Pages

Tuesday, March 5, 2013

Alahai...si anak teruna

Aduhai..mencabar sungguh melayan anak teruna di rumah ni. Semakin hari semakin menguji kesabaran. Terrible twos? Kak long dia masa umur 2 tahun dulu tak adalah terasa sangat cabarannya. Sepahkan rumah pun tidaklah sehebat adiknya ni. Sangatlah berbeza pe'el Safiyyah dengan Shakir ketika berusia 2 tahun (tentulah tak sama...seorang perempuan, seorang lagi lelaki :D). Pening kepala dibuatnya.

Akhir-akhir ni selalu jugalah Shakir kena marah...huhu. Geram. Dahlah tengah tak larat, macam-macam aktiviti yang membuatkan darah umminya mendidih dibuatnya. Dalam keadaan sarat begini, nak bergerak laju tak boleh, cepat letih...stresslah jadinya melayan kerenah si anak teruna. Dalam keadaan stress, mulutlah yang paling efisyen sekali bertindak berbanding akal fikiran yang waras...uhuhu. Tak guna pun marah-marah dia tapi geram sangat...kena marahlah jawabnya.

Tapi lepas tu saya minta maaflah dengan dia sebab tinggikan suara dan marah-marah dia. Budak besar tu tengah sibuk nak meneroka dunia sekeliling, tengah banyak akal nak bereksperimen...manalah dia faham apa yang dia buat tu betul atau salah. Dari situlah dia belajar pun cuma itulah, tak pandai nak 'berpolitik' dengan dia dan selalu tak berjaya mengawal emosi marah saat Shakir bereksperimen...huhu.

Antara aktiviti Shakir sepanjang minggu lepas:
  • Tabur cinnamon powder atas sofa dan karpet.
  • Sapu marjerin di sofa.
  • Menghabiskan segala herbs dan poppy seed dengan cara menaburkannya merata tempat.
  • Tuang sebekas serbuk koko atas karpet.
  • Curah susu segar atas karpet.

Semua aktiviti tu dibuat sewaktu saya di bilik air, ketika solat atau sedang beristirehat dalam bilik...huhu. Macam manalah tak naik angin. Pantang lepa. Ada je kerjanya >_<. Bab menyepahkan rumah, serah je pada dia. Sekejap je rumah jadi macam tongkang pecah.


Haa...sebiji perangai Shakir :p. Semua benda dia punya. Benda yang kak long dia pegang, kalau dia nak, dia main ambil je dari tangan kak longnya. Sebelum ni kalau kak long tak bagi, dia akan tarik rambut atau gigit atau cakar muka kak long -_-. Alahai anak soleh yang seorang ni. Alhamdulillah sekarang dah jarang sangat dia buat macam tu pada kak long. Mujurlah dapat kak long yang selalu mengalah dan tak pandai melawan balik. Cumanya bagusnya Shakir, kalau disuruh minta maaf, dia akan minta maaf dan peluk cium kak long dia. 


Dalam pada tu, dia jugalah penawar hati dan pengubat jantung (sudah pasti bukan pada waktu dia bereksperimen :p). Ada sahaja telatah yang membuatkan kami terhibur. Hilang segala duka, hilang segala tekanan. Satu lagi, kalau depan orang lain, alahai...bukan main baik lagi dia. Duduk diam je. Jurus kata orang. Pandai dia jaga reputasi diri sendiri :p. Papa dia selalu kata, "Bajet orang nak ambil dia jadi menantulah tu". Hihi...


13 comments:

Mixed-family in da house.... said...

hihihihi...syakir syakir...bijok esok2 nih.....

ummi, sabar lah.....

Unknown said...

hehe, anak lelaki mmg macam tu Nadiah. Kak yus dah ada 3 anak lelaki ni, mmg kadang tak larat. Arif tu skrg sama je macam Syakir tu, abangnya Abid pun masih sama kadang tu, dah pregnant 6 bulan skrg, tu yg rasa takde masa nak berblog mcm dulu, penat!!!....

Tp nak buat mcm mana kan, anak kita, kena banyak sabar jelah, InsyaAlah moga dah besar nanti mereka mengembirakan kita pula....aminnn.

Amzar said...

anak lelaki mmg lasak lain mcm...

Siti Asiah said...

patutlah ummi geram ngan Shakir ye, mde yg serbuk2 ditumpahkannya...huhu,sabar je la ye ummi...;)

mirah said...

Wow penat tu nak bersihkan tambah2 nak kena duduk bangun dah lah tengah sarat ya. Takpe, bersabarlah. Ragam anak begitulah. Sementara nak besar orang kata..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Boboy mmg gituew
Nasib baik my son dulu x reti x punggah brg dlm fridge tu
But suka buka almari main periuk belanga ngeee
Mau x stress dh sarat khen
Blk mesia this months ekk???

sweet life said...

hehe... comei je syakir...
sabar ekh kak nadiah..
dia ada tak nak bermanja lebih-lebih.. sbb akak tgh sarat kan..
dia manja sbb mcm tau-tau je nak dpt adik baru.. hehe....

part "bajet org nak ambil dia jadi menantu" paling kelakar..

dpn org boleh nak behave.. haha
reputasi penting.. haha

nad said...

Comelll nye shakir!
Kalu saya la kt tmpt nadiah
Sepah2 yg cmtu trus jadik hulk/tarzan kot saya ni
Huhu..!
Kurang sabar sket saya ni
Ksian anak anak heee

Norhidayah said...

haha,, ayat "bajet orang nak ambil jadi menantu" lawak.. haha

Takpa, saintis memang belajar eksperiment dari kecik2 lagi..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sabar kena banyak Nadiah... tak payah besar syakir ni... anak akak 3 orang tu selalu buat akak jadi orang hijau ehe :P

.:dyla lokman:. said...

hahaha comel la shakir. kak nadiah saya rindu dia!!

Unknown said...

kadang2 bila kita dah marah lepas tuh rasa menyesal sangat kan...huhu

Ummi Salsabila said...

Ya Allah! Bila baca ni,sebijik macam Adam! Lasak,tak ikut arahan,kena ikut cakap dia,Dan tantrum!