Pages

Sunday, October 10, 2010

Cerita raya kami: 1 & 2 Syawal 1431 H

Bulan Syawal dah habis saya baru terhegeh-hegeh nak cerita kisah Aidilfitri kami..ehe. Laptop ni masih tak betul lagi tapi saya tak boleh nak sabar dah update blog :p. Seminggu ni laptop ni agak waras la sikit, mungkin sebab saya tak buka blog langsung. Baik blog sendiri, mahupun blog blogger lain. Bukan tak sudi nak blogwalking tapi entah kenapa tiap kali saya buka blog, mesti laptop ni shut down secara tiba-tiba *sigh*. Nak tak nak, kena la menahan diri dari buka blog..huhu..


1 Syawal 1431 H
Duduk rumah, goyang kaki ngadap laptop :p. Nak buat macam mana, raya tahun ni jatuh hari Jumaat. Suami saya ada kelas dan meeting waktu pagi, petangnya pulak ada lab dari pukul 2 sampai pukul 5 petang.

Dalam pukul 5 petang, anak-anak dara ada la bertandang ke rumah ni. Oh ye, sekarang dah ada pertambahan Melayu kat sini. 7 orang kesemuanya yang ketujuh-tujuhnya undergrad students. 5 orang anak dara, 2 orang lagi bujang trang tang tang :D. Diorang sampai awal bulan Ramadhan lepas. Meriah la sikit kat sini berbanding sebelum ni. Sepatutnya ada sorang lagi bujang tapi visanya lambat sangat dapat, terpaksa ditunda la penerbangannya dan insyaAllah semester akan datang sampai la si bujang tu ke sini.


Atas: 5 orang anak dara. Eh, 6 orang termasuk cik Iman :D
Bawah kiri: Izza tengah menemuramah Raihan dan Fatin :p
Bawah kanan: Sedap je Safiyyah duk depan Fatin, nak kak Fatin suapkan dia makan nasi impit dan rendang. Haih..tak senang kak Fatin nak makan..


Anak-anak dara tu pun ada kelas jugak Jumaat tu. Lepas habis kelas saje la diorang lepak-lepak kat sini, nak hilangkan rasa sedih beraya dalam kelas..hehe. Mujur saya masak rendang daging hari sebelum tu. Kalau tak, alamatnya saya hidang air kosong je la kat budak-budak tu..ngee. Sebelum tu saya ingat tak nak masak untuk raya pertama, duk fikir hari Ahad nanti (3 Syawal) kami akan buat jamuan raya untuk teman-teman kat sini. Lagipun tahun ni saya takde perasaan langsung nak beraya kat perantauan ni :(


2 Syawal 1431 H
Pagi ni pun saya tak ke mana-mana. Duduk rumah je dengan Safiyyah. Suami saya pulak pergi sampling. Pagi ni la saya gigih buat 2 jenis kek. Sandwich cake & cheesecake. Cheesecake tu salah 1 dessert untuk dihidang masa jamuan raya di rumah kami keesokan harinya. Sandwich cake tu pulak saya saje buat, nak bawa ke rumah Izza dan Roz masa jamuan raya diorang. Tak sedap la pulak pergi dengan tangan kosong. Nak bagi biskut raya pun tak boleh sebab saya buat sikit je tahun ni. Buat sekadar biar ada je. Takde mood nak buat biskut raya sebab takde mood nak beraya..uhu..

Hafiz/Izza buat jamuan raya jam 2 petang tapi pukul 4 petang baru la kami 3 beranak dapat pergi jamuan raya rumah diorang. Suami saya sampai rumah pun dah pukul 3.30 petang. Lepas suami saya solat dan bersiap, baru la kami dapat ke rumah Hafiz/Izza. Masa kami sampai tu, yang lain-lain masih ada lepak-lepak kat situ kecuali Bonn/Roz sekeluarga yang dah balik ke rumah.


