Pages

Monday, June 4, 2012

Shakir's 1st birthday bash

2 bulan lebih bertangguh akhirnya dapat juga dibuat majlis hari lahir Shakir yang pertama pada Jumaat lepas (1 Jun 2012) walaupun tanpa perancangan yang rapi. 19 Mac yang lalu Shakir genap setahun usianya tapi masa tu kami tiada di Lincoln (bercuti di bahagian barat USA). Balik bercuti keadaan tak mengizinkan untuk dibuat majlis Shakir. Dari minggu ke minggu bertangguh sehinggalah 2 bulan berlalu.

Majlis hari lahir Shakir ni pun sebenarnya menumpang aktiviti BBQ yang dirancang adik-adik undergrads sebagai meraikan Syafiq yang bakal berangkat pulang ke Malaysia (for good) 2 hari berikutnya. Dah alang-alang berkumpul beramai-ramai tu kami sekalikan je la majlis Shakir. Itu pun 3 hari sebelum BBQ tu baru terlintas nak buat sekali majlis hari lahir Shakir. Persiapan pun hanya ala kadar je la. Tak apalah, janji dapat juga meraikan Shakir. Kalau bertangguh lagi silap-silap langsung tak terbuat.


Sesi potong kek. Semua orang dah kenyang, baru potong kek. Shakir masa tu memanjang moody. Dia baru kebah demam...tu yang moody je tu. Tak mahu diletak langsung. Menangis je dia..huhu. Wrong timing pula buat majlis Shakir ni


Safiyyah sibuk cuit krim kek tu. Saya buat Toasted Butter Pecan Cake. Alhamdulillah ramai yang suka kek ni. Sedap kata mereka. InsyaAllah nanti saya kongsikan resipinya ye :).


Hiasan kek ringkas je. Saya tak pandai dan tak kreatif dalam bab menghias kek..huhu. Buat pertama kalinya saya menulis di atas kek. Sebelum ni saya gunakan kacang (disusun menjadi huruf) atau guna huruf siap yang dibuat daripada telur dan gula tu. Mujur tak comot tulisannya ^_^. Saya pun hanya tulis 'Shakir is 1' je. Nak tulis 'Happy 1st Birthday Shakir' risau krim tu tak cukup sebab saya hanya guna baki frosting. Tak sempat nak buat krim yang baru.


Shakir geram dengan kek ^_^


Sekejap je ok. Lepas tu moody balik :p
(yang ni sedih betul-betul ye...bukan dibuat-buat :p)


Safiyyah tak habis-habis lagi cuit krim kek..huhu. Dah bagi sepotong kek padanya tapi dia tak nak. Nak cuit krim di kek yang besar tu juga..isk..


Peminat-peminat Spongebob :p


Birthday boy tertidur juga akhirnya


Nota: Cerita BBQ insyaAllah saya buat di entri lain


13 comments:

Unknown said...

huda plan nak celeb bzday lukman end of this june..mmg lewat 2 bulan dari birthday dia :)

yatie chomeyl said...

pandai nadiah bake kek...yatie ni ikut mood, kdg2 jd kek nya. kdg2 bantat hehe

transformed housewife said...

aloh kesian bday boy tak de mood ye.

Teratak Hami said...

abang2 dan kakak2 "dipaksa" pakai topi spongebob .. hehe. Cute jek

Rajinnya Nadiah buat kek.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

nyapa bufday boy nangesss tue
nmpk malatoppp sgt cake uols buat tue....oishii sou...carrot kek ker???

Daya Rudy said...

hehehe..lucu tgk safiyah...dia mmg macam geram je ngan krim tuh :)

Kak nadiah, ada resepi kek labu tak yang pernah di buat...teringin...katanya..heheh

Asmara said...

ala comel! suka kek ye? hehe.. nmpak sedap la nadiah kek tu, tak pernah cuba. nnti share resepi jugak ye. tq!

Kamalia said...

hehe..safiyyah suka cuit2 ye,lepas tu dia hisap tak jari yg terkena krim tu?
biasala bebudakkan,mesti nak yg besar tu jugak..
p/s:nadiah gunting sendiri ke rmabut dpan safiyyah tu?dah panjang rmabut diakan..

idasm said...

happy belated besday buat syakir. keknya nampak sedap sgt.. nadiah ni mmg terer buat kek.
safiyyah nampak cam kurus sikit...

Izan Ishak said...

alolo... siannya tgk shakir menangis camtu. amboi kakak safiyyah kemain lagi tu..

Nur-nba said...

Happy Belated Birthday Shakir.. Ter"miss" entri ni...

Sedap benar nampak kek tu..

Anonymous said...

hai...nk tanye..klau boleh berkongsi..kt mane ye beli topi spongebob tu? sy cr merata xjumpe..tq

Nadiah Sidek said...

anon: beli di sini je..di lincoln :)