Pages

Sunday, February 20, 2011

Infant Care Class

Berakhir sudah Infant Care Class yang kami ikuti 2 minggu lepas. Pertengahan Januari saya ajak suami join Baby University - Infant Care 3 week series. Tengok jadualnya, tarikh yang paling hampir masa tu 27 haribulan. Suami saya pun terus daftar nama kami. Ada 3 sesi kesemuanya dan dibuat pada tiga Khamis berturut-turut bermula jam 6.30 petang. Yurannya = 35 dollar/couple.

Saje je kami turut serta sebagai persediaan menyambut adik Safiyyah nanti. Al-maklum la..2 minggu pertama Safiyyah dilahirkan dulu, hampir 100% mak saya yang uruskan hal-hal kami berdua (saya dan Safiyyah). Memang saya rehat sungguh dalam tempoh tu. Suami saya pulak masa tu di Penang, baru mula attachment di sana. Hujung minggu je la dia balik ke Selangor, itu pun kalau dia takde kerja di hujung minggu.

Adik Safiyyah keluar nanti semuanya kami kena uruskan sendiri, dah la duduk jauh di rantau orang. Kelas ni kiranya salah 1 usaha kami dalam persediaan menyambut orang baru tak lama lagi. Sekurang-kurangnya boleh refresh balik cara-cara uruskan newborn :). Memang tak menyesal la kami daftar kelas ni. Ada ilmu baru yang kami pelajari.


Sesi pertama: 27 Januari 2011

Topik yang dibincangkan merangkumi:
  • Newborn characteristics
  • Hospital procedures
  • Holds
  • Crying
  • Soothing
  • Bathing


Sementara tunggu kedatangan 1 pasangan lagi, ambil gambar dulu ^_^. Hanya ada 3 pasangan je yang join termasuk kami. Saya suka kalau kelas tak ramai macam ni. Lebih mudah nak berinteraksi dengan instructor. Kami je yang lain daripada yang lain sebab kami je yang dah ada anak join kelas ni *wink*. 2 pasangan lagi tu nak sambut 1st baby


Antara barang-barang asas untuk keperluan baby yang diletakkan atas setiap meja. Berus tu bukan berus baju ye...tu untuk berus kepala baby


Safiyyah pun khusyuk mendengar. Gayanya tu macam faham je dia apa yang diperkatakan instructor ^_^


Instructor kami. Michelle namanya


Mula-mula kami suakan baby doll tu kat Safiyyah, saje nak tengok reaksinya macam mana. Sekali ditolaknya baby doll tu :p. Tapi bila suami saya pangku Safiyyah dan baby doll tu, dia tak kisah pun. Macam takde perasaan pun ye jugak :p


Tukar posisi pulak. Tengok tangan Safiyyah tu ada kat mana ^_^


Bila dah bosan, dia duduk bawah meja...selongkar beg ummi!


Masa ni rehat sekejap. Due date kami bertiga lebih kurang je. Yang berbaju merah tu due bulan 3, saya dan yang berbaju hitam tu due bulan 4. Sebelum tu saya ingatkan kandungan diorang baru 5-6 bulan sebab perut masing-masing kecik je...rupa-rupanya salah telahan saya (tak sedar perut sendiri pun kecik jugak :p)


Sesi mandikan baby!


Muka excited dapat mandikan 'baby'..hihi..


Safiyyah tengok je apa yang papa dia buat ^_^


Dalam sesi pertama ni, topik yang paling kami suka dan paling bermanfaat bagi kami adalah topik soothing. Ada banyak cara untuk menenangkan baby yang meragam. Dalam banyak-banyak cara tu, 2 kaedah yang baru kami pelajari adalah shushing sounds dan swinging (ditunjuk melalui video). Tak reti pulak saya nak terangkan kat sini macam mana shushing dan swinging tu dibuat..huhu..



