Pages

Friday, February 19, 2010

Pencapaian baru Safiyyah

Atas permintaan, kali ni cerita pasal Safiyyah lagi. Takde sape pun nak tahu cerita ummi Safiyyah..asyik-asyik orang tanya perkembangan Safiyyah je *sob sob* jelir

Sekarang ni Safiyyah dah mula nak bawak banyak benda dengan 1 tangan. Benda pertama yang dia angkat adalah ini:

stackerBukan la Safiyyah angkat semua stacker ni. Dia keluarkan dulu semua gelung tu, sepah-sepahkan dulu, pastu baru angkat 2 daripadanya senyumkenyit


Mula-mula tu saya tak perasan pun. Ada sekali tu masa dia tengah main sorang-sorang, tiba-tiba dengar macam dia 'marah-marah'. Saya perhati je la. Rupa-rupanya dia marah sebab dia tak dapat angkat 2 gelung sekaligus dengan 1 tangan dia! Le...ingatkan sebab apa la. Terkekek-kekek saya dan suami gelak tengok telatahnya tu. Tak padan dengan tangan yang halus tu, ada hati nak pegang 2 gelung dengan 1 tangan. Tapi memang tak putus asa langsung. Banyak kali la dicubanya angkat 2 gelung tu, lama-lama berjaya jugak dia! tepuktangan

Pada kita, benda tu kelakar tapi pada Safiyyah, itu adalah suatu pencapaian baru baginya. Memang boleh perasan kepuasan hati dia dari air mukanya. Bila dah dapat pegang kedua-dua gelung tu, dipegang aje la dan ke hulu ke hilir dibawanya. Ye la, bukan senang-senang je dia dapat pegang 2-2 tu guna 1 tangan. Kadang-kadang tak berjaya pun, tu yang bila dapat tu, tak dilepas dari pegangannya tu.

Meh tengok video bawah ni...


Tengok la macam mana dia berusaha angkat 2 gelung tu sampai macam nak putus asa je



Yay, berjaya! tepuktangan
Saya ingatkan dia putus asa dah, tu yang saya off record terus dalam video pertama tu, sekali rupanya dia masih tak putus asa lagi! Cuba jugak dia buat sampai dapat senyum


Dalam 2 video tu takde la aksi dia 'marah-marah' sebab video yang saya rekod tu dah beberapa kali dia berjaya angkat 2 gelung tu. Percubaan kali pertama yang dia marah-marah. Yang tu tak sempat nak rekod sebab unexpected, ingatkan dia lapar ke apa masa tu... jelir

Lepas-lepas tu dia angkat kain banyak-banyak pulak. Baju-baju dia je la yang dia duk angkat buat masa ni. Macam tu jugak la style dia..angkat guna sebelah tangan je. Pernah cuba nak angkat kain-kain batik yang dah dilipat tapi masih belum berjaya..ehe. Ada hati nak angkat kain batik banyak-banyak guna 1 tangan je. Tak sedar tangan tu kecik je sengihnampakgigi

Oh ye, gigi Safiyyah belah atas dah keluar dah sebatang. Sekarang ni dah ada 3 batang gigi le dah. Sejak gigi tu keluar, dia dah tak menggigit dah. Fuh, lega! penat Hantuk kepala kat dinding pun takde dah. Betul la kot andaian saya hari tu..dia hantuk kepala kat dinding sebab sakit gusi nak tumbuh gigi senyumkenyit

24 comments:

Sari said...

sronok tgok prkembangan anak langkah demi langkah...go go gurl n her ummi too..hehe

Imma said...

Boboy pon suka duduk gaya mcm Safiyyah tuu..and dalam 1st video tuh ada jugak laa dia nyaris2 nak ngamuk..dah start campak2 dah gelung tuhh..hehehe..video 2nd tuh comel je rbunyik suara dia..nak ckap yeay kaa aper tuh..hehe..

BTW, pipi safiyyah sgt cute okeyh..rasa nak cubit2 gitu..aci tak.. :-D

Fairus Basir from The Juggling Queen said...

safiyyah tu ok lagi, my falisha marah ... ya allah sabar je baru 11 bulan, esok klu 11 tahun x tau le..

tapi bestkan tgk progress diorg ni?
hugs and kisses safiyyah!

xoxo

mamaarifakeemaisy said...

clap3x..tuk Safiyyah! tak putus asa eh, akhirnya berjaya jugak..^_^..suka tgk telatah anak time nk membesar n mempelajari sesuatu ni..sweet..

safiyyah setahun ke umurnye?

aLyNnZ said...

lawak larr saffiyah nie..tp bgs kecik2 dh ada kemahuan usaha tangga kejayaan..mesti reaksi muka saffiyah tgh mrh2 siap ketap2 gigi kan?

oo gg atas saffiyah ada 3 yerr?
gg bwh ada brp plak?
gg atas Danish dh ada 4 btg, gg bwh ada 2btg..

