Pages

Tuesday, November 9, 2010

International Dinner 2010

5 November lepas kami ke Antelope Park, menghadiri International Dinner anjuran Bruner Club (Entomology Graduate Student Organization). Tahun lepas pun kami pergi juga. Tempatnya pun masih di dewan yang sama.

Kami bertolak dari rumah dalam pukul 6.45 petang, usai solat Maghrib. On the way tu Safiyyah tertidur pulak. Petang tu dia tak tidur langsung, jenuh saya 'paksa' dia tidur, tak nak jugak dia lelapkan mata. Duk 'kurung' dia dalam bilik pun dia tak nak tidur (dengan ummi dia sekali la berkurung dalam bilik..dia tak tidur, ummi dia yang tidur :p). Masuk kereta nak ke Antelope Park tu lena pulak dia. Baru-baru sampai tu moody la dia sebab tak puas tidur. Nasib baik sekejap je dia moody..


Bagi mangkuk dan sudu, baru Safiyyah diam. Lepas tu mood dia kembali ok. Duk berlari je la dalam dewan tu. Lega sangat tengok dia happy malam tu. Risau dia meragam je macam sebelum-sebelum ni. Alhamdulillah ok dia malam tu. Tak menangis macam selalu. Dah besar agaknya


Muka-muka yang kebuluran dan rambang mata tengok makanan..eheh..


Tahun ni saya buat soto. Tengok balik entry International Dinner yang lepas, baru perasan tahun lepas saya buat bihun sup. Maknanya, 2 tahun berturut-turut la saya masak makanan berasaskan sup. Saya tak tahu la nak masak apa. Makanan orang Melayu kan kebanyakannya pedas..tu yang jadi buntu nak masak apa. Dah jenuh fikir, masak soto je la. Oh, sambal kicap memang saya tak buat..diorang bukan makan pedas pun


Kami 3 beranak tak beratur pun ambil makanan sebab dah makan kat rumah (malas nak beratur pun..hehe). Terpacak je la kat situ sambil ajar diorang macam mana nak makan soto tu (err..suami je yang ajar..saya melayan Safiyyah sambil ambil gambar). Baru saya perasan betapa uniknya makanan Melayu. Nak kena campur macam-macam. Macam soto ni la...banyak sangat pelengkapnya. Suun goreng la, kacang la, taugeh la, bawang goreng la..tu belum campur sambal kicap lagi. Mat salleh mana reti makan macam tu. Ada tu ambil nasi impit je..hihi..

Saya suka potluck style sebab tak payah runsing makanan tak cukup ke apa. Dah konsep potluck bawak makanan sorang sikit kan...yang mana tak dapat merasa tu kira nasib la. Kalau berlebih pun takpe, boleh bagi siapa-siapa yang nak. Tapi dah terbiasa...sambil-sambil masak tu duk fikir cukup ke tak ni untuk semua orang..isy. Dinner malam tu saya makan nasi lemak je (cooked by Izza). Makanan lain saya tak usik pun (yang Muslim masak la). Perut dah kenyang. Alhamdulillah.


Dessert yang saya buat untuk tahun ni..tapioca cake! Siapa tahu namanya dalam bahasa Melayu, memang pandai la! Hehe. Tahun lepas saya buat bingka jagung (corn cake?), tahun ni pun bingka juga. Ni pun mula-mula saya tak tahu nak buat apa. Kebetulan ubi kayu ada kat rumah..buat bingka ubi je la


Sibuk ambil gambar orang, gambar sendiri takde. Tahun lepas ada juga la sekeping dua..tahun ni langsung takde. Ni yang rugi jadi photographer tak bertauliah dan tak berbayar :p


Si kenit Tanley (ejaan sebenar tak tahu :p). 7 bulan usianya. Comel, kan? ^_^


Bagai langit dengan bumi :p


Eeiii...geram sangat! Macam baby doll je. Nasib baik anak orang...kalau tak, dah dipicit-picit dah :p


Kat rumah dah tak boleh panjat kerusi dan meja makan...ambil peluang la panjat kat situ..isk..


Berbaju hitam ni isteri kepada Head of the Entomology Department. Suka-suka hati je Safiyyah mengacau orang -_-". Sibuk pulak nak tolong tutupkan botol air tu :p


Dia teringat Sek Yee ajar dia bukak tutup botol dulu agaknya. Kejap botol belah kanan ditutupnya, kejap botol 1 lagi tu..lepas tu dia tepuk tangan ^_^. Rasa berjaya la tutup botol tu..padahal dia letak je penutup atas botol..hehe..


Tengok heater ni baru la rasa macam betul-betul duduk kat oversea..eheh. Jarang dah jumpa heater macam ni. Sekarang ni canggih dah, dah tak pakai dah unggun-unggun api. Untuk keselamatan agaknya

23 comments:

Irfan said...

x ajak pun...

syahida said...

wah..serononye..selalu jalan2 ke blog akk tpi xtggl jejak pon..

