Pages

Tuesday, July 6, 2010

Ibu susuan

Dalam entry pasal breastfeeding yang lepas saya ada tinggalkan persoalan di situ. Apa agaknya yang terbaik kita nak bagi pada anak kita sebagai alternatif seandainya kita tak mampu menyusukan anak sendiri atas sebab-sebab tertentu?

Jawapan saya: susu ibu juga. Bezanya, bukan dari kita tapi dari ibu yang lain. Dengan kata lain, ibu susuan. Zaman sekarang ni memang rasa janggal bila disebut pasal ibu/anak susuan. Saya sendiri pun tak terfikir pasal ni sehinggalah saya 'terjumpa' beberapa orang blogger yang merupakan ibu susuan. Dah la diorang muda-muda lagi dari saya. Memang respect la!

Hari tu pulak saya terbaca di blog Radieah berkaitan ibu susuan ni. Saya petik sikit ayat dari entry Radieah:

"Melihat kepada situasi tersebut menurut Ustaz Hassan Din al-Hafiz, beliau menyarankan supaya dihidupkan kembali konsep ibu susuan kerana adalah tidak layak seorang bayi yang diciptakan oleh Allah s.w.t dengan sebaik-baik kejadian diberikan susu binatang."

Klik link yang saya bagi tu untuk baca keseluruhan entry.



Bawah ni pulak saya copy dari blog Noriza. Noriza dan Radieah ni kedua-duanya 'adik' saya :). Noriza ni anak dara lagi (jangan marah akak naa Ija..ehe..) tapi apa salahnya cedok sikit ilmu yang dia ada..

Baru-baru ini saya menyertai talkshow Nisa' Wilayah yang bertajuk "Nilai setitis Susu Ibu". Di antara panel jemputan yang hadir ialah Ustazah Teh Izanuri yang merupakan seorang kolumnis Majalah Muslimah dan Puan Rita Rahayu yang merupakan Pakar Laktasi. 2 input penting yang paling saya ingati daripada kedua-dua panel tersebut ialah:

1. Menyusukan anak adalah merupakan hak seorang ibu
.-Ustazah Teh

Ya, ia hak seorang ibu. baru saya tahu bahawa seorang bapa juga tidak mempunyai hak untuk memaksa isteri menyusukan anak sekiranya isterinya tidak mahu. Bahkan wajib bagi sang suami mencarikan ibu susuan anak2nya sekiranya keadaan isteri tersebut tidak mengizinkan (tidak mempunyai susu) sedangkan dirinya mahukan anak2nya mendapat susu ibu. Walaupun hak mutlak memberi susu jatuh ke tangan sang ibu, namun seorang isteri dan ibu yang baik tidak akan mensia-siakan hak seorang anak untuk disusukan..



2. Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza bergantung kepada apa yg dimakannya.
- Puan Rita

Andaikata si ibu menyusukan anaknya selepas menikmati kelazatan durian, maka si anak dapatlah merasa susu perasa durian. Hal ini tidak akan dapat dinikmati oleh anak-anak yang minum susu tepung kerana rasa susu tepung tersebut adalah sama dan tidak akan berubah. Selain menimbulkan kejemuan, ia juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada perkembangan otak bayi.


Ustazah juga turut menceritakan perbezaan kecerdasan menghafal bagi 2 orang anaknya. Yang seorang diberikan susu badan secara penuh dan seorang lagi dicampur susu badan dan susu tepung. Al-hasil anak yang diberikan susu badan secara penuh lebih cepat menghafal berbanding yang seorang lagi
.



p/s: hmm..mungkin perlu dibuat kempen juga agaknya untuk menggalakkan dan mengembalikan konsep ibu susuan ni sekali dengan kempen breastfeeding..

18 comments:

CatlinaFly said...

terasa sedih pulak bila baca bab susu binatang tu huhuhu...wpun e-ein minum susu isomil.hmm..kalau ibu tu nak bagi susu tapi tak boleh camne lak ye..

anyway, tq nadiah for sharing!

deena farhana said...

oo..yg xde baby lg pun leh jd ibu susu ye..nk bg air susu ade cane?

Izan Ishak said...

nadiah...konsep ibu susuan ni mcm susah nak cari skrg kan. khasiat susu ibu mmg tiada tandingannya...

