Pages

Tuesday, October 16, 2012

Balloon flower namanya

Inilah jawapan sebenar bagi teka nama bunga :).


Tak ada siapa yang dapat menjawab dengan tepat tapi tahniah diucapkan pada semua yang cuba meneka nama bunga ni. Saya pun baru je tahu nama bunga ni dua minggu lepas. Itu pun sebab ada tertulis nama bunganya di situ. Kalau tak, sampai ke sudahlah saya tak tahu namanya :p.

Senang nak ingat nama bunga ni, kan? Saat terpandangkan bunga ni berserta namanya, saya fikirkan bentuk bunga tu kekal macam tu sampailah ianya gugur. Balik ke rumah, saya Google nama bunga ni. Barulah saya tahu bunganya akan berkembang mekar.

Seminggu lepas tu, saya pergi ke tempat yang sama semata-mata nak tengok bunga ni sekali lagi dengan harapan, bunganya telah kembang (punyalah semangat ^_^). Tapi....lain yang diharap, lain pula yang jadi. Pokok bunga ni jadi kering! Huhu...sedihnya rasa. Beberapa hari sebelum tu suhu jatuh di bawah paras beku, agaknya sebab tu la pokok bunga tu hampir mati.

Bunga yang kelayuan.


Saya cari juga kalau-kalau ada bunga yang masih bertahan. Alhamdulillah jumpa sekuntum yang dah kembang. Itu pun tak berkembang sepenuhnya. Jadilah daripada tak ada langsung.

Betul-betul sekuntum ni je yang tinggal.


Nota:
Google 'balloon flower' boleh tengok gambar yang cantik :).

15 comments:

Kak Izan said...

:D.. memang shantik...

Nieyl said...

x minat sgt bunga nie...sbb itu x penah pun amek tahu ape name bunga..hehe~tapi arini dapat belajar 1 jenis bunga dan name nyer..:)
TQ

Nida Mohd said...

cantik kak..

Mrs JemariSuri@mama QiSha said...

la lain ekk ngan nama js kasi...hihi

transformed housewife said...

mcm pernah terjumpa bunga tu sblm ni.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Hahaha Jauh menyimpang dari nama yg akak beri Nadiah... cantik bunga tu ; p

Nida Husna said...

kat mesia xda kan bunga ni. patut saya taktau kehkehkeh

Nur-nba said...

Kami belajar sesuatu yg baru... Cantik bunga ni Nadiah..Kat Malaysia rasa takde bunga ni..

Nur-nba said...

Kami belajar sesuatu yg baru... Cantik bunga ni Nadiah..Kat Malaysia rasa takde bunga ni..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ai ni bab nama bunga blh kira ngan jari jer yg tahu nama hahaha DUSH!!!

Chik Na said...

1st time tgk bunga ni... menarik bila dah kembang

Fatimah said...

Mcm buah letup yg main kt kg...kan...

Nadiah Sidek said...

kak izan: kalau bunganya berkembang mekar, lagi cantik!

nieyl: akak minat tengok dan ambil gambar je...nak menjaganya tak rajin..hihi..

nida: akak ke yang cantik? hihi..

JS: kalau saya teka pun gerenti salah! :p

kak nur: nadiah terbaca, bunga ni banyak di negara jepun, korea..

kak yati: saje je buat teka-teki macam tu supaya nanti nadiah boleh ingat namanya sampai bila-bila ;)

Nadiah Sidek said...

nida husna: akak pun sebab ada namanya di situ baru tahu nama bunganya ^_^

kak nur: katanya di jepun dan korea senang jumpa bunga ni

lady ayu: kita serupaaa! hihi..

chik na: yup, cantik bila dah kembang

fatimah: bunga letup pun saya tak kenal. orang takde kg..huhu..

Izan Ishak said...

cantiknya!