Pages

Saturday, October 23, 2010

Watermark baru

Memperkenalkan watermark baru saya....

Tada..


Cantik, kan? Tapi bukan saya yang buat..ehe. Watermark ni dibuat khas untuk saya oleh Min a.k.a. IbuDalila ^_^. Kalau perasan, saya dah rasmikan dah pun watermark ni dalam entry sebelum ni.

Beberapa hari lepas Min tinggalkan pesanan kat chatbox suruh saya check emel. Ada sesuatu untuk saya katanya. Sambil-sambil nak buka emel, jenuh fikir apa benda la yang Min kasi kat saya. Rupa-rupanya watermark! Terharu betul ada orang tolong buatkan watermark. Lebih terharu, saya tak minta pun Min buatkan watermark...tiba-tiba je dia buatkan untuk saya.

Saya memang nak buat watermark baru tapi sampai ke sudah tak terbuat. Saya tak berapa reti sangat guna Photoshop. Belum ada kesempatan nak explore betul-betul. Saya ni tahu je la...boleh jadi ralit kalau mula explore. Nanti 1 kerja pun tak jalan. Tu yang tak terbuat lagi watermark baru. Tengok-tengok ada orang baik hati buatkan watermark untuk saya...macam tahu-tahu je saya nak watermark baru ^_^.

Terima kasih banyak-banyak ye Min! Suka sangat! Pandai Min pilih warna ikut warna tema blog. Memang sesuai sangat la ^_^

13 comments:

nieza said...

Salam Nadiah....cantik watermark tu...colour pun menarik...saya pun lum pandai nak buat sendiri lagi.

Izan Ishak said...

nadiah...cantiknya watermark tu. min mmg kreatif kan~~

K.Nor said...

cantik!! k.nor suka :)

Hamizah said...

salam Nadiah..
cantik..Murah rezeki nadiah..

AshAnas said...

bestnye kak min buatkan watermark... nak kenen kak min lah, hehe...
kak, jalan2 sini setelah lama menyepi... rindu shira tak? hehe...
slmt dh pindah rumah baru ek...

transformed housewife said...

cantik. mmg kena dgn blog ni.

Affieza said...

Nice watermark
Mmg match ngn wrna tema blog akak..

Nadiah Sidek said...

nieza: sama la..belum reti sgt jgk lagi ;)

k.izan: a'ah, min mmg kreatif :)

k.nor: nadiah pun suka! ^_^

k.hamizah: alhamdulillah, rezeki :)

ashanas: shira dah ada watermark comei pun nak kenen2 jgk ek? hehe..

transformed hw: kan? mmg kena dgn blog, kan? :)

affieza: tu la, matching ^_^

ibu_Arifa said...

salam Nadiah..sama2 kasih. Saya buatkan simple an mudah jer Nadiah.. lagipun 'angin nk buat wm' tgh dtg nih.. plan nk wat GA jer utk hadiah wm..tp risau lak tak ter'design nanti..

harap nadiah suka yer..yg baru dah tgk dah? nak wat sbgai "signature" blog kt entry pun boleh jgk kan.

Marsita said...

nak jugak watermark... huhuh

aLyNnZ said...

nadiah cantik wm baru..alynn suker coz warna pink...

Nadiah Sidek said...

ibu arifa: suka sgt! ^_^ yg min dah edit lagi suka..ceria gitu ^_^

k.sita: ala..kalau nadiah reti buat, nadiah buatkan dah utk kak sita. malangnya belum reti lagi..uhuk!

alynnz: kite pun suka warna pink! ;)

kakyong said...

memang sangat tomei dan cantik.. sesuai utk blog nadiah..