Pages

Sunday, February 13, 2011

Beza pregnancy check up di Malaysia dan Lincoln

Saje nak berkongsi dengan semua perbezaan pregnancy check up di Malaysia dan di Lincoln ni. Ni hanya berdasarkan pengalaman saya je la dan setakat yang saya ingat..

* M = Malaysia
* L = Lincoln


Urin

M: Setiap kali check up, sampel urin akan diambil

L: Di Lincoln ni, sampel urin hanya diambil sekali je masa pengesahan mengandung tapi banyak test la yang diorang buat kat sampel urin tu, bukan hanya nak confirm yang kita mengandung je. Tapi, sejak saya buat ultrasound di Saint Elizabeth Regional Medical Center (hospital), sampel urin mesti diambil tiap kali ada appointment (buat masa ni 2 kali dah saya ke sana)


Rekod kehamilan

M: Masa mengandungkan Safiyyah dulu, saya pergi check up di Klinik Kesihatan, dapat la buku antenatal warna pink tu. Saya suka ada buku pink tu walaupun macam agak kuno tapi berguna sangat. Semuanya direkod/dicatat kat situ. Nak rujuk bila-bila pun senang. Masa ke US ni, memang saya bawak siap-siap buku pink tu sebab fikir senang nanti kalau saya mengandung kat sini, boleh tunjuk je pada midwife rekod yang berkaitan



L: Kat sini takde pun buku antenatal. Semuanya saya kena catit sendiri (saje catit untuk rujukan sendiri di masa depan). Saya suka bandingkan rekod terkini dengan rekod sebelumnya. Saya pernah tunjuk midwife (seingat saya, saya tunjuk pada Karen) buku pink tu, kagum dia tengok buku pink tu ^_^. Masa tu dia nak suruh suami saya buat full blood count (FBC) test sebab nak tahu sama ada suami saya ada thalassemia trait juga atau pun tak. Kat Malaysia dulu suami saya buat dah dan memang takde thalassemia trait. Kami tunjuk je la result FBC suami tu kat midwife. Jadinya suami saya tak perlu dah buat FBC test tu, midwife hanya photostat je result yang ada kat dalam buku pink tu


In-charger

M: Kat Malaysia, nurse dan doktor la in-charge

L: Kat sini pulak, semua hal berkaitan pregnancy, midwife/ob-gyn yang in-charge. Nurse hanya catit berat badan, check tekanan darah dan ambil darah untuk ujian Hb. Macam yang pernah saya katakan sebelum ni, tugas-tugas setiap staf di klinik/hospital semuanya spesifik


Ultrasound

M: Setiap kali check up buat ultrasound. Ni pengalaman saya la. Orang lain mungkin tak buat ultrasound setiap kali check up tapi disebabkan saya pembawa thalassemia yang Hb sentiasa rendah, nurse mesti suruh saya jumpa doktor. Bila jumpa doktor, memang doktor akan scan...doktor risau kalau ada masalah pada baby

L: Ultrasound tak buat selalu sebab mahal melainkan kita ada masalah kesihatan atau dirujuk kepada pakar. Tiap kali check up, midwife hanya check jantung baby guna fetal Doppler je


Pap smear

M: Tak perlu buat pap smear (bergantung pada individu sama ada nak buat atau tak). Lepas bersalinkan Safiyyah, doktor cadangkan saya buat pap smear tapi saya ngelat :p

L: 'Wajib' buat pap smear kalau belum pernah buat


Glucose Screening Test (GST)

M: GST hanya dibuat kalau ada keturunan/sejarah kencing manis (betulkan saya kalau saya tersilap tapi saya dulu memang tak disuruh buat GST)

L: 'Wajib' buat di hujung trimester ke-2 atau awal trimester ke-3


Hemoglobin (Hb)

M: Result Hb tahu masa tu jugak dan hanya hujung jari je dicucuk untuk ambil sampel darah

Tulisan merah tu Hb saya la tu. Merah je sentiasa, takde sekali pun bacaan Hb saya dicatit dengan pen biru/hitam


L: Result Hb akan dapat tahu masa check up seterusnya. Setiub kecil darah diambil dari lengan tiap kali nak nak buat ujian Hb (banyak darah saya terbazir kat sini :p)


Proses check up dan menunggu

M: Kena lalui banyak 'stesen' (di klinik kesihatan la). Mula-mula kena tunggu turn untuk timbang berat badan dan check tekanan darah di 1 bilik khas, pastu kena ke stesen seterusnya dan tunggu turn lagi untuk check Hb dan urin. Dah selesai, kena tunggu lagi turn di bilik lain pulak untuk jumpa nurse dan ambil ubat. Akhir sekali baru jumpa doktor (kalau nurse suruh la). Setiap bilik tu semuanya kena tunggu turn. Bayangkan la berapa lama saya kena tunggu..huhu..

