Pages

Wednesday, December 12, 2012

Penangan nak dapat adik

Mencabar sungguh melayan anak teruna yang seorang ni. Ada sahaja perkara yang menguji tahap kesabaran. Boleh dikatakan hampir setiap hari akan ada babak-babak drama yang membuatkan darah ummi mendidih. Memang boleh hilang sabar dibuatnya. Hebat betul penangannya nak dapat adik. Sangatlah berbeza sewaktu Safiyyah nak dapat adik dulu. Manja sangat agaknya :p.

Bab cemburu usah ceritalah. Bukan setakat dengan Kak longnya, dengan papanya pun cemburu. Tak boleh tengok papa duduk dekat-dekat dengan ummi. Terus datang menyelit dan tolak-tolak papa dia :p. Papanya pula kuat menyakat...sengaja tak berganjak. Apa lagi...melalaklah anak teruna tu. Sekarang kuranglah sikit cemburu dengan papanya. Dengan Kak longnya yang masih banyak cemburunya. Kesian juga Safiyyah sebab asyik disuruh mengalah dengan Shakir.

Awal-awal dulu memang selalu stress dengan ragam Shakir. Geram. Selalu jugalah dia kena marah tapi lepas tu lagilah bertambah protesnya. Lagilah saya bertambah stress. Ada sekali tu sampai dah tak larat dah nak melayan tantrum Shakir. Pujuk macam-macam cara tapi tak jalan. Sudahnya saya biar je dia melalak meraung. Tak lama lepas tu terus senyap dan behave macam biasa. Barulah saya tahu cara nak handle tantrum Shakir. Silent treatment is the best ^_^.

Lepas tu barulah rasa lega. Dah semakin tenang sewaktu Shakir 'buat perangai'. Dilayan dan dipujuk dengan baik tak jalan...satu sahaja caranya. Buat tak peduli je dengan tingkahnya. Lama-lama dia ok sendiri. Nak cari perhatian je yang sebenar-benarnya.



Salah satu 'drama' Shakir. Beria-ia ajak turun ke basement Dahlah pakai sandal papa dia ^_^. Kalau ada benda menarik di basement tu tak apa jugalah. Tak dilayan, melalak-lalak tapi menangis betulnya sekejap je (menangis betul sebelum mula rakam). Lepas tu buat-buat menangis dan 'menangisnya' bersambung-sambung (dah berhenti menangis boleh pula sambung menangis :p). 
'Drama' yang ni tak adalah rasa stress. Rasa kelakar adalah..hihi.



Nota:
Fikir-fikir balik...teringat pula yang Shakir hampir 2 tahun usianya. Mungkinkah dalam masa yang sama, dia sedang berada dalam fasa terrible twos?


14 comments:

Unknown said...

hee,xsabar nak ngk shakir n adiknya nanti:)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

murah rezeki u baru 4 yrs kawen anak nak masuk 3 org dah ai ni dah 8thn baru sorang....x der rezeki lagik nak menambah...dah umoq makain bertmbh ni...doakan ai ekk...

nad said...

Shakir, shakir...
Ye la..die dpt rase yg die bukan adek lagi dh pani hehe
Pasni shakir jd abg shakir la =)

Teratak Hami said...

Shakir nak perhatian la tu. Sabar jelah. Anak akak yang dah nak masuk 6 tahun pun still menangis2. Bila akak balik kerja je, start le drama.

Nur-nba said...

Sabar ye Nadiah.. mungkin dia nak perhatian lebih tu. Moga Nadiah sihat dan jaga kandungan baik2 ye..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

sabar yer..dia nak lebih perhatian tu sebenarnya :-)

salam kenal dr ibuqqalief :-)
1st time singgah sini

Unknown said...

normallah tu.. nak dapat adik.. :D

nurbijen said...

syakir2, kesian mama... bdk2 mmg mcm tu, lagi dilayan lagi menjadi... so, baik kita senyap jer, pujuk sekali kalau tak layan biar jer dia baik sendiri :)

transformed housewife said...

dah mula start ada tantrum tu. mmg kalau tak mudaratkan dia, biarkan saja.

mamaarifakeemaisy said...

Syakr..syakir....nanti dh ada adik ddepan mata, mcmana la pulak peelnye ye..ihiks...anak2x..

ishamizu said...

Ya Allah sama lebih kurang aje dgn Zafri esp bab jeles dgn tantrum tu..izu dgn hubby pon rasa dia dh mula tantrum, ngamuk guling2 kt lantai..;p Tp mcm cepat plak tantrum dia..padahal ada lg 4 bln nk ke 2nd bday dia..huhu..Shakir takpela maybe nk dpt adik, yg Zafri ni gini apa kes plak..hihihi

Nieyla Nadia said...

hehe~amboi...pandai die cemburu yea...

k.gee2508 said...

salam, budak nk dapat adik memang mcm tu. Tu nadiah jarak jg. akak ank no dua umur 5 bln dah start mengandung no 3. skrg ni walau dah adik pun masih lg tantrumnya yelah bezanya tahun lain shj. sorang 2011 sorang 2012.

Oyis said...

mmg sengaja menguji kesabaran ibu yg mengandung yek, anak2 yg nak boleh adik ni. moga Allah kuatkan smgt dan sabarkan hati :)