Pages

Wednesday, September 22, 2010

Gambar raya & kisah blog

Dah 13 Syawal pun hari ni. Hari yang dilalui di sini macam hari-hari biasa je la. Takde istilah raya dah. 2 hari je raya kat sini, itu pun raya kami bermula pada 2 Syawal. 1 Syawal tu suami saya ada kelas, ada meeting dan ada lab sampai ke petang -_-". Cerita raya nanti la saya buat kemudian, insyaAllah..

Rindu nak update blog tapi apakan daya, keadaan laptop ni tak mengizinkan. Nak blogwalking pun tak boleh sangat. Laptop ni selalu je shut down masa tengah guna, nak-nak kalau saya buka blog (tak kira la blog sape pun)...cepat je laptop ni terpadam. Bernasib baik, dapat la baca update terbaru di 2-3 blog. Nasib tak baik...belum pun sempat blog tu habis loading, laptop ni shut down -_-".

Blog sendiri pun lama saya tak bukak. Bukak je tengok-tengok followers dah mencecah angka 200...suatu angka yang saya tak pernah jangkakan sejak saya mula aktif berblog. Rasa bersalah ada, rasa terharu pun ada. Jarang-jarang dah saya dapat update blog ni tapi teman-teman blogger masih sudi singgah ke sini dan ada juga yang terbuka hati nak follow blog saya yang tak seberapa ni. Terima kasih banyak-banyak ye! InsyaAllah nanti saya berblog macam biasa cuma masanya tu belum dapat dipastikan bila. Harap-harapnya bulan depan boleh la saya aktif balik..

Saya letak dulu sekeping gambar raya kami, yang lain insyaAllah saya letak kemudian. Gambar ni pun, saya ambil dari Facebook je, dari kamera salah seorang kawan kami kat sini. Gambar dari kamera sendiri masih ada dalam kamera lagi...rasa malas nak transfer dalam laptop, macam le susah sangat nak transfer :p


Macam pengantin baru tak? Ngee~
Safiyyah takde dalam gambar masa ni...dia kasi peluang kat ummi dan papanya bergambar berdua ala-ala pasangan baru bercinta ^_^

19 comments:

Izan Ishak said...

salam lebaran untuk nadiah n family...
lepas ni update citer banyak2 dari nebraska ye~~

yatie chomeyl said...

patut klu gmbr ber2 kene duk rapat2 lg tu nadiah hehe

husna said...

ye. masih nampak mcm pengantin baru.
macm malu2 saja.. ekekekke

Hamizah said...

pengantin lama la kalau duduk pon jauh2..hehehe

layla_elyas said...

tiba2 terpadam eh..mungkin ada masalah hdisk..penuh n berat sgt mgkin..;)

Ummi Salsabila said...

malunya pengantin baru kita ni! hehe

transformed housewife said...

Gambar Safiyyah pakai baju kurung tak de ke?

idasm said...

seri pengantin baru masih ada dik. hehe. selamat hari raya nadiah. lappy nadiah tu nak kena reformat tu. kak ida pun selalu kena mcm tu. bila jd mcm tu kak ida reformat je (lappy kak ida ni dh 6 kali reformat - buat sendiri aje..)

butterfly said...

kak nadiah..selamat hari raya..

nak duit raya ye..??

h4ni3 said...

alamak...
kenapa kasut raya incik papa safiyyah tak matching dgn baju?
hehehe

Nadiah Sidek said...

k.izan: orait..insyaAllah :)

yatie: ni la ala2 pengantin baru..malu2 gitu nak pegang2..ahaks

husna: hehe..

k.hamizah: pengantin lama lg jauh kak..ngee~

layla: mungkin juga la kot..laptop mmg cepat rosak pun, kan?

Nadiah Sidek said...

ummi salsabila: tu la..malu2 je..hehe..

transformed hw: ada kak nur..insyaAllah nnt nadiah upload :)

idasm: tak reti la kak nak reformat sendiri. reti guna je..haha. ingat nak cari pc, senang sikit dpd laptop

butterfly: selamat hari raya juga! eh, hajar la patut bg duit raya kat akak..hajar kan dah keje..akak tak keje :D

h4ni3: dia kata matching dgn sarung kamera..hihi..

kakyong said...

selamat hari raya nadiah.. amboi sedondon biru.. mana safiyyah

♥LOVE2COOK♥ said...

Hehe, lovely couple! Wish U both lots of happiness...;)

Nak tengok gambar Safiyyah in baju kurung!!! :D

ummumishkah said...

so lovely!! :)

Anonymous said...

United States Restaurant Guide - a guide to every restaurant, http://restaurants-us.com/ok/Midwest%20City/Fazoli%27s/73110/

Nadiah Sidek said...

kakyong: safiyyah invisible..ehe..

love: i'll upload gmbr safiyyah later ;)

ummumishkah: tq ^_^

aLyNnZ said...

nadiah apa nama fb..? alynn nak add..

Nadiah Sidek said...

alin: Nadiah Sidek