Pages

Thursday, November 11, 2010

International Food Bazaar

Baru je cerita pasal International Dinner, ni nak cerita pasal International Food Bazaar pulak. Kebetulan tarikhnya dekat-dekat. International Food Bazaar ni berlangsung semalam (10 November) di UNL City Campus Union. Sekejap je pun bazar ni, dari pukul 11 pagi sampai pukul 2 petang je.

Bazar ni antara aktiviti tahunan UNL International Student Organization tapi baru tahun ni saya tahu kewujudannya. Tak pasti pulak saya sejak tahun bila bazar ni dibuat. Bazar tahun ni pun dapat tahu daripada adik-adik undergrad. Diorang kan join persatuan kat sini...diorang tahu la event apa yang dibuat. Bazar tahun lepas ada keluar ceritanya dalam DailyNebraskan.com.

Saya sekeluarga sampai sana dalam pukul 11.30 pagi. Lebih kurang sejam juga la kami di sana. Tak boleh nak lama-lama sangat sebab tempat parking kereta tu dihadkan 30 minit je. Tu pun suami saya tambah sekali lagi duit parking, dapat la sejam kami kat sana.


Gerai Nebraska University Malaysian Student Association (NUMSA) ni yang kami cari dulu masa sampai sana. Bangga jadi anak Malaysia! (cewah..bersemangat patriotik pulak tiba-tiba..ehe..)


Antara yang dijual di gerai NUMSA. Nasi lemak & kari ayam, sagu gula Melaka dan air Michael Jackson. Air Michael Jackson tu air cincau sebenarnya. Saje nak menarik perhatian orang la kot supaya beli air tu. Nak letak nama Hafizuddin Syafiq (tukang buat air cincau tu) tak glamer pulak..hihi..


Oh, ni 1 lagi yang dijual di gerai NUMSA...karipap gergasi! Hehe..besar sangat karipapnya. Nak senang dan nak cepat agaknya. Kata si Irfan, ada lagi yang besar daripada ni, saiz XL katanya. Yang saya tengok tu pun dah macam saiz XL...kalau yang besar lagi, XXXL la kot :p. Gambar karipap ni saya ambil curi-curi (curi-curi sebab tuan punyanya; Raihan tengah jaga gerai :D). Saya tak beli pun karipap ni. Daripada dulu saya tak suka beli karipap besar-besar macam ni. Saya pun tak tahu kenapa. Sejenis lagi kuih yang dijual; kuih lapis


Antara orang kuat NUMSA. Berbaju Melayu hitam tu Irfan, yang biru tu la tukang buat air Michael Jackson; Syafiq dan satu-satunya yang bertudung tu Raihan. Diorang ni antara committee member NUMSA, wakil Melayu. Yang lain semuanya cina. Cina memang majoriti kat sini


Antara gerai yang jual makanan halal.
Kanan: gerai Pakistan Student Association
Kiri: gerai Muslim Student Association


1 lagi gerai yang jual makanan halal yang tiada dalam gambar; gerai Saudi. Saya punya la berangan nak makan nasi dari gerai Pakistan...tengok-tengok diorang tak jual nasi pun. Kuih je yang dijual. Tak tahu la kuih apa..macam cucoq je. Takde la saya beli. Nasi Arab saya tak minat pulak. Sudahnya beli nasi lemak je la kat gerai NUMSA. Suami saya pulak beli falafel sandwich di gerai Muslim Student Association.

Kat gerai NUMSA tu semua jenis makanan yang dijual kami beli kecuali karipap. Nasi lemaknya ok la, cuma sambalnya masam sikit sebab terlebih asam jawa. Kuih lapisnya pun boleh tahan rasanya. Sagu gula Melaka dan air cincau tu saya tak tahu sebab saya tak rasa (tak minat) tapi kata suami saya sedap cuma sagu gula Melaka tu tawar sikit.


