Pages

Sunday, November 28, 2010

Safiyyah dan Thanksgiving Dinner

Khamis lepas kami menghadiri jemputan Thanksgiving dinner di rumah Dr.Gary J. Brewer; Head of Department of Entomology, UNL. Kami keluar rumah lepas solat Maghrib. Fatima dan Irfan Pakistan pun naik kereta sekali dengan kami. Hampir sejam juga la baru sampai di rumah Dr.Brewer...sesat! Pusing tempat yang sama berulang kali tapi tak jumpa-jumpa jugak. Map yang suami saya ambil dari Google Maps macam mengelirukan je sampai kena call Dr.Brewer. Alhamdulillah, lepas tu jumpa juga la rumah Dr.Brewer. Kalau tak sesat, tak sampai setengah jam dah sampai dah. Mujur la masa kami sampai tu, ada juga yang baru sampai.


Ready to go to Dr.Brewer's house!
Belum winter lagi tapi dah pakai baju winter lengkap. Sejuuuuukkkkk sangat sekarang ni. Malam-malam, pagi-pagi buta suhu bawah 0'C (suhu negatif je memanjang). Duduk rumah pun pakai sweater. Bayangkan la suhu masa winter nanti macam mana..


Candlelight dinner :p. Kami yang Muslim ni makan sayur dan buah je la. Tiba-tiba pulak jadi vegetarian..eheh. Kami makan ni di tingkat bawah, makanan ambil di tingkat atas. Memang besar la rumah Dr.Brewer ni


Belah kanan ni la Dr.Brewer


Safiyyah buat macam rumah sendiri -_-". Cordless phone tu la yang paling dia berkenan tapi dia bukan nak bawak lari pun. Dia angkat phone tu, pastu dia letak semula kat tempatnya. Berulang kali dia buat, tak jemu-jemu


Si kenit sorang lagi ni (ala..tak ingat nama pulak) sebaya Safiyyah je. Lahir pun bulan yang sama. Safiyyah lahir awal bulan Januari, dia lahir hujung bulan Januari tapi saiz Safiyyah lagi kecik (macam ummi dia la..'rendang' je..hehe..). Berbeza sungguh la karekter diorang berdua. Safiyyah semua benda dia nak usik, kawan dia tu pulak duduk je diam-diam dengan mak ayah dia. Jenuh nak kena ikut je ke mana Safiyyah pergi. Faham-faham je la rumah yang takde anak kecik..macam-macam benda la ada. Safiyyah suka la...dah rumah dia semua benda ummi dengan papa sorok/letak tempat tinggi :p


Jumpa buku (atlas sebenarnya) pulak! Dia berkenan dengan buku tu, terus duduk atas meja! Haih..


Antara aktiviti lepas makan. Gambar iPad tu sengaja saya letak, tak nak biar kosong..hehe. Ada sape-sape yang berkenan? Oh, bukan saya punya, bukan juga suami saya punya. iPad tu milik Dr.Brewer


Sebelah kanan Safiyyah tu la isteri Dr.Brewer. Philippine. Ramah orangnya. Berbeza dengan Dr.Brewer yang agak pendiam


Ni 1 lagi aktiviti lepas makan. Game sebenarnya ni, salah 1 Wii video game (read here). Gitar tu pun bukan gitar betul, takde tali pun. Kena ikut la apa yang terpapar kat skrin tu. Kalau main muzik tak betul atau nyanyi tak betul, kira failed la. Macam-macam la game zaman sekarang ni.
Safiyyah pun sibuk jugak :p. Orang semua tengok skrin tu, dia pun tengok jugak walaupun tak faham apa kebendanya tu..hehe..


'Artis-artis' saling bertukar ganti :p


Tak habis-habis la Safiyyah dengan aktiviti memanjat. Kalau sehari tak memanjat, tak sah! Dia dah naik atas kerusi/meja tu, dia tepuk-tepuk tangan. Orang gelak je tengok keletah dia

20 comments:

Ummi Shira (AshAnas) said...

safiyyah tgh happy nk explore tu... mcm2 benda baru yg die nampak kan, hehe...

lina said...

comel jer safiyyah ni

Pija Madzlan said...

takpe safiyyah, kecik2 mcm ni panjat lah puas2 dah jadik anak dara nnt nk angkat kaki tinggi sikit pun dah malu :P thanksgiving ni meraikan apa ek sebenarnya??

fatonah said...

salam...pipi nadiah chubby...hihi..baru nampak preggy...jeles akak...ekekekek

Love2cook Malaysia said...