Tp saffiyah cepat dpt brjalan..target alin Danish sethn dia dpt jln tp nampknyerr br mula bertatih setapak dua..

transformed housewife said...

salam Nadiah,
banyakkan lg aktiviti2 utk melatih fine motor skill ukt Safiyyah. Cari brg2 kat dapur, letak dlm bakul dan biarkan dia explore dan xperimen dgn brg2 tu.

Dayah @ Real Ummu said...

dah semakin bijak...pandai pulak nak 'marah-marah' ek... :)

HuMayRah HaYatI said...

comellah safiyyah..

Love2cook Malaysia said...

No giving up for Safiyyah! Thumbsup for her! ;)

Ummi Salsabila said...

tgk video ni dgn aufa.senyum2 kami tgk.bila part safiyyah jerit woh! tu aufa gelak kuat2.haha.

bagus safiyyah.never give up ok.hehe

ibu wawa said...

acik wa memang bangga dengan semangat safiyyah...
teruskan usaha ye!

seronokkan Nadiah sebab dapat tengok perkembangan anak di depan mata sendiri.

walaupun sukar hidup di negara orang, yang penting suami dan safiyyah sentiasa berada di sisi di kala suka dan duka.

Nadiah Sidek said...

sari: umminya pun go go jgk ek? hehe..

imma: itu mengamuk takde suara..hari tu je yg dia marah2 siap bunyi2 mcm marah lagi. picit la kalau dpt. ekeke..

paij: rekod la aksi falisha tgh marah..nnt dia besar blh tunjuk..hehe. a'ah, betul2..seronok tgk perkembangan si kecik :)

mamalieyna: nak masuk setahun 2 bln ;)

alynnz: gigi safiyyah 3 btg je..2 bwh 1 atas..lmbt skit giginya nak keluar. bdk2 lain2 perkembangannya. nnt danish dah start berjalan haa..baru tau letih nak mengejarnya nnt :D

Nadiah Sidek said...

temp.hw: nnt nadiah buat. tq kak nur for the suggestion ;)

dayah: tu la..kecik lg pandai dah nak marah2 :p

kak yati: tq :)

love: yay!

US: oo..aufa gelakkan safiyyah ye..hehe

ibu emy: betul tu kak :)

Hamizah said...

tahniah,berjaya juga sufiyyah..moga terus maju

Ummu Ammar said...

Safiyyah ni mmg ramai peminat la..Ummi jgn jeles plak ek..suka tgk gelagat Safiyyah..rasa nak gigit2 pipi dia tu..

Ummi Shira (AshAnas) said...

suke tgk aksi safiyyah...

fata said...

congrats safiyyah...lps ni sibuk la dia nk 'mengemas' rmh lak...hehe

Nadiah Sidek said...

hamizah: yay!

ummuammar: tu, terpaksa terima hakikat yg safiyyah lebih ramai peminat dpd umminya (err..umminya ada peminat ke??)..hehe

ashanas: ;)

fata: oh, skrg ni pun dia suka mengemas. umminya duk goyang kaki je kat rmh. ngee~

aLyNnZ said...

btul tuhh nadiah..skrg nie Danish merangkak pun lebih laju dr brjalan..xterkejar alin..tp x slim2 pun..

CatlinaFly said...

pandainye safiyyah!oh nak kena beli gak lah permainan gelung ni :)

Anonymous said...

slm kak nadiah

memang seronok tgk perkembangan budak2. saya kat UKM ni belajar ttg perkembangan kanak, so interesting :). ni pndpt saya la, kalau akak boleh bg galakan dan tunjukkan pnghrgaan pd safiyah setiap kali dia berjaya buat ssetu, cthnya tepuk tangan ke. tahniah utk safiyah dan uminye

-sabrina-

husna said...

useha gigih tangga kejayaan!

Nadiah Sidek said...

alynnz: hehe..tu la..tggu la nnt dia laju berjln..lg tak terkejar! :D

catlina: beli..jgn tak beli ;)

sabrina: tq sabrina atas cdgn tu! :)

husna: yup!

boundaries said...

dah berjaya...yeay!!!nmpk sgt dia puas hati....smpi syg nak lepas gelung tu...

akak mcm mana lak??ok?asyik ckp pasal safiyyah jer kan...hihihi