Pages

Wednesday, November 17, 2010

Aidiladha ke-2 di Lincoln

Tak seperti tahun lepas (refer: Jamuan Aidiladha 1430H), tahun ni kami tak buat jamuan (open house) sempena Aidiladha disebabkan raya jatuh pada hari Selasa (16 November). Tapi saya masak juga la menu ringkas in case ada tetamu yang datang ke rumah (yang Melayu je la kalau datang pun..hee~). Suami saya sempat juga la solat sunat Aidiladha di UNL City Campus Union pagi tu. Dia ada 2 kelas je pun hari Selasa. Kelas paling awal pukul 11 pagi.

Saya masak bihun tomyam je untuk juadah raya. Antara yang termudah la nak buat. Nak masak yang renyah-renyah ni tak rajin pulak. Biskut raya langsung tak buat. Aidilfitri pun takde feel beraya, Aidiladha lagi la. Nak-nak raya jatuh on weekdays. Aidiladha tahun lepas meriah juga la. Ada jamuan raya dan kebetulannya Aidiladha tahun lepas jatuh masa cuti Thanksgiving.

Semalam saya tak ke mana-mana pun seharian. Melepak je kat rumah. Pagi tu baru masak bihun tomyam. Dah pukul 10 pagi pun baru mula masak :p. Memang sengaja masak lambat-lambat sebab tahu pagi tu ada jamuan lepas solat sunat Aidiladha. Suami saya makan kat sana la.


Bihun tomyam. Nak? ^_^


Lepas Maghrib, geng-geng Melayu datang beraya ke rumah kami. Ingatkan diorang nak datang tengahari. Dari tengahari la saya duk tunggu sampai tersengguk-sengguk :p. Rupanya lepas Maghrib baru datang. Ye la, siang tu masing-masing ada kelas. Pakat datang malam la semuanya.


Semua dah kekenyangan baru teringat nak ambil gambar :p. Tiada dalam gambar: suami saya selaku jurugambar, Syafiq, Ain dan Fatin. Safiyyah pun takde, dia duduk dengan 'babysitter' (tengok gambar bawah)..eheh. Fizah masa ni belum sampai lagi


2 orang calon babysitter kategori bujang ^_^

27 comments:

lina said...

nadiah - salam eid adha...sedap tomyam tu.

Kamalia said...

salam nadiah..salam eid al-adha..okla tu msk bihun tomyam..akak pulak cuma mmpu buat ns lemak je..mmg terasa sayu je bila duk rumah raya2 ni..

.:dyla lokman:. said...

irfan ni dengan kak iza pun nak jd babysitter. apa laaa.

Hamizah said...

salam idul adha Nadiah..

kami raya hr rabu..
cam best je mihun tomyam tu..

wansyu said...

salam aidiladha kak nadiah..

semoga sentiasa berbahagia dalam rahmat dan kasih sayang-Nya :)

Cahaya.Kemuliaan said...

salam aidiladha kak nadiah.
sedih la kak raya kat perantauan ni
:((

Cahaya.Kemuliaan said...
This comment has been removed by the author.
h4ni3 said...

meriah jugak tu
aidiladha saya tahun ni paling tak syok! huhu~

ddfirdaus said...

bihun tomyam panas2 pon sodap..

Nida n' Hanafi said...

tengok tom yam tu macam selak udang baru nampak mi...hehe. Meriah dengan rencahnya... best..best

Suhana Shahril said...

Sgt jeles tau bila nengok student yg dok luar negara lagi rajin masa dr k.ana yg hanya dok kat mesia ni...asyik nak tunjuk2 ajer keja nya...muhahaha...
Sedap nya nampak bihun tomyam tuh!

Ina Hashim said...

salam aidil adha...
nyam nyam bihun tomyam...yummy

Nadiah Sidek said...

k.lina: tak ummph sgt tomyam tu..tak pedas langsung pdhal dah letak 15 biji cili padi dah..huhu..

k.kamalia: nadiah tak pernah terfikir pulak masak nasi lemak utk juadah raya :p

d-va: dia nak praktis la tu..ehehe..

k.hamizah: oo..sama mcm malaysia la raya hari rabu

wansyu: salam aidiladha juga. ameen..terima kasih atas doa

nurizzo: huhu..sabar ye..pengorbanan namanya tu. insyaAllah tak lama mana..pejam celik pejam celik dah nak balik malaysia :)

Nadiah Sidek said...

h4ni3: knp tak syok? ada cerita sebaliknya ke?

dbalkis: yup, sedap mkn panas2 :)

k.nida: hehe..tu yg terakhir tu kak..letak semua terus dlm mangkuk

k.ana: ala kak..kalau boleh tunjuk2, nadiah pun tunjuk2 jgk. ehehe..

k.ina: minat bihun tomyam ke kak? :)

Unknown said...

dah lama tak masak bihun tomyam...
selamat aidil adha nadiah..
ade juga kawan2 dtg meraikan..

Unknown said...

Salam Aidiladha buat Akak & family =)

Duk jauh buat mood raye ade tak ade eh.. Ape2 pon semua photo masakan akak tetap membuka selera saya yang memandang..hehe.

Love2cook Malaysia said...

Hi Nadiah, hru doing my friend??? How's Safiyyah doing? ;)

Hope it's not too late to wish you and family a Happy Raya Aidil Adha ya! :D

Affieza said...

Kak..bihun tomyam special utk aidiladha di Lincoln ke???hehe

Btw salam aidiladha utk akak n family

Izan Ishak said...

nadiah...bestnya nampak bihun tomyam tu. izan ngan muhaimin skrg ni suka sgt makan bihun tomyam ni. kalau dpt yg pedas menyengat mmg best!!

salam aidil adha utk nadiah n famili juga ye~

ummu said...

assalamualaikum nadiah
bihun tomyam sedap tau
hubby akak suka.
bila kita duk di perantauan
ikatan ukhuwah akan lebih bermakna,kan Nadia.
p/s: siapalah gerangannya yang bertuah bakal menjadi suri babysitter bujang yg kelihatan penyayang tu ya.

Jiey^Mien said...

wahhhh
sedapnya bihun tomyam..

Menderas said...

Ade orang wat sembelih korban tak kat sana?

Ummu Ammar said...

Dah lama tak mkn bihun tomyam..sedaplah pulak ble tengok ni..Salam eidul adha buat Nadiah sekeluarga..

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

salam aidiladha..cam menarik je mihun tomyam tu!!:))

Nadiah Sidek said...

kakyong: nnt kakyong takde idea boleh la masak bihun tomyam :)

meen: mana sama raya kat sini dgn tmpt sendiri..huhu..

sis love: hi sis! long time no see u here. busy ya? tq for your raya wish! :)

affieza: hehe..dah tak tau nak masak apa..masak bihun tomyam je la :D

k.izan: pedas mmg best kak izan! yg nadiah buat ni tak pedas langsung..cilinya mmg tak pedas..kurang syok la makan

Nadiah Sidek said...

k.ummu: waalaikumussalam wbt. hubby akak je ke suka? akak tak suka ke? hehe..

jiey: kena rasa dulu baru tau sedap ke tak ;)

amirul faiz: ada tapi tak gi tgk pun

ummu ammar: terliur ke kak? hehe..

ummi aisyah: salam aidiladha juga! :)

husna said...

ah. sedapnya tgk bihun tomyam kak nadiah!!