Pages

Thursday, February 28, 2013

Genap 2 tahun dan bercerai susu

Alhamdulillah, 14 Rabi'ul akhir 1434 lepas (bersamaan 24 Februari 2013), genaplah usia Shakir 2 tahun mengikut kalendar hijrah. Alhamdulillah juga Shakir dah pun bercerai susu. Dengan izin Allah, dapat juga saya menyusukan Shakir sehingga genap 2 tahun usianya. Alhamdulillah.

Sewaktu Safiyyah bercerai susu, saya tak pernah cerita di blog. Bukan apa, ianya berlaku secara pantas. Sedar-sedar je ketika Safiyyah genap 2 tahun, dia dah pun berhenti menyusu. Prosesnya terlalu mudah. Mungkin disebabkan Safiyyah tak kuat sangat menyusu, jadinya proses bercerai susu menjadi mudah. Tambahan pula waktu itu saya mengandungkan Shakir, dia boleh faham agaknya yang masanya untuk berhenti menyusu dah tiba :).

Lain pula halnya dengan adiknya, Shakir. Sejak di bulan Januari lagi saya dah mulakan proses bercerai susu sebab melihatkan gayanya, prosesnya tidak akan semudah Safiyyah. Pantang nampak umminya tak buat apa-apa, pasti minta susu padahal saya tahu bukannya dia nak menyusu sangat pun waktu tu. Nak melepas gian sahaja. Hobi pun ya juga kot :p.

Mulanya saya kurangkan bagi Shakir susu pada waktu siang. Alhamdulillah, tak ada masalah sangat. Waktu siang saya selalu mengelat kalau Shakir minta susu. "Kejap lagi ye". "Later, ok?". "Not now, please". Itulah ayat yang selalu saya guna apabila Shakir minta susu di waktu siang...hihi. Sambil-sambil tu saya ajak dia main atau bagi dia mengunyah atau minum fresh milk untuk buat dia lupa seketika tentang susu.

Cabarannya adalah di waktu malam. Saya memang dah jangka dari awal lagi sebab Shakir terlalu bergantung pada susu untuk melelapkan mata. Selagi tak menyusu, selagi itulah dia takkan tidur dan akan melalak-lalak sehinggalah dia dapat susu. Susu umpama ubat tidur buat Shakir :).

Ada satu asbab yang mempercepatkan proses Shakir bercerai susu. Masuk ke pertengahan bulan Januari, setiap kali menyusukan Shakir, pasti perut saya mengeras. Istilah yang diguna pakai adalah Braxton Hicks contractions (practice contractions). Sekejap je Shakir boleh menyusu. Perut mengeras je, saya terus berhentikan dia daripada menyusu. Melalak-lalaklah dia tak puas menyusu. Tertekan jugalah waktu tu dengar dia meraung tapi tak ada pilihan :(. Tak berani nak teruskan juga...bimbang terbersalin awal. Terpaksa buat-buat tak dengar raungannya tu.

Setiap kali menyusu begitulah keadaannya. Memang tak boleh nak bagi Shakir menyusu sampai dia puas. Berhari-hari jugalah dia mengamuk tak puas menyusu. Setiap kali tu saya cakap pada dia, "Ummi sakit perut sayang...tak boleh bagi Shakir menyusu lama-lama. I'm sorry, ok". Berulang-ulang kali saya sebut ayat tu. Dah selalu dengar ayat yang sama, nampak macam dia faham sikit. Tak puas menyusu sekalipun, dia hanya merengek sahaja. Dah tak meraung dan mengamuk seperti sebelumnya.

Sejak tu saya semakin kurangkan waktu penyusuan. Daripada 3 kali sehari kepada sehari sekali. Sehari sekali kepada 2-3 hari sekali, dan daripada 2-3 hari sekali kepada seminggu sekali sehinggalah Shakir berhenti menyusu terus pada usianya 2 tahun. Alhamdulillah. Kelmarin ada jugalah dia minta susu tapi saya buat tak tahu je..hihi. Dia minta pun bukan beria sangat. Teringat agaknya :).

Tidur malam sekarang pun dah tak menjadi masalah. Tiba sahaja waktu tidurnya, mudah sahaja dia lelapkan mata dalam pelukan ummi :).


11 comments:

All about a journal said...

Entry yang dinanti2..

Wah..nape nampak cam senang? hehe..

Amir memang kurang..tapi malam2 tu yang susah..Lepas abih sebotol je, "ummi, nen nen.." untuk tidur..

Tapi masih tengah usaha jugak..sebab dia ni pun dah tahap gian..kadang2 dapat sesedut pun dah ok.. "tutup" kata dia..hehe..

Thanks kak for sharing..^_^

Yin Areesa said...

Ohh... Awisy dua tahun genap. Lom cerai susu lagi. yang ni cabaran juga. Anak kedua memang cabaran agaknya. walaupun dia dah sebotol minum susu botol, tetap cari yang asli jugak.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Pelena tido dia tu Madiah... tu yg mintak sgt tu.. tapi alhamdulillah dah berhenti menyusu...

transformed housewife said...

Syakir is a clever boy. Dah nak jd abg kan.

Siti Asiah said...

Sy plak xde pengalaman lg bercerai susu badan...Syakir good boy kan, nnt bg adik nyusu plak ye...:)

Unknown said...

oh baguslah kedua-duanya...cepat yer mereka bercerai susu...

Mifz masih minum susu...cuma dah kuranglah berbanding dulu...

ishamizu said...

Alhamdulillah..lepas ni turn utk adik Shakir plak. ;)

Nway Zafri pon penghisap susu ibu tegar..hehe hrp2 smpi msanya 2 thn senang lah nk ceraikan dia dgn susu ibu..amin!

nurbijen said...

Alhamdulilllah, nampak macam udah nak weaning off Shakir... dia dah besar dan mudah faham :)

Good boy la shakir ni :)

Amzar said...

bagusnya dpt anak2 nadia bf 2thn...anak2 imah palinh lama pun sthn je..krj yg xtentumasa kn...susu pun campur..tahniah syakir dah nak jd abg ye...

lady lavender said...

Proses bercerai susu bukan hanya dugaan utk si anak tp jugak dugaan emosi & mental buat si ibu. Lebih pd rasa tak sampai hati. Tp kalau dah terpaksa mcm kes nadiah nak tak nak kena jgk buat hati kering kan! Alhamdulillah shakir dah boleh terima perubahan utk dirinya.

Najwa.H said...

Owh. Nad. Saya tgh menghadapi saat2 sukar skrg ni dengan tasneem. Skrg dah 1thn 6bln. Wpun kandungan baru cecah 15 weeks, tapi terasa sgt penat. Cuba nak kurangkan, tapi masalah bila malam dia lebih suka bergayut. Kalau ditarik meraung sakan sampai ke rumah jiran bole dengar. Stress nya :(