Pages

Sunday, February 17, 2013

Ketiga: Pertengahan trimester ketiga

Ikut kiraan minggu, kandungan saya dah pun melepasi pertengahan trimester terakhir. Alhamdulillah. InsyaAllah hanya tinggal sedikit masa lagi sebelum bermulanya proses kelahiran.

Alhamdulillah, masuk sahaja trimester ketiga, sakit-sakit yang saya alami di trimester kedua mulai reda. Namun, kelegaan nampaknya tak berpanjangan. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari :p. Hampir sahaja masuk ke pertengahan trimester terakhir ni, lain pula ujian buat diri. Kandungan dah terasa ke bawah sangat dah sampai rasa terlalu sakit di bahagian pelvis.

Masa mengandungkan Safiyyah dan Shakir, tak pula saya rasa begitu. Mereka dah 'turun' ke bawah pun saya tak perasan sehinggalah diberitahu orang yang perut saya dah 'jatuh'. Rasa macam baby ni tak sabar-sabar nak keluar dah. Asyik menekan-nekan je ke bawah. Risau je bersalin awal. Selalu pujuk baby supaya tunggu sekurang-kurangnya awal bulan Mac nanti. Masa tu insyaAllah baby dah full term.

"Pelvic pressure during pregnancy in the third trimester may occur due to lightening. This is when the baby moves into the pelvic area in preparation for birth. The baby’s head may press against the bladder, hips and pelvic and this can lead to pressure and pain. Extreme pelvic pressure during pregnancy may occur in the last couple of weeks, as the time for delivery approaches." [pregnancy baby care]

"...once your baby descends in preparation for birth, you may feel both pressure in your pelvis and sharp, stabbing pains in your pelvic and groin area. This is caused by a shifting in your pelvic bones, as your body opens a bit to deliver your baby, and by ligaments stretching to allow these bones to shift. You may feel these sharp pains in the middle of your pelvic bone, in your lower back, or even down your thighs. The discomfort might be constant, or you might notice it most when you cough, sneeze, or laugh." [parents.com]

Pelvic pressure yang saya alami dalam trimester ketiga ni tak sama macam pelvic pain yang saya rasakan sewaktu trimester kedua. Berbeza. Tak tahu nak terangkan dengan kata-kata. Kalau sakitnya datang, terasa macam bengkak je di bahagian pelvis. Nak melangkah dari bilik ke bilik air yang terletak bersebelahan dengan bilik ni pun seksa sungguh rasanya. Boleh kata hampir tak boleh nak melangkah langsung kalau tengah sakit.

Seminggu yang lepas, demam pula menjengah. Bermula dengan sakit tekak. Keesokan harinya mula tak sedap badan. Begitulah kebiasaannya Kalau sakit tekak, mesti demam mengiringi. Sengal sangat badan masa tu. Rasa tak larat nak buat apa-apa tapi kena gagahkan juga diri memasak, mengemas rumah sekadar termampu dan menguruskan anak-anak.

Catatan pemeriksaan prenatal dari awal sehingga pertengahan trimester ketiga:


4 Januari 2013
Pemeriksaan prenatal buat kesekian kalinya. Berat mencecah 112.6 lbs (51.1 kg).


15 Januari 2013
Pertemuan dengan Dr. Kenney buat kali yang ketiga. Alhamdulillah, hasil scan semuanya normal. Berat bayi dalam kandungan 3 lbs 12 oz (1.7 kg).


16 Januari 2013
Bacaan timbang pada pemeriksaan prenatal kali ni adalah 114.2 lbs (51.8kg). Jearlyn maklumkan bacaan Hb saya yang lepas adalah 7.6 (buat pembaca blog ini yang masih belum mengetahui, saya adalah pembawa talasemia...jadinya tidak hairanlah bacaan Hb saya serendah itu ketika mengandung). Jearlyn pun nampaknya lebih tenang melihat nilai Hb saya berbanding sebelum ni :). Kalau tak, cepat-cepat sahaja dia hubungi Dr. Kenney menyuarakan kebimbangannya terhadap Hb saya yang rendah :D. Alhamdulillah, saya juga 'lulus' dalam glucose screening test (GST) dengan bacaan 117 mg/dL. Tak perlu minum air gula buat kali yang keduanya ;). Dengan kata lain, bebas daripada diabetes ketika mengandung. Alhamdulillah.


