Pages

Saturday, February 27, 2010

Takde akal!

Eii..tak tau la manusia jenis apa yang sesuka hati sepak terajang anak kecil macam bola sepak! Apa la kudrat yang ada pada budak 3 tahun nak melawan dan pertahan diri daripada terus ditendang??? Tenaga lelaki...tahu je la macam mana. Kalau kita ni kena sepak sekali pun dah rasa sakit yang amat...inikan pulak budak sekecil tu. Tak puas dengan tu, dipijak, dipukul dan ditamparnya budak tu! Tak berperikemanusiaan langsung!

(arwah) Syafia Humairah
sumber gambar: Berita Harian Online



Sakit hati sungguh baca berita pasal arwah Syafia Humairah yang jadi mangsa seorang lelaki yang takde akal! Harapnya cepat la lelaki yang takde akal tu ditangkap dan dijatuhkan hukuman setimpal.


Berita Harian Online: Didera sampai mati, Azab Syafia

MyMetro: Perangai binatang

Utusan Online: Kanak-kanak tiga tahun mati dipercaya didera teman lelaki ibu, Syafia alami kecederaan parah, Saksi lihat Syafia dicampak, dipijak


p/s: dalam pada tu sedih juga bila baca pasal ibu mangsa yang bersekedudukan dengan teman lelakinya yang takde akal tu sehingga mengandung dan melahirkan anak luar nikah sedih. Tak tahu nak kata apa dah...

18 comments:

Ros Illiyyuun said...

Salam...
Manusia ada akal, kalau takde akal itu namanya binatang...

studioukm said...

Akal takde, otak ader...kalau otak kepala ikan leh gak buat curry. Itulah gambaran kasar keadaan masyarakat Melayu yang mengaku Islam....ini mungkin peristiwa yang dah terlapor...macam mana dengan yang tidak dilaporkan...??? Mungkin ader lagi agaknyer....

miloicekaw1119 said...

x berperikemanusiaan langsung!!

Syahida said...

Salam Nadiah, si Lelaki tu mmg sah2 takde akal (mengalahkan haiwan), si Ibu pon sama juga takde akal (psl boleh bersekedudukan dengan manusia yang berhati binatang)...ada hikmahnya anak tu 'pergi'. kalau hidup pun, mungkin terus tersiksa...sakit hati bila baca statement si IBU (tak layak dipanggil ibu pun sbnarnya)..seolah2 tak pernah tau tntg anaknya didera selama ni...sangat menyedihkan dan meMALUkan bila berlaku dalam masyarakat kita macam ni.

sarahfazalul said...

memang sangat-sangat geram tatkala baca berita tu..=(

UstazCahaya said...

Salam ziarah.

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Allah Maha Adil dan Maha Penyayang.

husna said...

itu lah. dah tak tau nak kata apa dah kat org camgini.
semua perkataan dah keluaq habes dah.
tp still tak puas hati dengaq adanya org gila yang mcm nih.

lin muhamad said...

memng geram..tapi ada baiknya arwah pergi dari hidup dengan keluarga mcmtu..maknya pun sama pernah dera gak arwah...

Nida said...

Salam Nadiah..

Tapi akak peliklah.. orang2 sekeliling tu takkanlah tak boleh pegang org gila tu masa dia tengah hilang akal.

Kalau ye pun kena ugut supaya jangan masuk campur takkanlah mereka takleh pakat ramai2 leraikannya...

CatlinaFly said...

otak diorg kat lutut agaknye..sy pun dah wat entry pasal ni..ciannye kat syafia...syafia penghuni syurga insya Allah..

Nadiah Sidek said...

ros: a'ah, binatang le tu yg takde akal. tapi binatang pun tak buat mcm tu. lebih teruk dpd binatang!

studioukm: betul tu. mgkn byk lg kes2 seumpama tu yg tak diketahui :(

miloicekaw: mmg pun

syahida: tu la..mmg sedih la baca. pelik juga mcm mana si ibu blh tak tau anaknya kena dera

sarah: sama la sarah. geram sgt2!

Nadiah Sidek said...

ustazcahaya: benar ustaz. sekalipun dia terlepas dpd hukuman kat dunia ni..takkn terlepas dpd hukuman kat akhirat sana

husna: mmg sah la lelaki tu gila sbb dia takde akal

lin: yup..lebih baik arwah pergi dpd terus didera & membesar dgn suasana maksiat mcm tu

nida: wallahua'lam..

catlina: insyaAllah roh arwah jd penghuni syurga..

♥LOVE2COOK♥ said...

They are worse than an animal! I got so pissed off with both the mother and her boyfriend after reading the news!

Thinking on how much pain and suffer the little girl would have gone through make me really...really sad. They've taken a little life away! Just like that! So easy uh??? :(

I can't accept the fact that the girl is now free from abuse and that she's peace in heaven. She should be living a beautiful childhood life, going to school, to Uni...n so on...

But now? :(

May her soul rest in peace.

wfaiziah said...

itu bukan manusia tu..yaitan yang bertopengkan manusia barangkali..

Hamizah said...

dah tiada iman di dada inilah akibatnya..

ibunafis said...

salam nadiah,
manusia skrg dh byk yg xmcm manusia dh..smoge allah memberi pengajaran yg setimpal pd org2 yg kejam nih..

aLyNnZ said...

ms alin bc berita nie..mulut alin mmg murah dgn sumpah seranah..
alin mengucap panjang dunia zaman skrg dh serupa mcm zaman jahiliah..
dh xder perasaan kasihan sesuke hati sepak terajang budk yg xtau apa..buang bayi yg xberdosa..

Nadiah Sidek said...

love: agree with you sis. they're worse than animal!

wfaiziah: dah dikuasai syaitan..semua benda tak munasabah blh buat

hamizah: betul tu kak

ibunafis: a'ah, ramai manusia yg dah tak 'rupa' manusia dah :(

alynnz: tu la alin..nyawa budak dah macam takde harga je dah