai2. sedar tak sedar anak lelaki kawan dah takde dalam rumah. kami dah panik. cari sampai keluar rumah kat jalanraya.
dlm 15 minit jugalah duk cari. rupanya dia duk senyap kat rumah jiran sebelah.
lepas jumpa terdiam tak terkata mak ayahnya. dah la anak lelaki sorang.
Hoho..budak perasan dah besar men aci lut ya..mujur x ke mana lagi...mmg rasa cam boleh luruh jantung ooo..kalo tetiba..sekelip mata anak2 ni lesap dr pandangan mata
memang paham sgt perasaan u time tu..memang rasa luruh jantung+rasa nak pengsan kalau anak2 tiba2 hilang dari pandangan
aduhai...safiyyah...takutnyee auntie deena dengar...jgn hilang lg yeee
huhu..walaupun keadaan tu sepatutnya merunsingkan hati..tapi bile bc cerita safiyyah ni,rasa comel dan lucu..
safiyyah ni aktif, physical n mental development dia bagus..alhamdulillah..
alhamdulillah juga tak berlaku apa2.
n hope x berlaku lagi.
insyaAllah..mudah2han..nanti boleh jadi kakak yang cekap jaga adik dia..=)
isyk3.. safiyyah.. safiyyah.. ikut perangai pak cik dia mase kecik rupenye...
kak nadiah, ke kak nadiah pun masa kecik suke nyorok jugak? heheheh
safiyyah..safiyyah..dah la comel..nakal pulak tu..keluar tak ajak ibu..nasib baik ada p.cik pemotong rumput yg sgt attractive..hehhe..
Peringatan untuk mama dan papanya tu...
Dulu anak Kak Nida pun pernak hilang, tanya sepupu sebaya dia (2tahun ketika itu) semua cakap anak akak jatuh laut (kebetulan bawah tu laut.) Suami akak terus terjun laut.. akak hampir hilang akal ketika tu... nasib baik ada org bagitahu nampak anak akak menuju ke kedai lain.... kesian tengok baby akak ketika tu, terpinga2
mmg bahaya kalu anak2 kecil trlepas pndang....nasib baik xpe2....
chocofiz: knp ada 'kot' tu? mmg bahaya la :p
k.yati: diorg bukan reti berlagak kak yati..cuma rasa mcm dah besar :p
raihan: meh akak tolong jwb bg pihak fizah.."kau pun sama". ehehe..
mirah: tu la, sat je kan diorang hilang dpd pandangan mata
ummi aisyah: mujur juga la masa tu saya masih boleh tenangkan diri walaupun rasa tak keruan sgt dah
kakyong: agaknya la tu kot kakyong..dah nak jadi kakak..
k.hamizah: hehe..penat je akak cari :D
kakchik: waalaikumussalam wbt. tu la kakchik..berani sungguh la safiyyah ni. nak tak nak, kena juga la pakaikan dia harness
k.kamalia: mudah2an hendaknya..
irma: mesti panik sgt masa tu, kan?
k.ana: huhu..tu la kak ana, nadiah dah pernah rasa dah..cukup la sekali tu je
mama zharfan: mmg rasa nak gugur jantung :(
deena: deena yg baca ni je pun dah takut...akak lagi la..huhu..
incik: insyaAllah..mudah2an hendaknya..
oryza: akak behave la masa kecik2 dulu :p
zietyrahman: hehe..
k.nida: alhamdulillah la anak akak tak jatuh laut betul2. boleh bayangkan macam mana situasi yg akak alami masa tu
nza: a'ah, mmg bahaya walaupun hanya beberapa saat
bab budak hilang ni, dm adik beradik knur ada sorang adik lelaki yg "juara". Dia pernah hilang kat stadium masa ada hari sukan syarikat abah kami, masa tengok konsert Ramli Sarip, kat shopping kompleks dia pergi cari sendiri kereta dan dia pergi sendiri kat kaunter. Kalau budak dah besar, bolehla ajar spy ingat no. tel, no kereta nama mak ayah. tapi mcm Safiyyah, rasanya pakai Harness mmg jln terbaik.
salam Nadiah
alhamdulillah ditemui kembali kan.akak yang membaca entry ni pun dup dap dup dap..
k.faten pun nak beli harness juga nn, wat balik mesia...
mujur dia ralit.
kalau tak dah lepas ke mana dah.
alhamdllh dpt jumpa cepat.
baguslah keputusan kak nadiah tu.
uiii.. anak dara ni
dah panjang langkah yer
elok la beli harness tu nadiah
susah sikit takpe, jangan kita menyesal kemudian kan
alhamdulillah. syukur tak apa2. mesti risau giler masa safiyyah hilang sekejap tu kan. rasa nak pecah dada kan.
safiyyah comel sgt. kak ida tgk pun geram...
transformed hw: nasib baik adik kak nur reti cari kereta
ummu: alhamdulillah kak jumpa balik..
k.fa10: beli jgn tak beli :)
husna: tu la husna..mujur ada benda buat dia ralit
h4ni3: yup, jgn menyesal kemudian
k.ida: mmg pun kak..huhu..
tu dia akk..
legaa sesgt jumpa balik kan..anak tuu...nyawa weih...;p
ekceli Hanie pun penah brpengalaman mcm tu n alhmdllh jumpe blk anak tu..disangka hilang,rupenye tak hilang ..ish3x
erm..bab ilang anak nie yg paling alin seriua dengar..danish pun lebih bnyk berlari dr berjalan kita yg dah besar nie pun xterkejar laju sungguh..
kita manusia biasa takot terlepas pandang tgk2 anak ilang..ya allah rasa xleh nak maafkan diri..biarlar ilang benda lain jgn ilang anak..minta dijauhkan..
hanie: mesti rasa panik masa tu, kan? anak hanie yg mana 1 tu?
alynnz: tu la alin..budak2 mana dia tahu bahaya kan..kalau keluar dgn diorang, mata takleh ke tmpt lain walaupun sekejap. diorang laju je..sedar2 takde dah
Post a Comment