Pages

Tuesday, February 16, 2010

Ke SouthPointe Pavilions

Sabtu lepas kami ke SouthPointe Pavilions lagi! Entah kali ke berapa kami menjejakkan kaki ke sana pun tak tau la. Tak terkira rasanya. Nak-nak masa winter ni. Tak tahu nak ke mana, akhirnya SouthPointe Pavilions jugak jadi pilihan kami. Nak jalan-jalan ambil angin musim sejuk ni tak kuasa la kami. Sekurang-kurangnya, di SouthPointe Pavilions dapat juga cuci-cuci mata (read: window shopping) senyumkenyit.

Muzammil la yang duk mengajak ke SouthPointe. Nak cuba GPS yang baru dibelinya je sebenarnya! Konon-kononnya kami tak tau la jalan nak ke sana. Nasib baik la GPS tu takleh detect kita ni tahu jalan ke tidak. Kalau tak, mesti 'si GPS' tu kata "Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya GPS pula dia!" ihikhik

Lepas cuci-cuci mata sekejap, kami ke Barnes & Noble Bookstore pulak. Lama dah saya nak masuk kedai buku tu tapi tak terpergi pun. Kali ni baru dapat pergi. Hajat di hati nak beli buku untuk menambah koleksi yang sedia ada tapi tak jadi pulak sebab duk teringat buku-buku kat rumah ni pun masih ada yang belum berusik. Saya ni kalau angin malas membaca tu datang, 1 mukasurat tu pun entah berapa hari baru habis baca hatta novel sekalipun! adus Bila angin rajin datang, susah pulak nak berhenti baca sampai terlupa buat kerja lain jelir.

Sudahnya kami ke bahagian buku kanak-kanak je. Jom layan gambar dan video pulak kenyit

Dua-dua sekali nak!


Macam gaya orang besar je jalan sambil bawak buku sengihnampakgigi


Penat baca buku (err..penat bawak buku kot sengihnampakgigi), main Thomas & Friends Railway pulak kenyit


Masa nak balik, kami letak semula train yang Safiyyah pegang tu...mengamuk-ngamuk dia! Kalau benda dah ada kat tangan dia, jangan la diambil...kalau ambil jugak, mengamuk la dia. Mujur berjaya dipujuk senyumkenyit

21 comments:

al-lavendari said...

orang tua pun begitu ! kalau benda dah kat tangan, takkan senang2 nak lepaskan kat orang..

Hamizah said...

dah lama xjenguk kedai buku sbb skrg ni suka beli majalah2 kat kiosk2 jek.

Ummi Salsabila said...

comelnya safiyyah!! suke juga bawa aufa kekedai buku..if xbeli pun,smpat bacakan new books for her.:)

umminyer plak slalu beli majalah je.buku2 tebal xle la.mmg ssh nak abis! hehe

Jiji said...

bestnyaaa!

liyana mujahid said...

gaya cm prof la si safiyyah tu.
hehe.

arin said...

kalau anak2 dara kak arin tgk train tuh..mmg sakan le depa nak main..

husna said...

kak nadiah. baca la twenties girl.
husna dah beli dan baca... best

PadNani~~{@ said...

salam Nadiah:)

hi big gurl! comel je dia bwak buku tu..suka auntie tgk boot safiyyah..vouge baby!:)

Nida said...

Salam Nadiah..

Kak Nida kalau musim winter tak suka betul nak keluar... tak tahan sejuk. Tapi Nebraska lagi sejuk, Auckland yang tiada salji pun sejuk yang amat time winter

deena farhana said...

adui..comelnyaaa safiyyah ni..

Nadiah Sidek said...

al-lavendari: kalau brg sendiri tu lain la..hehe..

hamizah: sini takde kiosk (ke..tak jumpa lagi..)

US: suka jgk beli majalah tapi duk fikir2..mahal la majalah..nipis pun dah brp ringgit dah..terus tak jd beli. haha

jiji: thomas & friends tu ke yg best? :D

liyana: prof cilik ;)

Nadiah Sidek said...

arin: anak2 dara kak arin peminat thomas & friends ek?

husna: alahai..mslhnya angin rajin baca tak dtg lagi..huhu

padnani: sempat pulak tgk boot ye :D

nida: sini mmg sejuk betul kak tapi nak jgk keluar..hehe..

deena: tq ;)

kakyong said...

amboi si gadis kecil dan buku.. kalo bawa anis & aliya ke kedai buku.. abis diangkutnya.. LOL!!!

♥LOVE2COOK♥ said...

Snow Princess Safiyyah!!! Cute...:)

Nadiah, pls accept some awards from my page ya! ;)

ibunafis said...

salam nadiah,bes jalan2 tgk gelagat ank skali di dunia luar..adventure la..

aLyNnZ said...

Hi saffiyah..ngindunyerr lama dh rsnyer ummi saffiyah x update lattest pic saffiyah..

bestnyerr dikelilingi mainan..
hmm..itu larr budak2 dah cerdik xbleh org amin mainan sure mengamuk..hehe

aLyNnZ said...

saffiyah klau pegang sesuatu brg masuk mulut x? Danish pantang brg yg ada ditgnnyer dia x masuk mulut makan..risau smua tuhh kan kuman blh dpt sakit tekak, batuk dll..

Nadiah Sidek said...

kakyong: hehe..dah namanya pun bdk kakyong

love: oh, ada award ye? nnt sy gi sana ye. tq :)

ibunafis: kat luar lagi luas tmpt nk explore ;)

alynnz: safiyyah ni mujur la tak terus masuk dlm mulut. dia main2 dulu pastu lama2 kalau kat tgn dia baru dia masuk mulut

Ummu Ammar said...

Bagusnya Safiyyah ni..kecil2 dah minat buku yer..suka la tgk dia jalan..very comel!

CatlinaFly said...

salam kenal..:) thanks lawat blog sy, sy link k :)

Nadiah Sidek said...

ummuammar: bdk2 jln mmg la comel kak..ehe..

catlina: ok, tq :)