Pages

Sunday, October 14, 2012

'No' versi Shakir

Mengikut kamus Shakir, perkataan 'no' punya banyak maksud. No boleh jadi tak boleh atau jangan. Boleh jadi juga oh, tidak! Atau, boleh jadi juga hidung maksudnya. Senang, kan? Hanya guna satu perkataan ringkas untuk pelbagai maksud ^_^.

Kena pekalah setiap kali Shakir menyebut perkataan no. Selalunya, no yang bermaksud jangan, ditujukan buat kak longnya. Nampak je kak long buat sesuatu yang tidak sepatutnya, laju je disebut no pada kak long tapi kalau dia sendiri buat perkara yang sama, itu tidak mengapa :p.

Kalau ada barang terjatuh, no juga yang disebut Shakir. Yang mahu disebut sebenarnya adalah 'Oh, no!' tapi hanya perkataan no yang keluar dari mulutnya disebabkan masih belum pandai menyebut dua perkataan sekaligus :).

No juga bermaksud hidung menurut kamus Shakir. Jika tangannya ditunjuk pada hidung sendiri atau dipicit-picit hidung ummi mahupun papanya, hidunglah yang dimaksudkan. Setakat ni masih belum pandai menyebut nose dengan tepat. Jadinya, perkataan no jugalah yang kedengaran :).

Kopiah tak ada, snow cap papa pun jadi ^_^.
Gambar yang diambil beberapa jam sebelum rambutnya dipotong (ummi tengah tak ada kerja...anaklah menjadi mangsa :p).



Sebut pasal 'no', saya sekarang dalam proses untuk mengurangkan penggunaannya pada anak-anak. Pernah dulu terbaca berkenaan kesan penggunaan 'no', 'jangan', 'tak boleh' dan seumpamanya terhadap psikologi anak-anak tapi selalunya perkataan-perkataan tu juga yang laju keluar dari mulut saya..huhu..

Sumber: Facebook Puan Ainon Mohd.


Sekarang ni, kena usaha lebih keras lagi. Sebab apa? Sebab Shakir dah terlalu pandai menggunakannya. Kadang-kadang tu lebih dia lagi daripada ummi dan papanya. Siap dengan gaya tangan lagi kalau cakap no pada kak longnya >_<.

Bukanlah tak boleh guna langsung perkataan-perkataan tu semua tapi kena hadkan penggunaannya. Digunakan selalu, hilang keberkesanannya. Safiyyah pula cukup tak suka kalau kami kata no atau jangan padanya. Pasti memberontak. Budak besar Safiyyah yang saya terbaca, kebanyakannya memang tak suka dengan perkataan jangan. Mereka rasa diri mereka hilang kebebasan agaknya.

Jadinya, nak tak nak memang kena usaha lebih lagi untuk mengurangkan perkataan-perkataan larangan tersebut. Artikel How to Say No (Without Saying No) sedikit sebanyak dapat membantu dalam perkara ni.


16 comments:

Mixed-family in da house.... said...

ala-ala cute jer syakir dgn snow cap....hero kt rumah ni tak buleh nak letak apa pon atas kepala...huhuhu

eh boleh ke syakir dok diam masa Nadiah gunting rambut dia?

nad said...

Comel la shakir!

Unknown said...

betullah Nadiah. Akak pun lama tahu pasal tak boleh sebut No atau jangan pada anak2 tu, tapi itulah juga perkataan yang kerap terpacul dari mulut kita ni...huhu

Amzar said...

betul tu...kita kat rmh asyik ckp perkataan tu jer kn tanpa dsedari...kena ubah ni...syakir yg ciut...

Nadzreen said...

saya yang takda anak or isteri lagi ni kena start berlatih jugak ni. no for no! ^_^

Anonymous said...

ala bambam jugak baby shakir rupanya...^^

Hanis MY said...

Syakir yg sentiasa comel! Thanks share pasal no ni...

Nida Mohd said...

mmg betul perkataan paling banyak yang kita cakap kat anak-anak ialah no atau jangan..

comel syakir..bdk2 nak belajar bercakap mmg cute..pandai je dia olah bahasa sendiri, kita yang kena terlebih peka untuk memahami bahasa diorang..

Unknown said...

hehe,comel je,oh no jadi no terus ye shakir:)

Unknown said...

PM dan wife selalu gak perkataan NO tuh...kene ubah la yer...huhu

cahayahidupku.blogspot.my said...

Macam mana nak dielakan perkataan no... jika itu adalah perkataan mencegah.. atau melarang ye....

Firman Allah"Janganlah Kamu menzalami diri kamu sendiri"

ishamizu said...

Alalala comelnya Shakir!! Geram tgk dia..;)
Aah la Nadiah, izu ada dgr jgk psl ni tp samalah ttp jgk tpacul No dpd mulut ni..hihihi Ank2 izu pon sama, lg kita kata no/jgn lagiii dia buat..huhu kene try krg kan lah ckp No ni kan..insyaAllah cuba sama2..:)

Nadiah Sidek said...

dini: shakir pun tak suka pakai topi semua tu. sekejap mahu la :D. papa dia yang potongkan rambut. elok je dia duduk diam..letak atas high chair

kak yus: hehe...itu yang mudahnya kak

nadzreen: ada blog rupanya dia! bagi la link blog kat akak

kak yati: menghadkan perkataan no, jangan dan seumpamanya tu hanya untuk anak-anak kecil terutama yang belum mumaiyiz. bukan untuk budak-budak besar atau dewasa :)

izu: samalah izu...lagi dicakap jangan, lagi tu dia nak buat. saje nak buat ummi naik angin..huhu..

Nadiah Sidek said...

nad, kak imah, JS, hanis, nida, nana, papa mifz...terima kasih tinggalkan komen (tak tahu nak balas apa..hehe..)

kakyongnida said...

heeee. comel betul syakir ni. time dia sebut NO tu mesti cute jer kan =)

Izan Ishak said...

comelnya shakir... makin hensem dah dia!