Pages

Friday, May 8, 2009

Medical check up

Semalam kami ke Klinik Kesihatan USM buat medical check-up. Sejak peristiwa yang berlaku satu ketika dulu...tatkala penyakit datang menjengah...bertemu dengan salah seorang Doktor yang lebih sibuk menatap skrin komputer tanpa menoleh ke arah saya walaupun sekilas...saya sudah tawar hati ke klinik berkenaan.




"Awak sakit apa?" Ingat lagi ayat pertama Doktor tu sebaik sahaja saya masuk ke biliknya.


Hati saya berkata-kata, "La...kalau la saya tahu saya sakit apa, takde la saya jumpa Doktor."




Jangankan kata nak periksa nadi saya ke...degupan jantung saya ke...tengok saya pun tidak! Walaupun sedari dulu saya tak suka ke klinik (temankan orang ke klinik takpe)...namun belum pernah saya berjumpa dengan Doktor sedemikian rupa (owh...mujur saya sudah lupa Doktor yang mana satu).


Tapi disebabkan saya belum pernah masuk ke klinik USM yang baru dan besar tu (kafe kesayangan saya dirobohkan gara-gara nak buat klinik yang lebih besar dan cantik itu. Huhu...rindunya pada kafe Cahaya!), saya bersetuju je la dengan suami buat medical check up di situ. Memang cantik dan besar klinik baru tu kalau nak dibandingkan dengan yang lama.




Mula-mula kena check tekanan darah, timbang berat badan dan ukur ketinggian, check mata (waa...mata saya semakin teruk rabunnya gara-gara dah lama tak pakai cermin mata..), pastu check urine, pastu buat chest X-Ray (uh...tak sukanya saya!), pastu baru jumpa Doktor. Dek kerana kebosanan menunggu, Safiyyah pun terlena (dia memang mengantuk pun sebenarnya...hehe..)



Lena dalam baby sling



Kami bertemu dengan Doktor Norlela Maarup. Saya sukakan Doktor itu! Baik orangnya. Peramah lak tu. Yang lawaknya masa dia tengok filem X-ray suami saya..


"En. Zaki, ni awak punya X-ray ke?" Doktor Norlela bertanya inginkan kepastian.


"Ye kot...cuba tengok nama kat situ. Haa, ye la saya punya," jawab suami saya.


"Macam orang tua je," komen Doktor Norlela.


"Macam orang tua???" terpinga-pinga kami dengan komen Doktor Norlela.


"Ye la, cuba awak tengok tulang awak ni. Awak dah lama tak exercise ye?" duga Doktor Norlela.


Tersipu-sipu suami saya menjawab, "Dah 4 bulan dah saya tak exercise. Sejak isteri saya bersalin."


"Eh, awak yang bersalin ke isteri awak?" haha...tergelak saya dibuatnya!


"Takde la Doktor, saya duk berulang ke KL masa isteri saya dalam pantang," jelas suami saya.




Tiba-tiba perhatian beralih pada saya pula...




"Awak pantang kat KL ke?" saya ditanya.


"A'ah," saya mengiyakan.


"Kenapa tak pantang kat sini je? Pantang je la kat sini..belajar la. Nanti kalau awak beranak kat U.S. sana..hah macam mana?" uik..saya pulak yang kena!



Hehe...senyum aje la saya..



"Awak tak mengandung, kan? Zaman sekarang ni walaupun menyusu badan, cepat je lekat. Bukan macam dulu-dulu. Kena jaga la betul-betul, rancang betul-betul. Tapi kat sana awak tak kerja, kan? Kalau macam tu takpe la. Dah tak kerja, kat sana nanti awak beranak je la," adoi...terkena lagi saya!


"Nanti anak awak ni besar sikit lagi, minum fresh milk je la dia kat sana. Sana mana ada susu-susu tin ni. Malaysia je yang duk pakai susu-susu tin," sambung Doktor Norlela sebelum menamatkan perbualan.




5 comments:

husna said...

husna pon suka dr norlela. dan juga pernah terkena dengan dia..adei.sama gk dgn dr normala..
tak smpt jmp kak nadiah sebelum kak nadiah fly..huhuhu
gud luck tuk kak nadiah n famili di US nanti yer..

daud.montak.zakaria said...

Apa beza tulang orang tua dengan orang muda? Apa pula kaitan senaman dengan tulang? Musykil gak ni...

Nadiah Sidek said...

@ ukmstudio: yg tu kena tanya doktor la. hehe

NURUL IZZA said...

kak nadiah..nak menambah cerita doc lela tu..hihi sini, after the baby is born..either breastfeed atau minum susu formula..tp lepas setahun sume baby minum freshmilk yg mmg xpenah nk dipanaskan!.macam pelik je kan..tp mcm tula bbay sini..susu yg iza dapat tula yg dibg minum kat baby smpi 5 tahun ke tak silap..hahha gemukla nak akak nnti..belambak2 susu mcm tu sini.nk jumpa susu tepung xde plak..xpe nnt akak akn dpt jugak..nnt dtg akak apply.biasanya akan dpt...

so..welcome to US-nebraska..

Nadiah Sidek said...

hehe. kalu Safiyyah suka susu, mmg ada la kebarangkalian utk gemuk. tp tak tau la kalu dia ikut ummi dia yg tak suka susu sejak umur 9 bln lg. hehe..

p/s: baru tahu yg kat sana lbh 'glamer' dgn fresh milk. hee..