Pages

Sunday, November 21, 2010

Rumah dah dipanaskan..yay!

Selesai dah majlis memanaskan rumah malam tadi. Alhamdulillah..tanpa memasang heater, suhu dalam rumah berjaya dinaikkan daripada 70'F kepada 74'F. Yay! ^_^

Patut la orang panggil majlis sempena pindah rumah baru sebagai housewarming, rumah betul-betul jadi panas pun..dah semua orang keluarkan haba masing-masing..dah macam pasang heater pulak..eheh..

Yup, kami buat housewarming malam tadi. Perancangan asalnya, kami nak buat housewarming awal bulan 11 tapi kami terpaksa tangguhkan sebab ada International Dinner. Bincang dengan suami, tarikh semalam la yang menjadi persetujuan kami. Lega le dah dapat tunai janji nak buat housewarming!


Menu utama: nasi ayam
Alhamdulillah, cukup-cukup je makanan untuk 24 orang tetamu. Nasinya je banyak lebih, kami bahagi-bahagi la pada adik-adik undergrad bawa balik sorang sikit. Lauknya diorang kena masak sendiri..hehe..


Untuk dessert, saya buat kek oren dan agar-agar lumut. Ada juga tetamu yang bawa makanan. Hasanah bawa agar-agar jagung. Jiran kami bawa spaghetti yang kata suami saya, rasanya betul-betul macam kerabu berserta biri-biri panggang hasil korban (tak sempat nak ambil gambar...dah licin!). Biri-biri tu sedap kata suami saya. Saya memang tak makan la. Kambing biasa pun tak makan, inikan pulak biri-biri. Err..daging lembu pun kurang minat sebenarnya. Oh, sejenis dessert lagi...kek coklat daripada Roz. Terima kasih banyak-banyak pada semua yang susah payah bawak hidangan tambahan!


Agar-agar lumut. Pernah makan tak? Mak saya selalu buat agar-agar lumut ni. Kalau tak agar-agar merah, mesti dia buat agar-agar lumut. Saya pun baru teringat agar-agar ni, tu yang buat tu. Alif tanya saya nama kuih ni semalam. Saya jawab la agar-agar lumut. "Hah?? Agar-agar lumut?? Guna lumut betul-betul ke kak? Akak kutip kat mana?" Hahahaha! Adeh la...Alif..Alif..nasib saya tak terberanak dengar soalan dia tu..hihi..


Ni antara tetamu terawal yang sampai. Err..kecuali si kenit berbaju belang-belang tu le :p


Sebelah kiri tu jiran kami. Berbaju hijau tu Rayla, jiran sebelah rumah, isteri kepada Anuar. Di sebelah Rayla tu ipar dia; Raihan merangkap jiran kami juga..rumah dia selang beberapa blok je dari rumah kami (takde pulak gambar Anuar dengan suami Raihan). Bagus kan ada adik-beradik, ipar duai kat sini. Ada apa-apa hal senang


Adik-adik undergrad dengan Fatima (Pakistan)


Berbaju hitam ni Kim (Thai), officemate suami saya


Tetamu terakhir yang sampai...Bonn sekeluarga. Dalam pukul 7 lebih la baru diorang sampai sebab diorang pergi program anak diorang dulu


Lega majlis housewarming dah selesai!
Lega makanan cukup!
Senang hati tengok orang makan beramai-ramai!
Senang hati pagi-pagi esoknya rumah kemas sekemas-kemasnya!

Psstt..ada orang tu rajin kemas rumah tengah-tengah malam. Pinggan mangkuk dicuci, meja berlap, lantai bermop. 3 pagi baru settle semua. Saya bangun Subuh rasa macam bermimpi pulak tengok rumah kemas padahal sebelum masuk tidur, rumah memang bersepah. Tak larat nak kemas, terus tidur je :p. Seronoknya ada orang tolong kemas rumah lepas seharian saya bertungkus-lumus di dapur! Terima kasih suamiku sayang! ^_^

23 comments:

Fazlinil Irma said...

ajak orang makan-makan memang seronok. yg kurangnya bila time mengemas. pengsan.

lagi2 duk luar negara. mana ada catering atau tempah2.harap kawan2 je lah bawak.

part lawak tu "Hah?? Agar-agar lumut?? Guna lumut betul-betul ke kak? Akak kutip kat mana?"

hahaha.

kew_chop said...

salam kenal dear. nice blog, saya add dlm bloglist saya bley..
bestnya wat kenduri reramai n lagi best kalo pastu ada org tolong kemas (^o^)

lina said...

wah banyak nyer makanan...

