Pages

Wednesday, July 14, 2010

Trip to East USA (part 7)

Day 8 (June 2, 2010)
Hari ke-8 ni kami check out lambat juga. Dalam pukul 11 pagi baru check out..


Di lobby Motel 6. Mula-mula saya pakaikan Safiyyah klip rambut pastu teringat pengikat rambut Safiyyah yang baru dibeli di outlet...1 paket tu ada 3 pasang dengan 3 warna berlainan. Lama dah nak beli pengikat rambut untuk Safiyyah tapi tak terjumpa pulak. Ada pun yang jenis besar, mana nak sesuai pakaikan kat Safiyyah. Punyalah susah nak ikat rambut Safiyyah. Rambut seciput 1 hal...tak duduk diam tu 1 hal juga (dia lari-lari sebab tak nak saya ikatkan rambutnya tu..huhu..)


Perancangan asalnya kami nak terus ke Florida je tapi on the way tu ternampak pulak outlet tepi highway...singgah pulak la ke situ dulu. Dalam kereta tu ada 2 orang kaki shopping (2-2 lelaki..lol), pantang nampak outlet..nak singgah aje. Heh. Saya beli biskut je kat outlet tu. Orang gi outlet beli pakaian, saya berkenankan biskut pulak! Saya kan peminat biskut! Hehe. Masa jalan-jalan kat situ terjumpa pulak biskut yang ada tanda Kosher dan kebetulan stok biskut yang saya bawak dari Lincoln dah nak habis..tu yang beli tu.


Safiyyah duduk saje-saje je atas 'gajah' ni. Takde syiling pulak masa tu nak bagi Safiyyah main. Kat outlet ni memang banyak benda ni


Duduk sini sementara tunggu papa Safiyyah cuci-cuci mata (window shopping)


3-4 jam juga kami di outlet tu. Pastu kami teruskan perjalanan kami semula..


Anginnya tengah ok, menyengih je la. Datang angin ribut satgi...pening kepala dibuatnya..eheh..


Berhenti sini semata-mata tulisan South Carolina tu..lol..


Ya Allah..masa ni hujan lebat sangat! Memang tak nampak apa dah. Saya risau je masa ni. Doa je supaya perjalanan kami ni selamat. Nak berhenti tepi jalan pun bahaya jugak. Dan takde pulak rest area berdekatan. Kami teruskan juga la perjalanan, bergantung pada lampu kereta kat depan. Alhamdulillah takde apa-apa yang tak diingini berlaku sehinggalah ke Florida


Alhamdulillah kami selamat sampai di Florida: The Sunshine State jam 1 pagi. Dah lewat macam ni pun sempat lagi bergambar..eheh. Dari sini kami terus menghala ke Daytona. Dalam pukul 3.45 pagi baru sampai dan bermalam di Super 8 di Daytona, Florida



Day 9 (June 3, 2010)
Kami check out dalam pukul 10.30 pagi dan singgah sekejap di Daytona International Speedway untuk bergambar. Bergambar di pintu masuk je pun..



Merata-rata ada pokok palma di Florida. Boleh kata sepanjang jalan ada pokok palma


Dari sini kami terus ke destinasi kami seterusnya: Miami, Florida..


Mesti ada sesuatu di tangan Safiyyah bila dia nak tidur dalam kereta


Subhanallah..cantik awan masa ni


Berehat sebentar di West Palm Beach


Kami sampai di Miami lebih kurang pukul 4 petang dan terus cari tempat untuk bermalam. Kami pilih tempat yang paling dekat dengan laut memandangkan si bujang berdua nak ke laut


Entah apa la masalahnya nak bayar parking masa ni. Punya la lama diorang uruskan


Si kecik ni la yang paling happy bila sampai di sesuatu tempat. Bebas daripada kena ikat! ^_^


Princess Ann Hotel. Kami bermalam di sini la. Di lobby nampak cantik tapi biliknya biasa-biasa je, macam taraf motel je. Cantik lagi bilik Super 8 Motel..lol. Sesuai la dengan harganya pun...68 dollar per night. Kira murah la ni. Kat bandar-bandar besar dan tempat tumpuan ramai jangan harap la nak dapat motel/hotel dalam harga 30-40 dollar. Mungkin ada tapi susah nak jumpa


View dari tingkap bilik. Belakang bangunan tu Miami Beach. Dekat sangat. Berapa minit je jalan kaki


Lepas solat dan rehat sekejap, kononnya nak keluar la jalan-jalan kat sekitar tu tapi hujan lebat pulak. Melepak la kami kat lobby hotel sementara tunggu hujan reda




Safiyyah tunjuk rajin..eheh..


Pemandangan kawasan sekitar. Area shopping ni. Armani Exchange, Gap, Ralph Lauren, MNG...banyak lagi la yang ada kat sini. Ada duit boleh la nak shopping. Kalau tak mampu tu...belek-belek je la..hehe..


InsyaAllah saya sambung cerita perjalanan kami ni di entry lain. Ingat nak buat sampai hari ke-10 tapi hari ke-10 banyak benda pulak nak cerita, nanti panjang berjela entry ni..

