Pages

Tuesday, October 23, 2012

Bunga-bungaan di musim luruh

Ada juga bunga pada musim luruh sebenarnya. Cumanya, tak sebanyak ketika di musim bunga dan musim panas. Kebanyakan orang mungkin tak perasan sangat dengan kewujudan bunga disebabkan warna daun yang cantik lebih menarik perhatian.

Ini sebahagian daripada gambar bunga yang sempat saya ambil sejak penghujung September lalu. Segar mata memandang tengok warna-warni bunga.




Lavender. Pertama kali tengok lavender dengan mata sendiri. Selama ni tengok dalam gambar je.

Close-up bunga lavender.

Autumn Joy Sedum nama bunga ni.

Bunga ungu ni (kalau tak silap, Aster namanya) merata-rata boleh jumpa di musim luruh ni.

Solitary Clematis.

Clara Curtis Chrysanthemum.


Bunga Aster dari jarak dekat. Diambil pada hari yang berbeza.




Nota:

  1. Sejenis lagi bunga saya tak letak gambarnya di sini. Ada dalam entri 'Balloon flower namanya'.
  2. Bunga yang saya tahu namanya tu disebabkan namanya ada terpacak di situ. Bukan tandanya saya arif dengan nama-nama bunga ^_^.



7 comments:

Nieyl said...

cantik2 nyer....:)

Mixed-family in da house.... said...

best kan dpt tgk lavender 'live' gituuu.....

lady scooter said...

cantiknya bunga - bunga tu... subhanallah... lama tak tinggalkan jejak di sini...teehee....

bunga aster tu macam bunga daisy lak...

S! M4T4 C0KL4T said...

cantik...js pun suka shoot bunga...hihi..

hurm ada x bunga yg sama ngan neg. kite?...hihi

Papa Mifz said...

segar bugar bunga2 kat sano kan...

Izan Ishak said...

cantik2 semuanya nadiah... seronok dpt kenal macam2 bunga yg takde kat malaysia...

Nur-nba said...

Cantiknya.. Tq Nadiah..Kalau di Malaysia memang tak jumpa bunga2 ni..