Syigim said...

seronok tgk gamba makanan, tapi sebenanye nak tgk gamba mak buyong!!! sure comel :)

OneSimpleMother said...

memang sronok kan tengok tetamu makan berselera airtangan kita.. rasa nak selalu buat tapi memikirkan penatnya nanti nak memasak mengemas.. jawabnya tunggu ada spesel occasion jer la.. nampak sedap nasi ayam nadiah tu.. :)

MR said...

Raihan? Raihan? ada juger org nama sama mcm makcik ekkk...ekekekke

Unknown said...

larat akak memasak tyme2 pregnant...xde morning sickness ker??

as usual...nampak sedap semua makanan tuh.. bl la dpt merase masakan akak eh? eheheh..

Love2cook Malaysia said...

Wahhhh sedap sedap Nadiah masak tu!!! That too time preggie...salute lor! :D

ddfirdaus said...

saya suka agar2 tu.lagi2 kalau layer santan dia banyak..dah lama tak makan...teringin..huhu...

Affieza said...

Syoknya masak byk2, pastu mkn ramai2..tp bila bab2 kemas ni yg leceh ckit..hehe

.:dyla lokman:. said...

kak nadiah, jangan lupa nama saya raihan jugak. hari tu mmg berhati-hati bila nama 'raihan' disebut.

Hamizah said...

selalu juga mkn agar2 lumut..mmg sedap!

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

Bestnya tengok mkanan banyk2 ni..lagi sonot kalau dapat tumpang pegi same eheheh

husna said...

hahahahaha.
"Saya bangun Subuh rasa macam bermimpi pulak tengok rumah kemas...."
blh bayang reaksi kak nadiah mcmn rupanya..

acara makan2 mmg syoookk sgt.
tp bab nak kemas tu la. aduh.

ni kak nadiah puji2 abg zaki ni, sure nanti2 akan lbh rajin abg zati tlg kak nadiah.
ekekekekkekk

Ummi Hanie said...

rajinnyee...akk memasak...handal le tu...kalo Hanie m'geletar nk bg org ramai2 makan..entah sedap entah tidak masaknye...
dan part plg best bile suami nolong mngemas kan! ;)

yatie chomeyl said...

wah mop lantai kul 3pg tu..bravo bravo *clap clap*

Unknown said...

bestnya tgk majlis nadiah.. tahniah...

boundaries said...

wahhh...bestnyer ada org tolong kemaskan...kalau selalu kite sepah org kemaskan kan best hihihihi...

Nadiah Sidek said...

irma: tu la pasal. kat sini semua kena buat sendiri. part mengemas tu paling tak larat tu

kew_chop: boleh je ;). ada org tolong kemaskan mmg syok. hihi..

k.lina: jadi byk sbb ada yg bwk mknn jgk ;)

syigim: mak buyong makin chubby la..takyah tgk la :p

ummu luqman: kalau fikir psl letih dan tak larat, mmg takde la buat jamuan tapi sini takde pilihan la kak mas..semua kena buat sendiri

MR: nama raihan glamer la tu..hehe..

Nadiah Sidek said...

meen: alhamdulillah akak takde morning sickness. kalau ada pun, hilang le dah..dah 5 bulan dah :)

sis love: perut belum betul2 besar lagi..masih larat lagi la..hehe..

dbalkis: yg saya buat tu tak byk pulak santannya..ingat cukup byk dah

affieza: mmg pun..bab mengemas tu leceh sikit

d-va: paggil fadhilah la kalau mcm tu..hihi..

k.hamizah: akak suka juga ye?

Nadiah Sidek said...

ummi aisyah: meh la terbang ke sini ^_^

husna: mmg tu pun motif akak puji2 ni..hahaha..

hanie: mula2 akk pun menggeletar jgk..al-maklum le tak biasa masak byk2. nak tak nak kena belajar la masak byk2

yatie: org tu tgh rajin..biarkan aje..hehe..

kakyong: apa yg best kakyong? ehe..

boundaries: mmg best ada org tolong kemas! hilang penat memasak ;)

Ummi Shira (AshAnas) said...

bestnye dpt suami rajin tolong kerja dapur... hehe...

Izan Ishak said...

part paling best bila bangun umah dah siap kemas. cam magic palk rasanya kan...best tu nadiah dpt husband yg rajin~