Pages

Tuesday, October 12, 2010

Cerita raya kami: 3 Syawal 1431 H

3 Syawal 1431 H
Pagi-pagi saya siapkan choc cake trifle dan masak kuah kari. Suami saya pergi sampling lagi..huhu. Tahun ni suami saya tak dapat tolong sangat la saya masak untuk jamuan raya sebab dia kena pergi sampling hari Sabtu dan Ahad. Balik tu cepat-cepat suami saya buat wajik (suami saya yang teringin nak makan wajik, dia la yang kena buat..hehe..). Pulutnya dah dikukus malam sebelum tu.

Dalam pukul 1.30 petang pulak kami terus ke rumah Bonn/Roz. Ingatkan bila kami sampai tu takde sape dah kat rumah diorang sebab jamuan raya mula pukul 11 pagi, rupanya ramai lagi masih kat sana. Sayangnya, takde gambar pulak kat rumah diorang. Saya bawa kamera tapi tak terambil pulak gambar. Pertama kali la saya sampai di rumah Bonn/Roz. Tahun lepas saya tak dapat nak pergi, kalut masak untuk jamuan raya. Mujur tahun ni dapat beraya kat rumah diorang.

Besar rumah diorang...4 tingkat! Jenuh la kalau saya duduk rumah macam tu...tak terlarat nak mengemas! Tetamu dah ramai balik, Roz bawa saya ke setiap tingkat rumahnya tu. Letih turun naik tangga! Duduk rumah macam tu, alamatnya tinggal tulang je la saya :p

Balik dari rumah Bonn/Roz, saya tidurkan Safiyyah dan terus sediakan bahan-bahan pelengkap untuk mee kari. Masa tu la nak rebus telur, masa tu la nak potong sayur, masa tu la nak goreng tauhu, masa tu la nak rebus spaghetti, masa tu la nak celur sayur...haih...pendek kata semuanya buat masa tu la! Semuanya last minute. Mujur bawang saya dah goreng hari sebelum tu. Kan saya dah kata saya tak berapa rajin nak masak hidangan utama, tu yang duk tangguh-tangguh tu (kecuali nasi impit dan kuah kacang saya dah masak hari sebelum tu). Bila buat kerja last minute, laju la sikit buat kerja (dah kalut, kan...macam lipas kudung la buat kerja :p)

Dalam pukul 6 petang, tetamu pun sampai. Pastu macam biasa la...sesi membuncitkan perut masing-masing! Hihi..


Menu utama: mee kari (mee diganti dengan spaghetti sebab tak yakin beli mee yang dijual kat sini), nasi impit dan kuah kacang
Dessert (tiada dalam gambar..tak ingat nak ambil..huhu..): almond apple cheesecake, choc cake trifle dan wajik
Biskut raya: biskut cornflakes coklat, biskut walnut dan biskut sarang semut


Antara tetamu yang hadir di rumah kami. Gambar tak banyak, tak sempat nak ambil gambar. Ada beberapa orang yang takde dalam gambar


Sek Yee ajar Safiyyah bukak tutup botol :D


Hari yang sama juga (lepas sesi menjamu selera) kami buat surprise farewell untuk Sek Yee dan Muzammil. Nak buat hari lain dah tak sempat...Sek Yee dah nak pindah 4 hari lepas jamuan raya ni. Lagipun saya sendiri tak larat nak buat jamuan lain dalam masa terdekat. Sek Yee (ops...Dr Sek Yee le dah) dah pindah ke Indiana 16 September lepas, dia dapat kerja kat sana. Muzammil pulak dah balik ke Malaysia (for good, insyaAllah) 6 Oktober baru ni.


Sek Yee dan Muzammil berserta hadiah masing-masing. Moga ketemu lagi satu hari nanti..

11 comments:

makcikrehan said...

gigihnya memasak hadek aku sorangni... nanti duduk mesia, meh beli umah kat sebelah akak ekk..hehehe senang aku hari2 bawak pinggan kosong pegi umah korang.

p/s : mana gambo trifle?

Kamalia said...

nadiah..tahniah--->dah msuk 4 bulan ke?smoga sihat slalu ye..
bestnye dpt mkn mee kari..nak buat agak kemalasan..sib baik nadiah duk jauh,kot x akak dah serbu umah makan mee kari..rajin2..:D

h4ni3 said...

dah abes raya la nadd... hehehe
tapi kan.. rajinnyeee masak! saya yg kat malaysia ni pun sampai ke sudah takde buat makan2 kat rumah. hehehe

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi Nadiah, hru doing? Yeah missed U...Safiyyah the most! hehehe ;)

Besnya makan2 tuh. All the best to Ur frens...;)

Safiyyah, cute as always! :D

ummu said...

Ya Allah rajinnya Nad.mesti letih kan.tapi yang penting silaturrahim itu yang lebih bermakna kan.

Nadiah Sidek said...

MR: haha..akak, sini mana ada peluang nak tunjuk2. malas pun kena jadi rajin jgk la :p

kak kamalia: nadiah pun tak selalu buat mee kari. nak buat mee kari senang, tapi nak siapkan bahan2 pelengkap tu yg malasnya..ehe..

h4ni3: nak buat mcm mana...ketinggalan keretapi..hihi..

sis love: i'm doing great :). tak aci..asyik safiyyah je yg lebih :p

ummu: habis majlis terus pengsan. ngee~

Mama Zharfan said...

byknya makanan :) memang saper2 yg dok obersi akan jd pandai msk heheh me pun dh byk improve my cooking skills ni :)

Chik Na said...

akak ingat akak je yg still buat N3 pasal raya :-)

transformed housewife said...

sedap jugak pakai spaghetti utk mee kari. knur pun ada buat mcm tu masa kat NZ dulu.

Nadiah Sidek said...

mama zharfan: totally agree! hehe. nak cepat pandai masak, duk la kat oversea. hihi..

chik na: ada jgk geng! ehehe..

transformed hw: yup, takde beza sgt, kan?

kakyong said...

gigihnya nadiah...
kakyong perasan semua kwn blogger yg merantau ni.. semua gigih memasak sendiri...