Merancang nak ambil gambar sebelum salji berusik sebab pemandangan ketika itu sangat cantik tapi hajat tak kesampaian. Sebelum matahari terbit lagi dah ada petugas datang buang salji terutama di kawasan pejalan kaki.
Kawasan pejalan kaki.
Tebal salji antara 4-6 inci.
Kereta kami dah jadi kereta salji :D.
Sempat ambil gambar tangga belakang rumah sebelum petugas buangkan saljinya.
Sambil menjalankan tugas, dia tanya saya, "Do you like snow?"
"Yes, I'm waiting for it!" Dengan tersenyum lebar saya menjawab :).
Petugas tu pelik agaknya tengok saya sakan sangat ambil gambar keliling rumah (terserlah kejakunan :p). Dahlah seorang diri, gloves pun tak pakai masa ni. Teruja sangat nak ambil gambar sampai terlupa pakai gloves. Nak masuk semula ke rumah malas. Lepas tu padan muka sendiri tangan jadi kebas >_<. Bukan setakat tangan, muka pun jadi kebas. Berangin masa ni, bertambah sejuklah jadinya.
Kali kedua saya keluar ambil gambar pada pagi yang sama. Dalam pukul 10 pagi, tengok di luar, langit elok membiru. Cantik sangat! Tu yang keluar sekali lagi ambil gambar :).
Beberapa minit lepas tu, bertambah cantik warna langit. Tak adalah terasa muram sangat cuaca :).
Yang ni pula dah petang. Sekeluarga keluar (di belakang rumah je pun..hihi..). Anak-anak main salji, papa buang salji atas kereta sambil dibantu jiran dan ummi semestinya jadi tukang ambil gambar tak berbayar ;).
Selesai! ^_^
Nota:
Masih mengharapkan salji turun lagi...nak main sledding (dah semakin memboyot masih ada hati nak main sledding :p). Di saat ni salji masih ada lagi (dalam 1-2 inci) tapi dah tak seronok nak main...saljinya dah mampat, ada yang dah ais dah pun.
16 comments:
Seronoknya tengok salji memutih... memanglah kita suka snow sbb Kat tmpt kita tak adekan... suka tengok gambar langit membiru tu..... ;-)
alhamdulillah dapat tengok salji kat sini :)
tebalnyesalji tu,...cantik sangat gambar2 yang Nadia amik tu...:)
subhanaallah cantiknya salji..
teringin nak pegang,capai dan genggam2..nak yg original turun dr langit mcm ni :)
tebal salji tu. kita tgk salji jakun mcm mat saleh yg dpt nk berjemur bila ada matahari ler kan. hehe
best betul snow setebal 4-6 inci. hati2 jalan, takut2 licin
hurmm...kalau time snow blh keluar jln2 tak...sbb mesti jln pun byk je snow kan...^^
suka tengok snow comel je view dia...^^
Seronok nyer la dpt main ngan snow kan...hihihi~suke2 la....
Cantiknya salji...
serius cantik...bilalah nak merasa...
lebatnya salji... best best! tp lepas salji tu yg mcm tak best sikit, jalan jadi licin... take care :)
nikmatilah salji nadia... kata next year dh nk blik m'sia...
kan...
Ya Allah tentulahh sgt seronok kan..kite nih dlm mimpi pon xpernah pegang salji tau..hehee
Bestnya dapat tgk salji secara real..mesti teruja..:)
Tgk picture pun cantik!
salam kenal..singgah follow sini #690.
salam,kak nad..lama xsinggah sini :)
Subhanallah cantik2 view di atas.
As salam Nadiah,
Apa khabar?
Kalaulah di peru ni ada salji teringin juga nak sliding2...hehehe... Anyway nice pics :)
Post a Comment