Pages

Sunday, October 21, 2012

Murtabak daging Lincoln

Setelah sekian lama, akhirnya datang juga angin rajin buat murtabak! Dan, setelah 3 tahun lebih, barulah dapat menikmati murtabak semula. Lebih istimewa, ianya dibuat sendiri. Kenalah buat sendiri. Bukannya ada dijual di sini. Kalau di Malaysia, main tunjuk je ^_^.

Inilah salah satu kelebihan duduk di negara orang. Memasak makanan yang tak pernah terlintas di fikiran untuk dimasak sendiri. Ehem. Kelebihan la sangat..padahal nak memuaskan nafsu perut sendiri je..hihi. Duduk sini kenalah masak sendiri kalau nak makan. Bukannya ada pilihan lain. Sekurang-kurangnya, dah tahu macam mana nak masak murtabak walaupun belum tentu lagi akan buat murtabak sendiri apabila balik Malaysia nanti ^_^.

Dah lama intai murtabak di blog kak Nieza dan dah lama juga murtabak masuk dalam senarai menunggu untuk dibuat, cuma baru sekarang angin rajin tu datang. Terima kasih kak Nieza berkongsi resipi murtabak! :)


Murtabak Daging
Sumber: Kak Nieza

Kulit murtabak
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar marjerin
air+ garam ( agak-agak dlm 1 cwn)


Bahan untuk inti murtabak
200g daging kisar
2 bawang besar-potong dadu
3 bawang putih-potong dadu
4 sb rempah kari
garam+gula secukup rasa
2 bawang-potong nipis2
4 biji telur-atau secukupnya - saya tak letak
2 biji kentang dipotong dadu
1/2 inci halia
sedikit air asam jawa


Cara-cara menyediakan kulit murtabak

  1. Cara utk buat kulit murtabak sama macam buat roti canai.
  2. Campur semua bahan untuk kulit murtabak dan uli hingga tidak melekat pada tangan, bila curah air yang di campur garam masukkan sedikit demi sedikit.
  3. Uli hingga doh hingga lembut dan licin. Biarkan dlm 10 minit dan uli lagi.
  4. Bulat-bulatkan spt sebesar bola tenis....dan sapu sedikit marjerin ataupun minyak supaya doh tak melekat antara satu sama lain, perap lah lebih kurang 2, 3 jam, nak lagi sedap biarkan semalaman.


Cara-cara menyediakan inti

  1. Bawang kecil, bawang putih dan halia dikisar.
  2. Kentang direbus. potong dadu ataupun lenyekkan ia setelah empuk.
  3. Panaskan minyak dalam kuali.... setelah itu masukkan bahan yang telah dikisar. setelah kekuningan masukkan rempah kari daging yang telah dicampurkan dengan sedikit air.
  4. Tunggu sehingga rempah kari masak dan masukkan air asam jawa.
  5. Masukkan daging dan kentang yang telah dilenyekkan tadi.
  6. Masukkan garam secukup rasa. masakkan sehingga inti kering.


Cara-cara mencanai

  1. Canaikan setiap bebola ini nipis2....cara canai ni saya buat mcm mencanai roti canai....saya gunakan talam dan tarikkan doh tu ke tepi dan jgnlah terlalu nipis...boleh rujuk disini. Kemudian campurkan inti dengan telur supaya inti itu tidak terburai apabila makan nanti.
  2. Bubuhkan inti di tengah-tengahnya. kemudian lipat dan goreng dalam kuali panas dgn api yg perlahan sehingga kekuning-kuningan.
  3. Sedia dihidang bersama kuah bawang merah.








Komen suami: Macam terlebih kari je...
Komen tekak sendiri: Sedap! Cuma, macam terlebih kentang.


Hihi. Percubaan pertama, kira ok la tu. Sekurang-kurangnya ada usaha untuk mencuba. Ye tak?