Sesi kedua: 3 Februari 2011

Topik perbincangan:
  • Choosing a doctor
  • Signs/symptoms of illness & other topics
  • Breastfeeding / bottle feeding
  • Relationships & fatherhood
  • Childcare options

Dalam sesi kedua ni, ada tetamu jemputan, Katie namanya. Kalau tak silap, Katie ni pernah bekerja sebagai pediatrician. Sesi kedua ni kami hanya duduk mendengar je, diselang-seli dengan sesi soal jawab (lebih kepada perbincangan 2 hala)


Michelle dan Katie


Ketiga-tiga kami (mak-mak buyong) semuanya memilih untuk breastfeed baby :). Kat sini memang majoriti akan breastfeed anak sendiri. Pendedahan dan ilmu breastfeeding meluas kat sini. Harapnya 1 hari nanti semua ibu-ibu kat Malaysia memilih untuk breastfeed anak masing-masing :)


Beg ni suami saya dapat masa slot fatherhood


Ini isi-isi dalam beg tu. Diaper pun ada ;)



Sesi ketiga: 10 Februari 2011

Topik perbincangan:
  • CPR / choking
  • Dental students
  • Car seats
  • Home safety

Kali ni lagi ramai tetamu jemputan; Natalie (tolong ajar infant CPR) serta 2 orang nursing students (berbaju merah dan berbaju putih)


Bergilir dengan suami praktis buat infant CPR


Part ni tak tahu la saya boleh buat betul-betul kat baby atau tak. Macam tak sampai hati je tekan dada baby kuat-kuat..huhu. Harap-harapnya tak perlu langsung la CPR dibuat kat anak-anak...mintak la dijauhkan..


Bagus sangat slot infant CPR ni. InsyaAllah berguna buat kami suami isteri. Saya memang takde asas ilmu CPR. Slot ni membantu sangat-sangat la. Cara nak handle anak yang tercekik (choking) pun bagus jugak. Sekurang-kurangnya tahu le dah apa yang kami perlu buat kalau anak tercekik tapi mintak-mintaknya tak berlaku la. Ye la, biasanya bila berlaku betul-betul mesti jadi panik sampai tak tahu nak buat apa walaupun dah pernah belajar teknik-tekniknya.


Safiyyah dan aktiviti memanjatnya yang tak habis-habis. Mula-mula je elok duduk diam melukis. Lepas tu takde la dia nak duduk diam dah...


3 jenis berus gigi yang diberi oleh dental student. Berus gigi dengan pemegang lebar tu sesuai la bagi budak-budak yang baru nak belajar gosok gigi sendiri


Yang ni pulak dah masuk bab car seat. Kat sini penggunaan car seat diwajibkan. Untuk keselamatan anak-anak juga. Perasan tak si kenit berbaju ungu di sebalik car seat tu? Pembantu Michelle yang baru tu..dia lantik diri dia sendiri jadi pembantu..ngee~


Sibuk sungguh pembantu Michelle ni, lagi sibuk daripada Michelle sendiri :p


Berdedikasi betul menjalankan tugas :D


Buku-buku dan pamphlets yang kami dapat sepanjang 3 sesi



p/s: rasa excited pulak bila join kelas ni...macam nak sambut 1st baby! ^_^

p/p/s: saya dan Safiyyah kena tinggal lagi...uhuk! Suami ke Texas pulak kali ni selama 3 hari menghadiri mesyuarat..huhu..

23 comments:

Ummi Shira (AshAnas) said...

bestnye dapat join kelas ni....

Sulam Kaseh said...

Seronok juga kan.. dapat pengalaman baru.. kak imah ni pun, ingatnye nak berpantang kat umah sendiri.. so, banyak benda nak kena buat sendiri.. sebelum ni, relaks je.. sebab semua mak yang tolong.. tapi, bila anak dah sekolah ni.. memang terpaksa dah rasanya.. :)

lina said...

salam nadiah-sgt bagus nya...tak tahu nak cakap apa lagi....kita dh jd ibu ni belum pasti tahu semua...mmg kat m'sia so far tak ada la pulak kelas mcm ni.

Nor Moscow said...

35 dollar utk one days ke one session? One session berapa hari? cam syok jer kursus ni..Kak Nor rasa..harga pun not bad...murah!

yatie chomeyl said...

pembantu michelle tu nanti mesti byk leh tolong ummi dia sebab dia dh dgr banyak tips dari Michelle ekekeke

Daya Rudy said...

salam..akak bestnyer..akak boleh takkongsi macam mana nak selamatkan baby dari choking?TQ

h4ni3 said...

safiyyah pun kena prektis jaga baby tau!
hehe

Acik Erna said...