Belated-birthday-girl dengan ummi ayahnya nak potong kek. Jamuan raya diorang disekalikan dengan jamuan harijadi Iman yang kebetulan tahun ni jatuh betul-betul pada 1 Ramadhan


Yay..dah ramai! Takde la tengok muka sama je, kan? ^_^


Malamnya pulak saya buat sejenis lagi kek. Kek coklat untuk dibuat choc cake trifle. Entah angau apa entah terlebih rajin nak buat kek :p. Dalam sejarah la buat 3 jenis kek dalam sehari. Tapi saya memang lebih berminat buat kuih, kek dan seumpamanya berbanding masak nasi, lauk atau hidangan berat (read: hidangan utama) yang lain. Bukan sebab saya suka nak makan tapi entah...kepuasan terasa di situ. Selalunya kalau saya buat kek/biskut, bukannya saya makan pun walaupun niat asal buat kek/biskut tu saya yang nak makan. Bila dah siap, tiba-tiba perut rasa sebu. Rasa kenyang tiba-tiba. Memang saya tak usik langsung la. Tak jamah sikit pun. Tu yang saya malas nak masak kek/biskut kegemaran saya sebab saya tahu, end up bila dah siap saya tak makan pun..

Saya ikut pe'el mak saya la ni tapi mak saya langsung tak lalu makan kalau dia yang masak (apa-apa je yang dimasak). Dah berumur baru la mak saya boleh makan masakan sendiri. Saya pulak kalau masak nasi, lauk dan hidangan berat yang lain, makan juga tambah-tambah kalau saya masak lauk kegemaran saya macam sambal tumis ke, goreng berlada ke...yang tu sentiasa berselera la! :D

Eh, dah melalut ke mana pulak :p. Bawah ni gambar raya kami bertiga untuk tahun ni..


Kami 3 beranak serba biru *wink*. Baju raya tahun ni disponsor mak ayah saya. Masing-masing dapat 2 pasang ^_^. Saya tak terfikir pun nak ada baju raya baru. Ingat nak recycle baju kahwin je. Mak saya tiba-tiba bagitau dia dah belikan saya kain untuk dibuat baju raya dan nak beli baju siap untuk si menantu dan cucu kesayangan. Mak saya siap pesan lagi jangan bagitau menantu dia sebab dia nak buat surprise :D. Untung suami saya kahwin dengan saya..ngee. Betul la kan...kalau dia tak kahwin dengan saya, takde la mak ayah saya jadi mertua dia..hee~ ^_^

22 comments:

Ummi Shira (AshAnas) said...

dtg jalan2 b4 bercuti 5 hari...

husna said...

yeay dah ada entry baru..
suka sangat gambaq famili kak nadiah yang ni. safiyyah comel pakai baju raya. ummi dia pon comel. papa dia.. errr

Ina Hashim said...

selamat hr raya maaf zahir batin nadiah...yummy bestnya cheesecake...hemm...pic raya tuh, maam budak sekolah tingkatan 3 jek..jelesss akak

HuMayRah HaYatI said...

hehe..nti blehlah buat kek coklat utk k yati...
selamat hari raya...jgn sedih2...comel baju raya...tapi nape husband pakai kasut merah...

yatie chomeyl said...

agaknya laptop tu panas sgt kot nadiah. apakata beli cooling fan letak kat bawah laptop tu. takpun buat macam i, letak salotape besar 2 gulung bawah laptop bagi ada pengudaraan bawah laptop tu. hehehe sbb dulu pon lappy i suka suki je shut down, skrg lepas buat gitu..dah OK :D

Izan Ishak said...

akhirnya ada n3 dari nadiah.
tak kisahlah dah abis raya pun...yg penting nak tgk gambar nadiah sefamili berhari raya...

**comeyyynya safiyah pakai rerama ke kat rambut dia?~~

lina said...

salam nadiah - tak apa ada dah update ni...selamat kembali berblog ye.

aLyNnZ said...

hi nadiah n saffiyah lama xdgr khabar berita..nampak meriah juga beraya diperantauan..glamour nadiah n family masuk paper..

