Pages

Thursday, March 7, 2013

Ketiga: Penghujung kehamilan

25 Februari 2013
Pemeriksaan prenatal dua-minggu-sekali yang terakhir. Berat masa ni 118 lbs (53.5 kg). Selepas degupan jantung bayi dalam kandungan diperiksa, ujian Group B Strep (GBS) terus dilakukan. Sekejap sahaja prosesnya dan yang paling penting, ujiannya tak menyakitkan. Dalam hati berdoa agar keputusannya nanti negatif. Dalam masa yang sama, saya menerima berita baik daripada Jearlyn. Tiada lagi nitrite dikesan dalam urine saya. Alhamdulillah. Pengkulturan kali kedua yang dilakukan pun masih tiada apa yang terbentuk dalam sampel urine. Kata Jearlyn, kes saya ni pelik. Belum pernah lagi dia jumpa kes macam ni. Kebiasaannya, kalau nitrite terdapat dalam urine, pasti ada bakteria yang dikesan menandakan seseorang itu alami jangkitan pundi kencing. Kes saya, nitrite ada tapi bakterianya tiada. Apa pun, syukur semuanya kembali normal.


27 Februari 2013
Temujanji buat kali yang keempat dengan Dr. Kenney. Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Kandungan pun membesar dengan jayanya. Berat baby dah mencecah 6 lbs 3 oz (2.81 kg). Hmm...2.81 kg tu berat Shakir ketika lahir. Nampak gayanya, lebih berat daripada Shakir ketika lahirlah nantinya ni. Memandangkan tiada apa-apa masalah pada kandungan, lepas ni dah tak perlu buat temujanji dengan Dr. Kenney lagi.


4 Mac 2013
Bermulanya pemeriksaan prenatal seminggu sekali. Seperti biasa, Jearlyn memeriksa degupan jantung bayi. Selalunya sekejap je. Kali ni lama pula Jearlyn ambil masa mendengar degupan jantung bayi. Macam ada sesuatu yang tak kena ditambah melihatkan air muka Jearlyn yang kelihatan tidak gembira. Tiba-tiba baby dalam perut menendang dan barulah Jearlyn tersenyum. Rupanya, degupan jantung bayi sedikit aneh (tak normal). Bacaannya sekitar 105-107 sahaja. Mulanya Jearlyn suspek fetal distress tapi dia tunggu sikit masa lagi nak pastikan betul-betul. Elok je baby menendang, terus bacaan kembali normal. 150 per minit. Alhamdulillah. Haih...pandai baby menyakat >_<. Sebelum balik, saya tanyakan keputusan GBS saya. Alhamdulillah, keputusannya negatif.


Sekarang ni menunggu hari sahaja. Dah lega sebab dah masuk full term. Baby nak keluar bila-bila masa daripada sekarang pun tak apa tapi harap-harap baby dapat bersabar seminggu lagi. Minggu depan papanya banyak test dan assignment yang perlu dijalani dan disiapkan.

Mohon doa semua agar saya dipermudahkan bersalin secara normal, natural dan gentle ye.

14 comments:

Izan Ishak said...

kak izan doakan semuanya dipermudahkan utk nadiah ye... seronoknya dpt bersalin secara normal, natural n gentle di sana.

radziah AR said...

semoga dipermudahkanNya....agak2nya kawan siapa ye? safiyyah ke syakir

Amzar said...

semoga d permudahkn...

+ e.z + said...

semoga di permudahkn... :)

ishamizu said...

Take care Nadiah..smg mudah bsalin dan normal. Amin..! :)

Unknown said...

semoga semuanya berjalan dengan lancar hendak-Nya...amin...

anumuchan said...

gudlak k.nadiah..moga semuanyaa elok2 je nnt..wish me luck too :)

Unknown said...

semoga semuanya di permudahkan ya Nadiah.

nurbijen said...

Dah menunggu hari? semoga segalanya dipermudahkan.. saya pun rasa tak sabar nak tgk baby :)

transformed housewife said...

inshaallah. semoga dipermudahkan nanti.

Ruse Sulaiman said...

Semoga dipermudahkan segalanya

Anonymous said...

js doakan semoga dipermudahkan olehNya..dh smpi due dh ekk..

Ummi Salsabila said...

Semoga kita di permudahkan Allah! Penting juga scara gentle & natural kan? Insy Amin!

anumuchan said...

kak nadiah..tahniahh yeee..comel baby :)