Pages

Thursday, December 13, 2012

Kisah air putih

Teringat pula kenangan suatu waktu dulu. Kenangan ketika kecil bersama arwah opah :). Dah tak ingat berapa usia saya ketika tu. Rasanya masa zaman sekolah rendah. Menjenguk arwah opah dan arwah atuk di hujung minggu kalau tak silap saya.

Tekak rasa haus, mintalah air putih pada opah. Tak ingat sama ada saya atau pun adik saya yang minta. Dah cucu nak air, opah pun ke dapur la.

Duk tunggu la air putih tu. Terasa lama pula nak dapat air putih daripada opah. Tunggu punya tunggu, opah pun keluar dari dapur bawakan air putih.

Saya dan adik saling berpandangan sewaktu opah menghulurkan cawan berisi air putih.

"Opah, nak air masak...bukan susu".

Patutlah opah ambil masa nak bagi kami air putih. Rupanya opah buat susu! Hihi. Memang tak bolehlah nak salahkan opah. Betul dah tu opah bagi tu. Susu warnanya putih, air masak mana ada warna :p. Istilah kami yang tak betul. Tak tahu kenapa kami panggil air masak sebagai air putih waktu kecil dulu. Lepas tu memang tak sebut dah air putih. Nanti dapat susu lagi ^_^.



9 comments:

Nieyl said...

hihi~biase la dedulu pun nieyl panggil air putih.. :)

Ya ALya said...

Cam kami panggil air jarang n air masak...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Akak dulu pun panggil air putih... sekarang akak panggil air kosong pulak hahaha...

Nad @ MamaZN said...

Mcm2 istilah ada...air suam, air masak, air jarang, air putih..sume pun air yg sama..nak lagi sedap pggl sky juice, hehe

nur said...

Kami panggil air masak... Anak anak saya ajar sebut air jer

yana lyana said...

hehe..air kosong paling tepat..

Oyis said...

saya panggil air kosong jg.

Nur-nba said...

Akak panggil air jarang atau air masak.. :)

transformed housewife said...

miscommunication. hehe