Saya di bilik masa tu. Tiba-tiba Safiyyah datang, tunjuk aksinya yang biasa selepas meneguk susu dari botol. Dah banyak kali pesan minum dalam cawan, tetap juga minum dari botol. Setiap kali dia buka peti ais, itulah kerjanya. Kalau botol kecil tak apa jugalah. Ini botol besar; saiz 1 gallon. Shakir pula jadi pemerhati tetap gelagat Kak Longnya yang satu ni.
Mulanya saya buat tak kisah dengan aksi biasa Safiyyah tu tapi terdengar pula macam peti ais sedang 'dipunggah'. Cepat-cepat saya berlari ke dapur. Dalam pada tu terdengar bunyi air melimpah.
"Wan Shakir!" Kuat jugalah saya menjerit nama Shakir waktu tu.
Sampai di dapur, tengok susu dah melimpah. Nak marah tapi tak jadi terlihatkan Shakir yang berusaha tegakkan botol berisi susu tu. Saya agak, dia cuba 'togok' susu macam Kak Long dia tapi disebabkan botol tu berat, dia tak dapat nak kawal dan botol tu terbalik. Geram sangat masa tu tapi saya cuba tenangkan diri.
Shakir tahu saya tengah marah dalam diam. Berdiri tegak je dia di tepi dapur tu (gaya seorang pesalah :p). Nampak ummi bawa kamera, hilang terus muka bersalahnya tu. Dia ingat ummi tak marahlah dah tu. Dia tak tahu ummi tengah menahan geram.
Masa ni dah hilang rasa bersalah dah :p.
Sambil tunjuk susu yang melimpah tu, disebutnya "No!" (read: Oh, no!). Bunyi macam orang lain je yang tumpahkan susu tu -_-".
18 comments:
Memang takkan mengakulah..
Itulah keletah anak yang akan kita ingat bila depa dah besaq2 esok.
Akak pun kadang2 takdan nak tekan pause..pastu mulalah peluk cium anak..baba dah jeling, tu rasa bersalah la tu
Comel je die jerit no! tu..hehe
Dapat byg kan =)
'oh no' .. mest comel je shakir sebut kan kak...
hhehehe
hihi...bersabar je la..dorang kan dalam proses membesar..same macam Aisyah macam2 yang cuba dia explore..mau je jadik lion sekejap huhu..
sabar jelah nadiah ye. 1 gallon susu tu... bukan sikit kan. hmmm... nak marah pun tak jadi kalau tgk muka shakir yg comel tu... huhu...
cutenya !!! Inilah kenangan mereka bila dah besar nanti.
hehehe. comellah shakir ni.. boleh bayang muka tak bersalah dia tu..
alahai besar shakir tu mmg suka try mcm2 khen....mmg la suka pungah sana sini...boboy kata khen
Aduh 1/2 gelen susu tumpah...
Biasalah anak2 dia akan ikut apa yg kakak dia buat...
Jadi akak selalu nasihatkan kakak2 nya dahulu ... sebab kakak buatlah adik ikut kan.. so buatlah yg baik supaya adik ikut yg baik juga...
sempat juga tekan butang pause ye..
huuuu.. kesian dia tak dapat minum susu... susu dah abes lah shakir.. huhu...
mesti dorang banyak ragam.. tapi comel lah!!!.. hehe
hihi...js pun time ank2 kecik tak sempt nk break...haha..
tp kadang2 bila ingat balik manis pulak utk dikenang bila ank2 dh bsr...^^
naseb Shakir tak berenang dalam susu tu ye...:)
Makin membesar makin kreatif ye diorang berdua tu. Bijak2:)
Makin kena tingkatkan lagi kesabaran..hahaha.
hihi pipi bulat tumpahkan susu ye..biasalah, sini pon sama..ada sifu..hehe..
lepas nih Shakir takmo buat lagi yer...:)
macam2 kerenah anak2 ni kan..kdg2 geram dibuatnya..hehe dlm tengah nak marah tu masih sempat amik gambar anak..
As salam dear,
Kalau saya tgh geram tak sempat nak amik gambar... hehehe... maknanya awak sgt pandai mengawal emosi :)
Good job ummi, berjaya handle marah :)
Togok susu? Nasib baik anak2 saya tak pernah buat mcm tu...
Post a Comment