21 comments:

Kamalia said...

wah..dah smpi miami ye..xsbr nak tggu cite selanjutnye ni..baiknye safiyyah..duk dlm carseat pun behave je die ye..kot twin ni,10minit je bole,pastu mla la menangis nak kuar..grrr:D

Sari said...

sronoknya jenjln tmpt org..ksair mkn angin je la..hehe
pstt - nape gmbar akak xder kat networkedblogs nadiah ekk? dh folow dah tadi..nnti folow kat akak punya gak tau..hihi,tq

KHAIRUR RAHIM said...

sekali dia ronda... sakan!

mamalieyna said...

waah byk tmpt tul meronda eh..best nyer....alalaa kiutnye safiyyah diikat rambutnye! ^_^

aLyNnZ said...

alalaa comei nyer saffiyah ikat rambut yg seciput tuu..rambut danish kt bhgn blkg dh panjang tp dia laki so xbley nk ikatkan..wahh saffiyah skrg dh pandai senyum biler tgk camera..comel sungguh nank dara sorang nie..

comelnyer saffiyah tido lau dot tgk gambar dr depan lg comei..elok jew saffiyiah dok dlm car seat tuu..danish xnak langsung..

cantik2 tmpt yg nadiah g..syoknyer klau one day alin dpt pg..

Nia said...

alala, comel aje Safiyyah dengan tocangnya tu! kiut sgt!

kalau si Diha, mesti tak mau diikat rambut mcm tu. dia protes nanti..huhu

seronoknya jalan2 kat tempat org ni, bila la saya dpt sampai ke sana.

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

senangnya nak kasik safiyyah tido yek, kalu aisyah, kena kasi 'neneng ummi' baru dapat tido..

kak mas said...

sronoknya safiyyah.. kecik2 lg da round USA ye.. hehehe.. nmpk dia sangat behave.. :D

Ammi Sara said...

seronoknya...boleh tanya, mcm mana pandangan org2 sana lihat seorang muslimah bertudung? ada tak pandangan lain mcm ke? ataupun dah biasa dgn perkara mcm tu? :)

Nadiah Sidek said...

kamalia: ala kak..sama je dgn safiyyah. tu baru lg nak kereta tu. happy lg la. lama sikit lg..mengamuk! uhuhu..

sari: sementara ada kat sini kak..berjln la..hehe. tak tau pulak knp gmbr akk tak keluar kat networkedblogs tu..

khairur rahim: hihi..

mamalieyna: kejap je bertahan rambutnya berikat tu..pastu dicabutnya :p

alynnz: rambut danish kena potong la kalau dah pjg. nnt dpt baby gegirl blh la main ikat2 rambutnya nnt :D

Nadiah Sidek said...

nia: safiyyah takde la protes cuma nnt dia buang sendiri pengikat tu :p

ummi aisyah: sama la..safiyyah nak tido kena 'bergantung' dulu tapi tu la..nak travel mana blh mcm tu. mengamuk2 jugak la dia sblm nak tido tu..huhu..

kak mas: tunjuk gmbr behave je kak mas..nmpk la mcm sgt2 behave..hehe..

ammi sara: so far takde la pulak diorg pndg kita mcm alien..hehe. ok je kak. diorg ramah. kalau berselisih, senyum kat kita & kdg2 greet kita

Ina Hashim said...

bestnya jalan²...akak lom penah sampai US lagik

h4ni3 said...

miami?
jumpa horatio caine tak?
ngeee~

Izan Ishak said...

kelakar tgk safiyyah tido pegang straw...nyenyak plak tu! meronda betul ye nadiah..best2~~

tini said...

ala.. tomeinya safiyyah. sambung entry jalan2 ni lg, blh tumpang seronok!

Wasatiah Gurlzz said...

fuhh, bahaya giler hujan lebat...mujur akak sekeluarga selamat..Alhamdulillah

sweetsal said...

seronok dapat jalan2 tengok negara orang..

Amirul Faiz Abd. Razak said...

Err Miami tu kat Florida eah? Hehe, pertanyaan orang malas nak check kat GoogleMap. :P

idasm said...

salam nadiah. pertama kali berkunjung, terus jatuh cinta kat blog ni... hehe

1- safiyyah comel sangat
2- bestnyer jalan2 obesi..
3- gambar cantik2 belaka

Nadiah Sidek said...

ina: ambil kesempatan ms suami study sini :D

h4ni3: horatio malu la nak jumpa kitorg :p

izan: hehe..kdg2 dia pegang pen nak tido :D

tini: insyaAllah nnt sy sambung :)

wasatiah gurlzz: tu la, alhamdulillah selamat

sweetsal: ;)

amirul faiz: iye, miami di florida :)

idasm: hehe..tq suka blog ni & tq for all your nice words ^^

kakyong said...

rambut safiyyah nipis.. x ikat pun x per.. still nampak kemas...

x sabar nak tunggu catatan berikutnya... suka baca jer.. tak reti nak komen lebih..