KakAsma said...

alhamdulilah setakat hari ini akak menyusukan susu badan ajer pada kesemua tujuh tujuh anak akak termasuk laa Umar..semua takmo minum susu skim,heran gakkan..tapi syukurlaa..mmg betul kata komen tu tahap kecerdasan otak anak yg menyusu ibu lebih cekap dan pantas dalam menghafal dan mengingati..maha Besar kurniaa Allah buat kita insan bergelar ibu kan Nadiah...

lina said...

Tahniah nadia...info yg sgt baik...

Hamizah said...

tahniah nadiah mampu menyusukan sufiyyah..

-a said...

persoalan:-

1)cara terbaik nak bf kalo berkerja
2)adakah masa 2 tahun tu, takde langsung bg solid food lain? (bubur,etc) 100% susu ibu je?

-azaBaik- said...

hehe -aza- tu...

Unknown said...

nadiah,
baru nak tag nadiah citer pengalaman BF nadiah...
http://www.kakyong.com/2010/07/aliya-masih-lagi-menyusu-ibu.html

aLyNnZ said...

husband alin ada ibu susuan..disebabkan ms dulu org susah mk mertua sibuk mencari rezeki dgn berniaga husband menyusu dgn ibu susuan semasa seperninggalan mk mertua meniaga..

Nia said...

sememangnya susu ibu juga yg terbaik utk anak2 kan.

Jiji said...

heheheheh mcm best kan jugak jadi ibu susuan... tp mcm mana laa nak komited kalo yg bekerja... budaya ni dulu merupakan satu pekerjaan (tp bukan laa bayar setiap bulan... kira upah menyusu)

Nadiah Sidek said...

catlina: jgn la sedih2 ye. saya tahu mesti ada sebabnya, kan? err..tak faham la soalan tu. maksud catlina..ibu tu ada mslh kesihatan ke yg tak blh nk bg susu tu?

deena: erk..akk rasa deena tersalah baca entry akk kot. blogger yg akk kata jd ibu susuan tu mmg dah jadi ibu. tapi akk pernah terbaca (tak ingat kat mana) ada yg takde baby..means takde susu la..blh menyusukan baby tapi tak ingat mcm mana dia buat supaya susu terhasil

izan: a;ah, mmg susah nak cari. org tak praktikkan

kakasma: alhamdulillah akk berjaya menyusukan ketujuh2 anak akk! nadia ni baru sorg..jauh lg tu. doakan nadiah blh BF kesemua anak nadiah ye!

lina: nadiah baru je dpt info ni :)

hamizah: mudah2an dpt nadiah BF semua anak nanti..ameen..

Nadiah Sidek said...

aza: ok, noted. nanti akk buat entry lain pasal tu ye :)

kakyong: nnt nadiah ke blog kakyong ye

alynnz: oh, susah nak dgr ibu susuan skrg. tak sangka hubby alin tu ada ibu susuan ye

nia: yup :)

jiji: berhenti keje la jiji..ehe..

Faliyana binti Muda said...

salam..sori saje mencelah..

Ibu Nabi Muhammad, Aminah. Selepas lapan bulan Muhammad dilahirkan, susu Aminah kering, tetapi dia tidak terfikirpun untuk menggantikannya dengan susu kambing yang banyak di rumahnya. Sebaliknya, Aminah lebih sanggup mengupah Halimatusaadiah untuk menyusukan Muhammad. Melalui kisah Aminah, Allah sengaja hendak mengajar umatnya bahawa wanita lain boleh menyusukan anak orang lain..”

Tapi zaman sekarg mmg jadi macam pelik kalau cari ibu susuan sebab kita xpraktikkan..

Za's said...

kak nadiahhhh!!huhuu..
itu namanya ilmu untuk akn datang..sy nie anak dara advance ,,hehe

ummuabdullahsyaakir said...

terima kasih kak kongsikan info ni..alhamdulillah saya dapt BF kn 2 2 ank saya wlpn Abdullah cuma dapt susu 4bln stgh je..huhu

Anonymous said...

Assalamu'alaikum...
Maaf puan empunya blog...tumpang ye.
Mencari ibu susuan muslimah sekitar ulu klang ampang. Sesiapa yg sudi boleh emel;
Almasqalamy (at) yahoo dot com

Trima kasih.