Pages

Friday, February 1, 2013

Salji di bulan Januari 2013

21 Januari 2013
Dengan tak disangka-sangka salji turun pagi tu. Dalam pukul 10.30 pagi tergerak hati tengok di luar, tengok-tengok salji turun. Halus je saljinya. Tak ada pula weather forecast mengatakan yang hari tu salji akan turun. Masa salji turun tu sekali lagi saya tengok weather forecast, tiada juga salji dilaporkan. Hanya dicatat sebagai cloudy sahaja. Sejam dua selepas tu barulah dicatat light snow di weather forecast. Kata suami, orang yang bekerja di weather forecast tidur agaknya..hihi..


Masa ni dah tengahari. Cuaca macam ni memang tak boleh nak beza sama ada pagi, tengahari atau petang.


Tak tebal pun saljinya. Esoknya cair dah.


29 Januari 2013
Sekali lagi salji turun. Saya sangkakan 21 Januari tu salji terakhir untuk musim sejuk kali ni. Ada lagi rupanya. Tak pasti pukul berapa salji turun. Yang pastinya, waktu malam :). Buat kali keduanya salji turun lebat bagi musim sejuk tahun 2012-2013. Tebal salji kali ni lebih kurang 3-4 inci.

Gambar-gambar di bawah diambil pada keesokan harinya...

Seluas-luasnya Shakir tarik blinds tu semata-mata nak tengok salji di luar ^_^.


Cantik pula saya tengok pokok yang diselaputi salji ni. Pokok ni depan bangunan Physicians for Women. Kebetulan hari tu saya ada temujanji untuk prenatal checkup.


Gambar tong sampah pun ambil..hihi..


Antara gambar yang sempat diambil dari dalam kereta dalam perjalanan pulang ke rumah selepas prenatal checkup...








Cukup suka tengok salji yang menebal atas picnic table ni. Seolah-olah macam kusyen :). 



Nota:

  1. Musim sejuk di Lincoln bagi tahun 2012-2013 memang betul-betul rasa seperti musim sejuk. Suhu negatif sahaja memanjang. Tak seperti tahun sebelumnya, musim sejuknya panas [Musim sejuk yang panas].
  2. Walaupun suhu negatif hampir setiap hari, hanya dua kali (setakat entri ni ditulis) sahaja salji turun lebat. Yang lain hanya light snow sahaja.



7 comments:

Affieza said...

Shakir tgk dari dlm je ke??? hihi

nurbijen said...

kat sini pun dah nak habis winter... asyik hujan jer setiap hari...

Tebal juga snow tu, anak-anak mesti sgt eksaited kan?

FnF Simple Life said...

salan kenal...bestnye snow ;)

ishamizu said...

Cantik, subhanallah..kt sini pon lebih kurang tebal mcm tu :)

Unknown said...

harap impian PM dan keluarga ingin bercuti ke negara bersalji suatu hari nanti tercapailah...;)

mamaarifakeemaisy said...

Subhanallah..cantik..seronok dpt tengok live :-)

Nieyla Nadia said...

wah~syok nyer....