Dalam banyak-banyak gerai yang saya tengok, gerai Thai (2 gambar belah bawah) yang paling ramai orang serbu sampai kena beratur. Banyak juga makanan yang dijual di gerai tu. Kalau halal, saya beli dah kat situ. Saya minat juga makanan Thai


Tengok pulak gelagat anak dara ni. Mula-mula elok je duduk atas kerusi, lepas tu berdiri pulak atas kerusi tu. Tak puas lagi, naik pulak atas meja! Hmm..sudahnya, kami lepaskan je la dia kat bawah. Seronok la dia dapat berlari-lari kat situ. Siap kacau orang lagi tu. Bukan kacau macam mana pun...dia gi kat meja orang, tengok orang tu makan :p


Babysitter sementara..hehe. Nak pulak Safiyyah didukung Irfan (tapi masa ni Safiyyah dah mula meronta nak turun...nak bebas!). Sebelum ni jangan harap la. Kalau lelaki (selain papa dia) nak dukung dia...melalak la dia (jangan kata dukung, nak disentuh pun Safiyyah tak nak). Takut agaknya


p/s: seronoknya la kalau bazar ni dibuat tiap-tiap minggu...tak payah masak! ngee..

15 comments:

Anonymous said...

ada tak matsalleh menangis kena sambal tumis nasi lemak tu? hihihi...

Irfan said...

suka post kali ni.. sebab bnyk gmbr irfan >.<

Anonymous said...

yum..yum...mesti tingat msia kan?hehe

Suhana Shahril said...

Mau nya si safiyyah tak mau kat brother irfan tuh..sama2 mata sepet..ahaks! jgn marah yer,lawak2 jer.

Suka nengok dak comel ni pakai baju purple..naik warnanya dgn kulit safiyyah yg putih tu

Unknown said...

banyak aktiviti makan2 eh bl duk diperantaun....tapi badan tak besar2 jugak...huhuhu.

ibu_Arifa said...

hihihi..ayat yg kat "p/s" tu yang syok tu.. tak payah masak...hihihi

Affieza said...

Lawak betul tak pernah dgr lagi org pnggil air cincau "air michael jackson"...hehe

idasm said...

nadiah,
cucoq yg kat gerai pakistan tu namanya PAKORA.. hehe. Rugi diorang tak jual nasi beriani bukhari. kalau tak sure nadiah belikan.. nanti balik msia, mehlah dtg restoran akak, kak ida belanja makan nasi beriani bukhari yea..

suka tgk gelagat safiyyah.. comel je..

MHSS said...

salam..
huhu.. tak tau nape tetibe hari ni tergerak hati nk jenguk2 blog akak..he. da lame x login blogger. -.-

iyee..saya tuan punye air micheal jackson..hehe
air tu, soya campur cincau.. soya Putih cmpur cincau Hitam.. jadilah MJ..hee.. syfiq pun xtau mule2, ad member cina ni kate ade kdai kt KL jual air soya cincau ni bg name MJ.. ikut je la..he.

ish, rugi kak nadiah tak mnum tuh.. :)

h4ni3 said...

awat nadiah tak berniaga skali?
buat soto lagi.. mesti laku :)

husna said...

comelnya safiyyah..
pakai boot lg!
comel comel!

Ummi Shira (AshAnas) said...

sesekali wat cmni mesti rindu kt malaysia kan kak...

Unknown said...

kreatip air micheal jackson... ;)

karipap gergasi tu inti apa?
teringat kecik2 dulu, mak buat karipap gergasi inti telur 1 biji+bwg+cili.. kakyong pernah buat utk anak2.. tp lupa plak nak berkongsi dlm blog...

Nadiah Sidek said...

mama miya: hehe..tak tau le pulak

irfan: gmbr dia ada byk baru nak suka ek

k.fatonah: mesti la kak..huhu..

k.ana: hahaha..marah nnt si irfan

meen: dah mkn tak byk..mcm mana nak naik :p

ibu arifa: hihi..mmg syok takyah masak

Nadiah Sidek said...

affieza: hehe..tu teknik nak lakukan air tu

k.ida: ye kot pakora namanya. tak ingat pulak. yay..ni yg tak sabar nak balik malaysia ni..ada org nak belanja mkn ^_^

MHSS: oo..campur soya ek. soya akk tak minum, cincau pun akk tak minum. lain kali jual la air yg akak minum :p

h4ni3: tujuan ke bazar tu pun sbb malas nak masak. haha..

husna: thank you aunty husna! (jwb bg pihak safiyyah..ehe..)

ashanas: kalau takde bazar ni pun rindu jgk..uhuk!

kakyong: inti kentang kot. nadiah pun tak tanya :p. tak pernah nadiah mkn karipap inti telur