Pages

Thursday, December 20, 2012

Double happiness!

Alhamdulillah, akhirnya salji turun dengan lebatnya di bumi Lincoln! Gembira tak terkata. Sejak salji pertama turun 'malu-malu' pada 26 November lalu, setiap hari menunggu ketibaan salji lagi. Hampir sebulan berlalu, turun juga salji pada petang semalam (19 Disember 2012). Berbunga rasa hati melihat salji turun ^_^.

Dalam tempoh sejam setengah turunnya salji. Salji mula turun lebih kurang jam 2.30 petang.


Gambar ni pula diambil pagi tadi.



Dua hari lepas pula saya dikejutkan suami dengan sebuah buku; Hypnobirthing - The Mongan Method. Tersengih sampai ke telinga dapat buku tu ^_^. Minggu lepas saya minta suami belikan buku tersebut tapi dia kata tak payahlah...buku-buku di rumah ni pun masih banyak yang belum dibaca. Tak sangka dalam diam dia order buku ni ^_^. Suka sangat! Lama dah nakkan buku ni cuma baru minggu lepas beritahu pada suami. Alhamdulillah, dapat juga miliki buku yang diidamkan :).

Inilah bukunya. Belum mula baca lagi sebab sekarang tengah baca buku lain. Suami saya beli di Amazon. Saya minta belikan yang terpakai je tapi suami beli yang baru :).


Ada CD juga disertakan! ^_^



Nota:
Gambar-gambar salji yang lain insyaAllah saya kongsikan kemudian :).

9 comments:

sweet life said...

comeinyer gambar cover baby tu

Anonymous said...

baru je nk p bercuti nk bersalji tp takde rezeki...insyaallah next year tp tak smpt bertemu salji...^^

deq's qienz said...

wahh bestnya kalo dpat merasa salji ya..trigin juga saya :)

All about a journal said...

Bestnyer kak...agak2 seumur hidup aza ni entah merasa ke tak tengok salji live camni..(entah tahan ke tak hehe)..

Best tengok buku..aza selalu 'menahan' diri dari p kedai buku..sebab tak fikir dua kali haha.. kalau benda lain ada gak ambil dan letak..Tapi lagi best kalau orang lain belikan kan...hee..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ai suka snow gak
but my place mmg jrng nak turun pong
but biler turun susah plak nk gerak sbb x tukar tayar winter ngeeee

Teratak Hami said...

memula salji turun for that year mesti akk akan golek2 dulu. Lepas tu dah tak larat nak kluar rumah.

Oyis said...

ingat kan nak announce dpt twins td (double happiness) hehe.

buku hynobirthing:mongan method tu mmg popular. masa saya nak bersalinkan aisyah kat msia dulu, 3 mggu saya kena tggu buku tu di order di MPH, baru ada stok. tp sayang, saya last2 kena operate jg sbb placenta previa. harap2 ia membantu nadiah. nak buat home birth ke kali ni? or pegi birthing centre pakai doula? kalo di US/ UK mungkin bole follow method tu, kalo di msia, hosp private mungkin jg, tp saya rasa kalo di hosp kerajaan, mungkin susah sbb authority mutlak dkt doktor/nurse huhu. nadiah plan bersalin di US ke?

Affieza said...

Bestnya kak...boleh main salji lg..hihi

Siti Asiah said...

gebu jerk salji tu...;)