Safiyyahhhhh! Owh she's so cute looking at that book!!! :D

Nadiah, U've been tagged!!! Hehe, no force ya ;)

Norhidayah said...

safiyyah first pic macam nak naik bulan..

Ummi Hanie said...

suke n envyy je tgk aktiviti org d luar negara..hanie pun kalau brkesempatan,tunggu hubby buat sabatikal lahhh...lambt lagiii....

comel laa safiyah ni..ok la tu,behave laa juge drpd dia melalak2 , biorkan dia sibukkn diri..hehhe;p

Hamizah said...

aktif betu safiyyah ni ye..tak takut org pulak tu..xpe bdk cerdik mmg camtu..semua dia nak explore..

idasm said...

safiyyah ni sebijik mcm solihin aktifnya. mmg tak leh duduk diam. semua benda nak diexplorenya.

tp safiyyah cute sgt...

meriah nampaknya dinner kat sana tu. mcm2 aktiviti ada.

♥MAMASYAZA♥ said...

mmg cute la safiyyah ni, kalo dekat, sah2 dah kena cubit ngan aunty

Unknown said...

bagus lah safiyyah, pandai bawa diri walaupun kat rumah orang... ;)

anis & aliya, bila kat rumah org jer.. terus jadi kaku beku... huhuuu..

kew_chop said...

kat sini pun autumn tahun ni sejuk bukan main. cam ada kemungkinan snow turun awal jek..
comelnya si kecik tu pakai bungkus camtu..

Suziey Ahmad said...

waa sukanya..ade mjlis2 mkn2 jgk..hehe..cute la safiyyah in that attire :)

Syigim said...

comel gile safiyyah!!! *pinch pinch*

xpe anak kita yg nakal xduk diam2 usik itu ini. maknanya bijak nk xplore (pandai2 je mentang2 anak i 3boys pun naughty suka usik brg haha)

Ummu Ammar said...

Yup! Betul..anak2 yg suka explore adlh anak2 yg bijak..lg byk dia explore lg banyak sisi otak dia guna...cuma mak ayah dia penat sikit la nak jaga...hehehe

Affieza said...

Bdk aktif yg cute duk explore brg2 yg xpernah dia jumpa...hihi

Nadiah Sidek said...

ashanas: tu la pasal..kat rumah brg2 semua kena sorok. duk explore rumah org la :p

k.lina: tq ^_^

k.sitisifir10: hehe..anak dara nnt jgn buat mcm ni sudah :p. nnt nadiah cerita psl thanksgiving dlm next entry ye ;)

k.fatonah: kalau tak pregnant pun pipi nadiah mmg chubby la kak..hehe..

sis love: ok! tq for tagging me :)

pinky mouse: hihi..

ummi hanie: yup, dpd dia melalak2 biar la dia explore walaupun penat nak ikut dia..huhu..

k.hamizah: skrg ni mmg dia tak takut org langsung

Nadiah Sidek said...

k.ida: haa..boleh la diorang berdua jadi geng..explorer gang :D

mamasyaza: nadiah selalu cubit pipi dia..hihi..

kakyong: takpe la kakyong..takde la penat nak kejar diorang..hehe..

kew_chop: sini dah 2 kali salji turun tapi sekejap je la

suziey: majlis makan2 kat malaysia lagi seronok

syigim: anak2 syigim hero2 semua..takpe la. ni girl la..uhuhu..

ummu ammar: tu la kak..letih la sikit nak jaga. kang tak psl2 pecah pulak brg org..uhuk!

affieza: jakun..hehe..

Ainna Jalil said...

bestnya! one happy family at home ^.^

aLyNnZ said...

nadiah dah berapa bulan sekarang..awak nampak sweet sgt..sedikit berisi tp sgt comel..seri ibu mengandung..