Lepas salin resipi tu di sini baru saya perasan...kentang guna 2 biji je. Sebelum buat, terbaca 4 biji. Patutlah rasa macam terlebih kentang. Memang terlebih pun...daging langsung tak rasa :p. Dah jadi murtabak kentang la..bukan murtabak daging..hihi. Itu pun mujurlah guna 3 biji kentang je sebab rasa 4 biji tu banyak sangat. Isy, isy...Nadiah, Nadiah...lain kali baca resipi betul-betul ye! ^_^



Nota:

  1. Takziah buat kak Fizah Teratak Hami atas pemergian suami tercinta pada 14 Oktober lepas. Inna lillahi wa inna ilayhi roji'un. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama insan-insan yang beriman lagi beramal soleh..ameen. Semoga akak dan anak-anak terus tabah hadapi ujian yang satu ini.
  2. Tahniah buat Yatie atas kelahiran putera kedua pada 17 Oktober yang lalu. Semoga SN Jr. menjadi anak yang soleh..ameen..



17 comments:

Nieyl said...

wah..boleh la pas nie wat sndr..:)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedap tu.. murtabak satu.. ehe :D

Fazlinil Irma said...

sorang terlebih kentang.. sorang terlebih kari.. syukurlah anak2 x pandai komen lg.. hehe..

apa pun, sy jgak miss masa2 kat tempat org.. rajin mencuba resepi baru..

skrg.. rajin tunjuk restoren baru.. heeee.. makan kedai.. :)

S! M4T4 C0KL4T said...

tahniah...pandai jugak la wp pertama kali buat...kalau js mmg tak dpt la mkn...haha

zuanko said...

usaha yg baik diperantauan1 tpkalau naik kasi naik bau kari and daging..pastikan kari yang ditumis pecah minyak dulu bari masukan dagning dan kentang. pakai kari pe? import la dari kelate. cap aminah ke!

eB said...

one of my fav... x baek tau menggoda i... huwaaaaaaaaaaa ;p

♥MAMASYAZA♥ said...

ermmm mesti sedapp murtabak tu, akak lagi suka kalo terlebih kentang

Syigim said...

kita pun suka byk kentang! :) sedapnye...pandai nadiah tebar roti ye.. nk try tp takut roti tu tak jadi... hihi

ishamizu said...

Salam Nadiah

Hmm bestnya! Sy pon dh lama mengidam nk mkn murtabak ni tp tade keberanian nk cuba buat seniri! Tgk nadiah buat ni ter'inspire' izu. Boleh la try jgk nti ;)

Nadiah Sidek said...

nieyl: cubalah nieyl..takde la susah pun cuma renyah sikit

kak yati: dah habislah kak..hihi..

irma: itulah irma, duk negara orang macam-macam resipi nak cuba. duk malaysia main tunjuk/order je :p

js: nak makan punya pasal.. :D

zuanko: memang tumis kari sampai pecah minyak. saya pakai kari adabi

Nadiah Sidek said...

eb: haha...kat malaysia berlambak-lambak orang jual murtabak :D

mamasyaza: nadiah pun suka kentang lebih tapi ni macam melampau pula lebihnya :p

syigim: kite tak pandai tebar...tangan keras. main tarik-tarik je doh bagi nipis..ngee~

izu: cubalah izu. belum cuba, belum tahu ;)

athirahariffin said...

kalau kat kelantan ni, murtabak raja kat sini sgt sedap! nati akak balik kelate makan n try la murtabak raja ni ye :)

Chik Na said...

wah... pandainya buat murtabak, mcm tak susah sgt... boleh masuk list utk dicuba... teringat murtabak hafiz di seri serdang

Nida Mohd said...

nampak sedap..seka kalo yang inti tebal..nanti nak copy resepi ye kak..

Izan Ishak said...

kagumnya kak izan nadiah pandai buat murtabak. boleh letak isinya byk2 kan~

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

oishii sou
dah lama x homemade murtabak sendiri last buat masa bln posa lepas :))

Nur-nba said...

Rajin Nadiah...Nampak sedap murtabak ni... Takpe nanti buat kali kedua mesti dah improve..