Kamsiah said...

samapi kat sini terasa dan terabu aromanya...sbb saya jenis tolak batu dan kayu ja hehe...

makcikrehan said...

pandainya masak-masak. bingka ubi kayu tu yg paling kagum tu. hakak ko nih.. ubi kayu berselirat keliling umah [kat kg lerr] ponnn tak geti nk berbingka-bingka bagai haa.

ibu_Arifa said...

huhu..terenyer masak.. bestnyer...saya terer mkn je.

dulu masa kt usm ada international food gini jgk...dpt merasa makanan dr negara lain...

fatonah said...

ala...tak dpt tgk gamba umi nadiah mengandungi...ekekekek...yummm sdap yer soto..senang tak nak buat...?????huhu...

Hamizah said...

kat perth x ubi kayu!nampak sedap kek tu..

ummu said...

salam nadia
wah desapnya,macam2 ada
bingka ubi kayu ke?
kat sana ada ubi kayu ya?
kalau anak akak,dah tentu dia meragam minta balik.

Nadiah Sidek said...

irfan: akak bukannya student entomology, takkan nak pandai2 ajak..huhu..

syahida: malu ke tinggalkan jejak? :D

k.kamsiah: wah, bagusnya! nadiah ni memilih..byk jenis makanan tak mkn :p

MR: meh la pos ubi kayu tu kat sini..hehe..

ibu arifa: mana ada terernya..huhu..

k.fatonah: nak buat supnya senang tapi yg remeh tu nak sediakan bahan2 pelengkap tu la

k.hamizah: sini ubi kayu ada, keledek ada..

ummu: yup, tapioca cake tu bingka ubi kayu. a'ah, ubi kayu ada jual kat sini :)

kakyong said...

meriahnya// brp ramai yg dtg tu...
dok merantau ni.. makin pandai la nadiah di dapur... ;)

geramnya tgk si Tanley tu.. macam anak patung... ;)

Suhana Shahril said...

Ohh..Ana lagi geram nengok si safiyyah..pipi dia..cam nak geget jer..harharhar..cantik baju safiyyah..cam baju sejuk pun ader gaks

Fazlinil Irma said...

'Ni yang rugi jadi photographer tak bertauliah dan tak berbayar'

saya setuju dgn ayat ni nadiah. bila check2 balik kamera. aik.. apasal gambar sdiri xde. hukhuukk.

sy pun sama mcm awk. jakun bila jumpa heater lama. boleh siap baca buku lg kat tepi heater. konon2 perasan mcm rumah inggeris. kekeke. sebenarnya rumah pakistan je. haha.

pssttt... harap2 baby no 2 ada kenan rupa mcm baby comel kata atas. baby US la katakan ;)

Kamalia said...

nadiah..sedapnye bingka ubi tu..mn nak cari ubi kat sini..xdokla..pndainye nadiah buat soto..tpkan, dah jrg ek jumpa heater jenis camtu..akak pun baru jumpa 1 kali kat sini..

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

sonotnya dapat join event camni yek..nadiah mesti makin terer masak skrang ni kan!

idasm said...

mcm seronok je event macam ni. boleh rasa mcm2 jenis makanan kan.

si kecik Tanley tu betullah mcm baby doll. cute sgt!

safiyyah mcm solihin jugak, suka sgt main botol air mineral, bukak tutup, bukak tutup.. hehe

husna said...

tapioca cake pulak kali nih.
dalam banyak2 bingka, husna paling suka yang nih. sangat suka.
kena belajaq masak bingka ubi kayu la camnih.

incik said...

muka safiyyah pun ala-ala anak english people jugak.hikhik..comel...

tapioca cake??haha..comellah nama..

Chik Na said...

budak budak memang macam tu..masuk je kete..mesti lena :-)

h4ni3 said...

comelnya baby tu..
safiyyah pun makin tembam nampaknya

eh eh, mana tau nanti adik safiyyah terkenan pulak dgn baby omputeh tu, dpt la baby blonde bermata biru! heheh

Affieza said...

Suka tgk safiyyah main tutup2 botol tu...hehe

Nadiah Sidek said...

kakyong: mmg mcm anak patung pun kakyong ;)

k.ana: mmg baju sejuk pun kak ana..ala2 gaun gitu

irma: sama la..gmbr sendiri mmg tak byk sbb sendiri yg duk ambil gmbr :p

k.kamalia: nadiah pun tak sangka sini ada dijual ubi

ummi aisyah: huhu..mana ada..byk lg nak kena belajar

Nadiah Sidek said...

k.ida: boleh geng la 2 org tu. hehe..

husna: cuba la husna..tak susah pun cuma part memarut ubi tu yg letih sikit

incik: bukan mcm cina ke muka safiyyah tu? hehe..

chik na: ada masa2 la safiyyah gitu. ada masa pulak 'terang' je biji mata tu..seronok berjalan katakan :D

h4ni3: dpt anak bermata biru nnt org tak percaya pulak kalau kata anak sendiri..eheh..

affieza: tgk betul2 lagi seronok. kita pun jadi leka tgk dia :D

AshAnas said...

sebijik cam anas suka main buka tutup botol...