Pages

Showing posts with label Syaaban. Show all posts
Showing posts with label Syaaban. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Countdown

Wednesday, July 4, 2012

Chocolate-covered Strawberries Cake

Sebelum terlupa, saya kongsikan resipi kek yang saya buat untuk meraikan 2 orang anak dara sempena hari lahir mereka pada pertengahan Jun yang lalu. Ini pun sebagai rujukan saya sendiri. Pada yang ingin mencuba, silakan :).

chocolate-covered strawberries cake


Chocolate-covered Strawberries Cake
by Carol Mccartney

2/3 cup butter, softened
1-1/2 cups sugar, divided
1 teaspoon vanilla extract
2-1/2 cups all-purpose flour
2-1/2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
3/4 cup milk
4 egg whites
1 cup sliced fresh strawberries

Frosting:
7-1/2 cups confectioners' sugar
1-1/2 cups baking cocoa
3/4 cup butter, softened
1 cup milk
2 teaspoons vanilla extract
1/2 cup sliced fresh strawberries
8 whole fresh strawberries
____________________


  1. In a large bowl, cream butter and 1-1/4 cups sugar until light and fluffy. Beat in vanilla. Combine the flour, baking powder and salt; add to creamed mixture alternately with milk, beating well after each addition.
  2. In a small bowl, beat egg whites on medium speed until soft peaks form. Gradually bet in remaining sugar, 1 tablespoon at a time, on high until stiff peaks form and sugar is dissolved. Fold into batter. Fold in strawberries.
  3. Pour into two greased and floured 9-in. round baking pans. Bake at 350'F for 20-25 minutes or until a toothpick inserted near the center comes out clean. Cool for 10 minutes before removing from pans to wire racks to cool completely.
  4. For frosting, in a large bowl, combine confectioners' sugar and cocoa. Beat in butter and milk until smooth. Beat in vanilla.
  5. Spread frosting over bottom cake layer; top with sliced strawberries. Top with remaining cake layer, frost top and sides of cake. Dip whole strawberries into frosting; arrange around and on top of cake. Refrigerate leftovers.





Nota:
Untuk frosting tu mulanya saya nak buat 5 cawan confectioners' sugar je sebab takut manis sangat tapi saya tersilap tak kurangkan sukatan susu sekali. Akibatnya, frosting jadi cair sangat. Nak tak nak, saya kena tambah lagi confectioners' sugar. Cadangan saya, kalau kalian nak kurangkan sukatan confectioners' sugar, kurangkan juga sukatan susu. Jangan ulang kesilapan yang saya buat ye :).

Nota 2:
Dah masuk pertengahan Syaaban dah. Sekejap je masa berlalu. Tinggal setengah bulan je lagi nak masuk bulan Ramadhan. Salam Nisfu Syaaban semua!


Sunday, June 24, 2012

Alhamdulillah, menang!

Pagi tadi sedang saya melayari Facebook, ada sahabat yang memaklumkan tentang pengumuman Presiden Mesir yang baru. Terus saya klik link Al-Jazeera yang diberi. Tak sabar nak tahu keputusannya! Makin ditunggu, makin berdebar rasanya. Banyak pula analisa yang dibentangkan. Saya tak fokus pada analisa berkenaan, yang saya mahu tahu di saat itu hanyalah keputusannya.

Akhirnya, keputusan diumumkan jua. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Dr. Muhammad Mursi menang! Secara rasminya, beliau ditabalkan sebagai Presiden Mesir bagi tahun 2012-2017. Allahuakbar. Ia adalah perkhabaran yang menggembirakan di awal Syaaban ini. Bergenang air mata saya tatkala mendengar sendiri berita kemenangan Dr. Mursi. Sebak dan gembira bercampur menjadi satu!


Mursi menang!


Aneh. Seolah-olahnya Mesir adalah tanahair saya sedangkan hakikatnya, belum pernah sekali pun saya jejaki bumi Mesir. Kemenangan Dr. Mursi adalah kemenangan buat Islam. Maka seharusnya saya juga turut merasa gembira dengan berita ini.


Jutaan rakyat Mesir sujud syukur di atas kemenangan Dr. Mursi.
MasyaAllah, indahnya suasana begini.


Sebahagian penduduk Mesir yang turut sujud syukur di tepi-tepi jalan.
Fenomena luar biasa yang mengagumkan.


Dr. Mursi solat sunat sebagai tanda syukur pada Yang Maha Esa atas kemenangan beliau.
Tenang rasa hati mendapat pemimpin begini.


Tahniah Dr. Mursi! Tahniah rakyat Mesir! Semoga Allah merahmati kalian. Semoga dengan kemenangan ini, Mesir bebas daripada cengkaman regim yang zalim sampai bila-bila dan Islam kembali dijulang tinggi di bumi Mesir..ameen.


Nota: Kesemua gambar saya ambil dari Facebook yang dikongsikan sahabat-sahabat lain.