"Mak risau kamu bentan je ni. Itu la, mak suruh pantang betul-betul tak nak. Degil. Kalau kena bentan nanti nak bangkit pun tak boleh tahu tak," kata mak.
Masa tu saya tak tahu apa itu bentan. Nak bertanya inginkan kepastian tapi saya takut. Saya takut saya betul-betul kena bentan walaupun saya tak tahu apakah yang dimaksudkan dengan bentan. Alhamdulillah selepas 3 hari, demam saya kebah.
Tika itu baru saya berani bertanya mak, "Mak, bentan tu macam mana?"
"Bentan tu demam teruk. Kalau kena bentan susah nak baik. Ada orang kena berminggu-minggu, ada yang berbulan-bulan baru baik. Nak bangun memang tak boleh. Tu sebab mak suruh pantang betul-betul. Bukan saje-saje nak suruh berpantang. Makanan sejuk tak boleh makan. Nasi pun kena makan masa panas-panas. Badan kena sentiasa panas. Dulu masa mak pantang, kalau tak pakai sweater, tak pakai stokin...hah siaplah kena marah dengan opah kamu. Tak kira la cuaca panas ke, kena juga pakai sweater dengan stokin tebal sampai basah kuyup jadinya bermandi peluh. Ini kamu mak tengok kejap pakai kejap tak pakai. Nasib baik tak bentan," panjang lebar leteran mak saya tika tu.
Saya hanya mendiamkan diri. Tak berani nak bersuara. Sedar kesilapan diri tapi saya memang susah mendisiplinkan diri sewaktu berpantang. Namun saya tetap bersyukur demam yang saya alami bukannya bentan. Mungkin keadaan diri yang masih lemah kesan daripada proses bersalin membuatkan demam yang saya alami agak 'kuat' berbanding kebiasaannya. Apa pun, ia tetap menjadi peringatan buat diri saya sendiri...
4 comments:
Aku kan.. 2 minggu pantang mmg ikot arahan.. peh tuh masuk minggu ketiga... stokin pakai sampai matahari tegag.. bekong soh pakai semalaman.. jam 6 ptg aku dah bukak... pehtuh.. hari seterusnya.. jam 5... dah hujung tuh.. aku pakai bekong samapi jam 12 tgh hari.. pasal tak selesa nak tido.. dah la badan letih@!~
igtkan kek jer ade bentan! :D
Den raselah perempuan ni patut diletakkan label 'fragile' dan 'handle with care', agaknyalah....
xada istilah bentan dalam isu perubatan moden. yang ade cumalah jangkitan pada faraj akibat daripada tidak mengamalkan penjagaan kesihatan yang baik..
http://lhakim-suarahati.blogspot.com/2011/02/bentan-selepas-bersalin-boleh-bawa-maut.html
link ni ade citekan ape itu bentan sbnrnya
Post a Comment