30 Januari 2013
Kali ni berat saya mencecah 115.4 lbs (52.3 kg). Dalam pemeriksaan prenatal kali ni, Jearlyn khabarkan nitrite dikesan dalam sampel urine saya [the presence of nitrite is an indication to the presence of bacteria in the urine - helium]. Macam-macam dugaan mengandung kali ni. Cumanya kata Jearlyn, lepas dilakukan proses pengkulturan, tiada apa yang terbentuk pada sampel urine. Maknanya, tiada bakteria yang dikesan dalam urine. Alhamdulillah, lega sikit mendengarnya.


11 Februari 2013
Berat 116.6 lbs (52.9 kg). Nitrite masih lagi dikesan dalam sampel urine..huhu. Proses pengkulturan akan dilakukan lagi. Jika ada bakteria dalam urine, saya akan diberi antibiotik. Harap-harapnya tak adalah bakteria tu. Doakan saya ye.



InsyaAllah pemeriksaan prenatal seterusnya adalah pemeriksaan-dua-minggu-sekali yang terakhir dan satu lagi ujian perlu dijalani; Group B strep (GBS) [Group B strep (GBS) is a kind of bacteria that many people harbor in their intestinal tracts. The bacteria may also inhabit (or "colonize") your vagina as well, and be passed on to your baby during labor and birth. - babycenter]. Sewaktu mengandungkan Shakir dulu, keputusan GBS saya negatif. Mohon doa kalian agar keputusan GBS saya kali ni juga negatif. Doakan ye..


19 comments:

Unknown said...

Banyak sungguh dugaan pregnant kali ni ye kak..sabar ek. Moga dipermudahkan segalanya. Tak lame lg dah nak balik Malaysia. Baby dah tak sabar la tu..hehehe.

Siti Asiah said...

Moga dipermudahkan segalanya oleh ALLAH SWT...amin

nmirah said...

Akak doakan awak baik-baik sahaja tu dan tidak bersalin awal. Banyakkan doa ya..

All about a journal said...

Subhanallah..nak dekat dah..

Semoga urusan kelahiran kali ini dipermudahkan Allah..Ameen...

^_^

Oyis said...

adoi... kalo baby landing betul2 atas tulang pelvic tu, nak jalan mmg sakit. rasamcm bole terkeluar anytime je kan? huhu.. tp harap2 nya tidak lah. byk kan berehat ye nadiah

cahayahidupku.blogspot.my said...

Kena banyak rehat Nadiah, akak pun pernah merasai sakit tu, kalau nak berjalan terbongkok2 menahan sakit... moga semua dipermudahkan buat Nadiah ye :)

Unknown said...

sudah nak due yer...semoga semuanya dipermudah oleh-Nya...amin...

ishamizu said...

Sekejap je kan Nadiah dah akhir trimester..smg dipermudahkanNya. Amin..

Ruse Sulaiman said...

Semoga dipermudahkan..

nurbijen said...

semoga keputusan tu negatif, amin!
Dah tak lama la tu bila dah masuk trimester ketiga :)

nad said...

Moga dipermudahkan segalanya..

sweet life said...

semoga semuanyer ok sahaja...
baby sehat and akak pun sehat... hehe

Norhidayah said...

Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan proses kelahiran nanti.. Take care kak nadiah..

Affieza said...

xlama dah tu...moga akak diberi kesihatan yg baik2..AMIN

Najwa.H said...

rendah juga ye nad Hb tu.... kalau xde simptom anemia ok lg. walaupun saya thalasemia trait juga, tapi takat 9 macam tula. kalau 7 mcm nad, mesti dah pusing kepala kepeningan.
moga semuanya berjalan lancar ye .....amin...

mimmie said...

semoga allah permudahkan urusan kat sana ..insya allah,

Ummi Salsabila said...

Masa berlalu pantas kan kak?
Odah pun selalu rasa baby tekan tekan bawah sekarang.Semoga dipermudahkan Allah.Take care sis!

Fazlinil Irma said...

baby.. duk elok2 na dalam perut ummi.. jgn keluar lg. keluar 22 hb nti. boleh kita share tarikh birthday.. ;)

moga Allah permudahkan urusan nadiah..

Anonymous said...

salam kak..
sy pun pembawa thalassemia mcm akak.
skrg tgh preggy 5 bln anak kedua..last check HB 7.4..
masa 1st pregnant dl, tiap2 bln kena transfuse darah. but the thing is, i feel very fine n baby pun sihat according to doctor. kagumla dgn akak, baby dh full term, hb 7 something but xda nak kena transfuse darah ke apa kan. if kena kat doctor sy ni, skrg pun dia dah kalut nak suh sy transfuse.. aish. ble x share tips2 kehamilan bdasarkan pengalaman akak as mother of 3 n being a thalassemia carrier during pregnancy.. tQ :)

regards,
Iza K.
peanuct@hotmail.com