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

Dah bertambah kakak2 safiyyah..hihi..

note:bile la mood daku nak berblog ni kembali lagi??huuhu

Suhana Shahril said...

Wah..wah..org yg dok di perantauan lagi rajin membuat juadah beraya sendiri berbanding org yg dok kat m'sia ni.Asyik nak tunjuk2 jer..takdak nyer nak buat2...tp thn ni rajin skit jer...dlm dok blajar buat triffle..eh..betul ka eja

idasm said...

rindu nak baca entri baru. hehe. nadiah. suka tgk pic reramai tu. semua pakai baju melayu dan kurung. meriah berbaju raya.. hehe.
o nadiah suka buat kek. cayalah sampai 3 biji kek. kak ida pulak suka masak lauk pauk. kek mmg tak pernah try lagi. biskut raya dh ok dah..

nanti update lagi yea.. suka kak ida.

Ummi Salsabila said...

banayknya akak buat kek..rajinnya..pandainya...:)

baik betul mak akk.mmg bertuah dpt mak mertua camtu.:D

daud.montak.zakaria said...

Ermmm...mertua mithali...

ummu said...

Salam Ummu syuhada

wah sedondon gitu.cantik akak tengok bila 3 beranak serba biru.izinkan akak untuk beerikan url blog nadiah kpd student akak ya.untuk dia melihat suasana belajar di oversea.

Nadiah Sidek said...

ashanas: gi shanghai ek?

husna: meh akk tolong sambung..papa safiyyah tak comel. ekeke..

k.ina: tingkatan 3??? hahaha...nnt boleh la nadiah menyamar jadi budak sekolah. eheh..

k.yati: kasut merah tu matching dgn sarung kamera..hehehe..

yatie: nak kata sbb panas tak jgk sbb baru je on pun laptop ni dah shut down..uhuhu..

Nadiah Sidek said...

k.izan: tu la, tak kisah la dah basi ke kan? hehe. safiyyah pakai klip rambut tu ;)

k.lina: tq kak lina! tak sabar nak aktif balik berblog :D

alynnz: merasa la jadi glamer sekejap..hehe..

ummi aisyah: ada masa2 mmg takde mood nak berblog, kan?

k.ana: sbb takde peluang nak main tunjuk2 la kena buat semua sendiri :p

Nadiah Sidek said...

k.ida: meh kita duk rmh sebelah menyebelah la kak ida. kak ida masak lauk bg kat nadiah..nadiah buat dessert bg kat kak ida. ngee~

ummi salsabila: yg suka buat rajin la. yg malas, malas jgk LOL

studioukm: :)

ummu: boleh je kak tapi blog nadiah biasa2 aje la..byk tulis psl keluarga je pun :)

Nia said...

wah,..kek ape tu? kebetulan lak jatuh 1 Ramadhan birthdaynya ya.
Meriah jugak sambutan raya kat sana kan? takpe, yg penting, dapat celebrate dgn sedara seIslam lain, dah cukup seronok kan.

Unknown said...

nadiah...
jeles tgk nadiah buat kek.. kakyong ni nak buat 1 jenis pun manjang tak menjadi.. anak2 memang la makan, tp rupa kek tu memang out la.. huhuuu.. ntah bila la tgn ni nak kasi magik buat kek....

boundaries said...

memang bertuah betul^_^

Nadiah Sidek said...

nia: tapi tetap tak sama beraya kat negara sendiri..

kakyong: jgn putus asa kakyong..cuba lg ye! insyaAllah jadi la nnt tu :)

boundaries: kan...bertuahkan en.wan zaki kahwin dgn akak? ngee~

Ros Illiyyuun said...

Salam...

Erm..akak plak suka masak lauk pauk/makanan berat...senang main campak2 aje...nak buat kek ni mana boleh dicampak2...Kena lemah gemalai le pulak :)