Nadiah..bagus kan..dapat menghadiri kursu tu.
nantikan nadiah kena jaga diri sendiri.

boundaries said...

bestnyer kursus dia....klu ada kat sini nak pi...hihihi..menyibuk jer kan...hihihi

k.nadiah mana video yang k.nadiah kata tu xde pun?

ummi_ziz said...

Bagusnya Infant Care class ni! Esp belajar cara2 CPR tu.

hihi comel betul pbantu Michelle tu..nti bolehla tlg umi jaga adik, insya Allah. :)

Amal Aizad said...

bestnya modul2 class yang akak pi ni. :)

sekarang kita tgh ikut class yg lebih kurang mcm tu jugak la. namanya PUSH-PUSH Program. baru diperkenalkan kot. buat kat klinik kesihatan, tapi dengan kerjasama hospital kerajaan. alhamdulillah FOC.

ada 4 sesi. hubby wajib ikut. next week baru nak masuk 2nd session. topiknya pelbagai tapi tak la se"best" dan sebanyak topik dalam class yg akak joined tu.

but alhamdulillah, ada jugak kelas utk tambahkan ilmu.

Kamalia said...

samala kita ye nadiah..mmg sblm ni pun org lain yg jaga..hahaha,wlupun ank dah 3,tp utk 2minggu prtama tu mmg mak yg tlg sumenye..kat sini ade jugak,free aje..tapi,xpilih class yg mn kami nak pi..smmgnye nak pi jugakla class ni..sng nak belajar bhs diorg..yela, diorg sume ni xleh speakingkan..huhuhu

Unknown said...

Siap ada kelas lagi ye di US untuk jaga baby. Bagus betul. Tapi diorang mmg ambil berat kan benda2 mcm ni. Di UK pun ada, jarang ikut je masa di sana dulu...

HuMayRah HaYatI said...

bagusnyer...berguna sangat2 bagi sape2 yang kurang berpengalaman utk handle baby...

Unknown said...

bagus la nadiah ade kelas mcm ni.. berbaloi..

berus gigi pemegang lebar tu mcm tak penah tgk la.. hehehhe...

Hamizah said...

kat sini pon ada kursusnya free je..tp belom sempat nak pegi..

NzA said...

berbeza sgt dgn di msia...

Chik Na said...

seronok jugak ada kelas macam tu.. akak kalu nak bersalin lagi, kena jugak g kelas macam ni..dah 7 tahun berlalu..

fa10 said...

bagus, bagus..
akak dulu ada ikut juga kat Hospital UM.
Nadiah org Selangor ke? kat mana?

Nadiah Sidek said...

ashanas: best!

sulam kaseh: mak ada, mmg rehat sikit (byk! :p) time pantang ;)

k.lina: betul, betul..dah ada anak tak semestinya kita tahu semua benda

nor moscow: 35 dollar tu utk whole sessions ;)

yatie: hrp2nya la..hehe..

daya: susah nak explain..kalau tunjuk demo senang sikit

Nadiah Sidek said...

h4ni3: setuju! boleh ummi rehat :p

kak erna: tu la kak..kena la ambil inisiatif sendiri sbb nnt kena buat semua sendiri

boundaries: video yg ditunjuk dlm kelas la. akak mana dpt videonya

ishamizu: yup, bab CPR tu bagus sgt

amalina: ok sgt la tu FOC. dah habis 4 sesi nnt boleh la kot amal cadangkan tajuk2 tambahan utk program tu :)

k.kamalia: best la kalau kata sana free tapi masalah bahasa la pulak ek

Nadiah Sidek said...

k.yus: a'ah, benda2 mcm ni senang je nak cari kat sini

k.yati: mmg bagus sgt

kakyong: nadiah pun 1st time tgk berus gigi gitu :D

k.hamizah: best la sana free

k.nza: err..apa yg bezanya kak?

chik na: berbaloi kalau pergi ;)

k.fa10: a'ah, nadiah org selangor. kat serdang ;)

Ummi Salsabila said...

masa preggy aufa dulu ada nmpk hospital buat.berbayar juga.bila nak join,dia kata belum bukak lg.maybe kat sini tak dot sambutan sgt kot.

bestnya dpt pi kleas tu...byk ilmu dpt..