Pages

Sunday, December 2, 2012

Bakal Iron Chef America







Macam itulah gayanya setiap kali ummi memasak. Anak teruna ni pun sibuklah keluarkan perkakas memasak juga. Dulu dia 'masak' guna peralatan mainan je. Lepas tu mula guna peralatan yang betul. Tambah-tambah sejak kabinet yang diletak perkakas memasak tu tercabut kuncinya, lagilah senang Shakir nak keluarkan barang-barang tu semua.

Selalunya dia hanya keluarkan 2-3 peralatan je. Yang terbaru(2 gambar terakhir), bukan main banyak lagi dia keluarkan. Entah apalah yang nak dimasak sampai keluarkan sebegitu banyak sekaligus.

Oleh sebab Shakir lahir di Amerika, makanya bolehlah jadi Iron Chef America, kan? ^_^

Sini lebih popular dengan rancangan Iron Chef America berbanding MasterChef walaupun rancangan MasterChef asalnya dari Amerika. Saya fikir, rancangan Iron Chef juga bermula di Amerika. Salah rupanya. Jepun yang jadi perintis untuk rancangan Iron Chef. Selepas itulah baru adanya Iron Chef America, UK, Thailand dan beberapa negara lain.

Iron Chef America antara rancangan kegemaran saya dalam channel Food Network tapi sekarang ni selalu lupa nak tengok >_<.

Sebahagian daripada Iron Chef America. Dari kanan: Bobby Flay, Cat Cora, Masaharu Morimoto, Michael Symon dan Mario Batali. Sebelum ni selalu tengok rancangan Iron Chef America sampai dah ingat nama masing-masing..hihi. Dalam 9 orang Iron Chef America, hanya seorang sahaja perempuan >_<.


Mungkinkah Shakir bakal berada sebaris dengan Iron Chef America tersebut? ^_^


Nota:
Safiyyah dan Shakir kedua-duanya menunjukkan minat dalam memasak. Nampak gayanya, lebih cepatlah ummi pencen daripada aktiviti memasak..hihi..



10 comments:

Nadzreen said...

sy pernah tgk Iron Chef versi Jepun je, versi laen tak pernah. huhu.

mama aryan said...

bakal jadi iron chef tu...

Teratak Hami said...

Style duk cam katak .. hehe.

Apa beza Iron Chef & Masterchef?

zietyrahman said...

Waaa...nnt umi leh rehat la..jd juri..ada dua chef kan..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Dah besar boleh bantu ummi dia ni rajin bujang ni :D

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

muka shakir dah mcm anak omputih la uols....cute bangat....

Siti Asiah said...

nanti dah besar leh tolong umi masak ye Syakir...geram betul tgok Syakir ni...;)

Oyis said...

xpe, brg2 dapur umi shakir lawa berkilat semua nya, x segan dibawak main. kalo kat umah sini, ada yg bontot kuali dah hitam, ish... x usah la tayang hahaha...!

bunga_rose said...

COmelnyee..
Wahhh kemain suka dia dgn peralatan dapur.. ok la tu, nanti boleh la ummi dia request apa2 masakan dari dia hahah..

-Wan Siti Aisyah- said...

Salam wbt kak. Saya nak minta pandangan psl cara duduk Syakir. Kalau akak terbaca komen saya ni mohon balas ye=) Anak solehah saya skrg dah 10 bln lebih, alhamdulillah. Cara dia duduk mcm anak akak, Syakir duduk. Saya pernah baca artikel psl cara duduk ala-ala katak, dlm artikel tu menyatakan anak jadi malas & lmbt berjalan bila duduk style mcm tu. Betul ke kak? Dan boleh saya tahu Syakir mula berjalan seawal umur berapa ye? Jzkk.

* Utk pengetahuan akak, anak saya dilahirkan prem 35 minggu 2 hari berat 2.1 kg. Milestonenya alhamdulillah tak jauh beza dr baby normal cuma dia masih merangkak, meniti2 tapi tak berjalan lagi =)