Pages

Wednesday, October 10, 2012

Homemade pizza is yummy!

Begitulah menurut anak-anak. Oh, bukanlah disebut secara lisan tapi melalui cara mereka menikmatinya :).

Punyalah lama saya tak buat pizza. Tiba-tiba je sang suami minta dibuatkan pizza. Makanya, Isnin lepas, pizzalah yang menjadi juadah tengahari kami. Saya berkecuali sebab tak makan pizza. Dah nama pun picky eater, apa yang nak dihairankan..ye tak?

Memandangkan dah lama tak buat pizza, rasa teruja jugalah. Tambahan pula teringatkan si anak dara yang gemarkan pizza. Teringin sangat nak tengok dia menikmati pizza yang dimasak sendiri oleh umminya sebagaimana dia menikmati pizza di kedai.


Seronok tengok anak teruna ni makan pizza. Laju je habis sekeping pizza. Tak sangka sebenarnya dia akan makan pizza ni sebab sebelum ni kalau beli pizza, tak pernah sekali pun dia nak.


Kak long ni pula lain halnya. Tak berusik pun pizza di pinggannya. Aneh bagi seorang penggemar pizza. Dia hanya tengok dan belek-belek je pizzanya tu. Sedih tengok dia tak makan pizza tu padahal di kedai laju je dia makan..huhu. Mulalah ummi ni nak emosi >_<.


Tapi akhirnya...makan juga pizza yang ummi buat! Habis sekeping, minta lagi sekeping. Senang hati ummi ^_^. Saje nak menguji ummi ye...


Cheese pizza (depan) untuk anak-anak dan veggie pizza (belakang) untuk sang suami. Kali ni saya cuba resipi Italian Thin Crust Pizza Dough (saya hanya buat separuh adunan) sebab suami suka jenis thin crust. Saya tak ikut betul-betul resipinya...nak cepat. Lain kali insyaAllah saya ikut betul-betul langkah demi langkah, boleh tengok ada perbezaan atau tak. Sos pizza pula saya masih guna resipi yang pernah saya guna sebelum ni [rujuk entri Homemade pizza].



15 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedapnya tengok syakir makan pizza... bak acik sikit syakir :)

Pandainya Safiyah menyakat ummi ye ;P

All about a journal said...

masyaAllah sedapnyer...seb bek bukan tengah puasa..kekek..

Teruskan mencoret kak..sebab ada peminat setia kat sini..walau apapun yang akak tulis..

^__^

kakyongnida said...

mmg yummy betul tu. nampk pun macam sedap

Teratak Hami said...

Lepas ni pizza hut tutuplah :-)

Kalau buat sendiri, boleh overload skit topping nya.

sweet life said...

nyummmy.... sedapnyer...
kalo buat sendiri boleh berlebih-lebihan isi and cheese iyer tak kak?

hehe...
mesti akak seronok tgk anak2 and hubby makan laju...
tu pun dah satu nikmat kan?
.....^^.....

Affieza said...

Berselera Shakir makan...habis smpai ke pipi...hihi

yatie chomeyl said...

wohh nampak sedap macam kat kedai...

Amzar said...

sedapnya mkn pizza yg d masak sendiri...bselera anak2 mkn ye...

hasnisyakila said...

yummy sedapnya kak long ngan shakir makan :)

akak pun picky eater? sama la. hehehe.kalu nak try makanan yg tak pernah makan memang susah. ikan puns aya tak makan. teruk kan?
tapi pizza saya makan :)

transformed housewife said...

knur pun lama dah tak buat pizza sendiri ni. teringin pulak.

athirahariffin said...

trah pun suka masak pizza utk adik2x. they love it! :)'

suka kan tgk org tersayang makan sepenuh hati makanan yg kita masak kan kak

lady lavender said...

adoii comeyy sungguh shakir. walau comot tp tetap maintain comeyy!!

Hanis MY said...

mg nampak yummy tapi hanis tak reti la nak buat wuwuwu...

Anonymous said...

sedapnye nmpk ank teruna duk ngap piza tu...mau terliur plak makcik kt cni...hihi..

Unknown said...

tak heran kalau anak2 nadiah suka pizza ummi dia buat sebab drpd gambar pun nampak sedap sgt!!! pandai umminya buat...