Pages

Thursday, June 7, 2012

Melecur: Keadaan tangan Shakir

Saya terlupa je nak update tentang keadaan tangan Shakir. Ada yang bertanya tangan Shakir dah sembuh atau belum. Terima kasih banyak atas keprihatinan kalian :). Alhamdulillah, tangan Shakir dah pun sembuh sepenuhnya lepas melecur lebih kurang sebulan yang lalu. Satu lagi perkara baik, Shakir dah tak perlu bertemu pakar lagi dah :).


16 Mei 2012
Kami bertemu pakar buat kali kedua.

Sementara menunggu giliran bertemu pakar


Lepas tengok tangan Shakir, pakar tu puji saya. "You did a good job". Dia tak tahu setiap kali nak cuci tangan Shakir tu perut saya jadi senak. Huhu. Kali ni pun pakar cuci juga tangan Shakir. Menangis lagi Shakir. Huhu. Kalau saya yang cucikan, Shakir tak pernah menangis. Mungkin pakar tu gosok kuat agaknya.

"Yes, I know, I know. I know I mean. I know you don't wanna see me again". Hihi..tergelak saya dengar ayat pakar ni. Masa tu dia tengah cuci tangan Shakir. Shakir menangis sikit tapi dalam masa yang sama dia tenung pakar tu. Tu yang pakar tu cakap macam tu dengan Shakir ^_^.

Pakar masih suruh saya ulangi rutin yang sama pada tangan Shakir cuma kali ni dia pesan supaya gosok dengan lebih kuat supaya kulit lapisan atas tertanggal sepenuhnya. Perlu berjumpa dalam tempoh seminggu lagi untuk tengok perkembangan selanjutnya.


23 Mei 2012
Bertemu pakar lagi buat kali yang ketiga. Tersenyum lebar pakar tengok keadaan tangan Shakir. Kali ni pakar tak perlu buat apa-apa dah. Dia hanya ambil gambar tangan Shakir je. Masa jumpa kali pertama pun dia ada ambil gambar tangan Shakir. Mungkin untuk rekod agaknya. Shakir tengok pakar tu terus dia takut. Mula bunyi dia macam nak menangis padahal sebelum tu dia ok je. Ingat sungguh dia muka pakar tu.

Alhamdulillah saya dah tak perlu cuci tangan Shakir dah. Lega! Sepanjang 2 minggu ni, hanya sekali je suami saya cucikan tangan Shakir. Dia tak sanggup nak buat. Ngeri katanya. Dia yang lelaki pun rasa ngeri...saya apatah lagi. Huhu. Nak tak nak kena buat juga la. Itu pun saya paksa juga dia buat supaya dia tahu macam mana saya rasa tiap kali nak cuci tangan Shakir :p.

Tangan Shakir juga dah tak perlu disapu krim aitibiotik lagi. Juga tak perlu dibalut. Pakar cuma suruh sapukan losyen di bahagian yang melecur tu dan disuruh sapu sunblock kalau nak keluar rumah. Yang paling penting, dah tak perlu jumpa pakar tu lagi. Alhamdulillah :)

Kata pakar, sekurang-kurangnya 6 bulan diperlukan untuk kulit tu menjadi seperti keadaan asal




16 comments:

Ummi AmnaAmzar said...

ala..sian shakir..alhmdulillah dah hmpir sembuh tu.. anak Ummi pun nama Syakir..:-)

Fazlinil Irma said...

alhamdulillah dah ok.. dan shakir masih kcik. cpat kulit tu nak elok.

kakak sy kena sterika jgak dkt kaki. smpai skrg ada cap mohor diraja. kekal. :)

yatie chomeyl said...

alhamdulillah....lega bila dh tak payah cuci kulit dia lagi kan? semoga kulit shakir cepat berganti baru dan tangan kembali hensem macam dulu2

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Cian kecik2 dh Sakit gini
Nk buat Mcm mana takdir kan
Alhamdulliah much better Tgk
Get well soon sweet boy oke
Meh auntie hugs ketat2 ngeeee (。-_-。)

Najwa.H said...

alhamdulillah, dah baik...

apa-apa yg berlaku kat anak-anak, hati ibu dulu yang terusik...
;)

cahayahidupku.blogspot.my said...

Alhamdulillah dah semakin sembuh luka tu.. :D

Nabil akak sapu minyak gamat.. dah kering lukanya .. maklumlah cuti sekolah ni bergurau dengan sepupu-sepupunya dah terantuk dahi ...

+ e.z + said...

alhamdulillah dh mkn baek nmpknyer...
eB dolo msk tgn sendiri ngan kettle...
mcm terpukau... nsb kwn nmpk trus jerit... baru eB prasan tgn eB dh cam dgg nk msk .. puteh cam dgg aym tuh... x tau np x rs skt... kwn eB la trus letak krim dolla cantek... x tau la ader lg ke x krim tuh...
tapi alhamdulillah... tgn yg isi cam msk nih x nmpk snrg parut pn... walopn esoknyer mcm nk kena ptg buang jerk isinyer tuh....

mmg pengalaman...

Hanis MY said...

alhamdulillah cepat je recovery shakir...

p/s:nadiah hanis dah pernah masuk castle sebelum ni entri ni
http://hanasakura-tomodachi.blogspot.jp/2012/04/inside-shiroishi-jyou.html
rasanya dalam dia lebih kurang je kut, hari tu tak masuk sebab orang ramai sangat dengan nak bawa perut ni tak sanggup nak bersesak2 dengan orang ramai.

Chik Na said...

aduhhh ..ngeri memikirkannya... akak pun ada pengalaman sufia kena iron ..sampai sekarang ada parut atas kura tangan between jari telunjuk n jari tengah

Nur-nba said...

Syukurlah tangan Shakir pun dah makin sembuh.

FYI anak saudara Kak Nur pula pernah patah jari kelengking kerana tersepit pintu di rumah pengasuh.. Ngeri melihat jarinya yang patah.. Syukur Alhamdulillah sekarang jarinya dah sembuh.

Memang tak dapat bayangkan keadaan diri sendiri bila melihat zuriat sendiri ditimpa kesakitan..

Anonymous said...

moga tangan shakir pulih cepat...
apa sj yg kena kat anak, emak mesti rasa pedihnya kan???
ALLAH, bahagia nya jadi ibu ni..^_^

Affieza said...

Alhamdulillah tgn Shakir dh sembuh...

Unknown said...

alhamdulillah makin sembuh yer tangan Shakir...

acik nak pinjam sunglass lady gaga tuh boleh??

idasm said...

nadiah,
kesiannya kat syakir. kak ida dh bc semua dua entry sebelum ni. time cuci tu mmg rasa ngilu. nak2 time yg berdarah tu... boleh bayangkan sakitnya. kalau amira lah mesti menjerit2 nangis dia...

tp nampaknya syakir kuat semangat orangnya ye..
semoga cepat sembuh kulit tu..

Izan Ishak said...

alhamdulillah... dah elok pun tgn shakir ye. tp kalau k.izan pun mesti kecut perut time nak cuci luka tu...

Kamalia said...

alhamduliilah,dah sembuh ye..
dapat bayangkan macam mana senaknya perut nadiah time nak cuci luka tu..ngeri.