L: Walaupun kadang-kadang lama juga kena menunggu, tapi proses check up cepat je. Bila nama dipanggil, berat badan akan ditimbang dan nurse akan check tekanan darah. Lepas tu jumpa midwife. Selesai urusan dengan midwife, nurse akan datang balik untuk ambil setiub kecil darah. Pastu boleh balik. Tak perlu la nak pindah-pindah bilik dan tak perlu menunggu banyak kali


Suntikan kancing gigi (tetanus)

M: Kena ambil 2 dos, dos pertama masa penghujung trimester ke-2 dan dos kedua diberi masa trimester ke-3. Kira wajib ambil la suntikan kancing gigi ni

L: Sehingga minggu ke-32 ni, takde pulak saya diberi suntikan kancing gigi. Memang tak perlu kot suntikan tu kat sini


Ceramah

M: Di klinik kesihatan, ada hari-hari tertentu kena dengar ceramah. Kalau tak silap saya, sekali rasanya saya kena dengar ceramah pasal anemia. Semua ibu-ibu yang ada appointment pagi tu, semuanya kena dengar ceramah tu. Habis ceramah, baru sesi check up dibuat. Aduhai...bertambah lagi masa saya menunggu!

L: Takdenya ceramah-ceramahnya ni

24 comments:

Ummi Shira (AshAnas) said...

shira pun suka ade buku pink tu... heret je mana2 pun, senang doc nak refer masalah2 kite kan...

Mek Rose said...

depa mmg mementingkan masa kan nadiah..tak suka lengah2..bagi mereka masa itu emas..sbb tu semua kene cepat n tepat!

fawwaznuha said...

beza lah sikit check up sana dan di sini..walaupun agak leceh checkup di KK tapi berbaloi sebab detail..
semoga semua2 selamat =)

arin said...

semoga semua nya nanti dimudahkan ..sure dah start dap dup dap dup..

fizhah said...

salam kak nadiah, saya ni follower blog akak. saya dl check up klinik swasta. saya pun hairan bl xkena2 suntikn tetanus tu, bila tny doc, dia ckp bnda tu xperlupun pd masa skrg ni.tp klink kerajaan msih lagi buat.

♥MAMASYAZA♥ said...

apapun pap smear memang penting, kena buat tiap2 tahun

ummi_ziz said...

hee sy pun ngelat pap smear, kt sini konfem kena buat. huhu. tp penting kan, lps tu leh la wat pap smear tiap2 thn. :)

Chik Na said...

bila nadiah sebut pasal pap smear, akak dah 2 tahun x buat..nak kena buat appointmnet buat medical check-up nih..almaklumlah dah berumur ni kena rajin check

Suhana Shahril said...

Haha..utk pengetahuan Nadiah, sampai skrg k.ana masih blum pernah buat pap smear..penakut sungguh padahal bukannya sakit pun.Mmg ingat hari tu slps bsalinkan adlin nak buat dah,tp asyik bertangguh dan x sangka nak pregnant plak dlm masa tdekat...slps bsalin yg no 4, kena paksakan diri buat jgk

Nadiah, suntikan tetanus memang akan kena 2 kali utk anak sulung. Tp bila pregnant utk anak ke2 dan seterusnya, kita hanya akan terima sekali shj.

BIONIC WOMEN said...

saya x pernah ada buku pink tuh, sebab sy x pernah chechup kerajaan..
sebab tu kekadang sausara mara tanya tentang hb saya x tau..tapi procedure ttp sama jer kan ngan kinik kesihatan

Syigim said...

bagusnya nadiah buat ni....seronok baca. kita pun nk buat lah banding2 mcm ni dubai-msia :) padehal dah 2 kali bersalin kat dubai! hihi

Mr.TN_SkY said...

haha..ade beza la cket eh? neway xde ceramah sbb jaga mse? or kt sne ksdrn da high kot..ehe =_=

Panas! Valentine Days Vs Maulidur Rasul??

Ibu Yusuf Maryam said...

Hehe.. terbaca ayat 'agak kuno'. kak zefa xde buku tu.. dua2 anak checkup kat PPUM.. dpt kad je..

ieda said...

salam..
bagus ada buku pink ni sb kita bukannya tahu bila & di mana nak bersalin.bila ada emergency senang pihak hospital nak refer.kat oversea mungkin ada system data yg menghubungkan semua hospital...so mudah utk mereka dapatkan info.sb tu tak perlu buku2 ni semua.

Unknown said...

kakyong test GST tu pernah buat, sebab masa 1st pregnant, tak ingat bulan ke berapa, berat naik mendadak 3 kg... hehehe..

masa Anis tak kena buat.. doktor faham ibu ni memang kuat makan... :p

masa Aliya kena pulak, hahahah.. sampai naik penin & nak pitam dibuatnya sbb minum air yag manis gila....


tak pernah ikut ceramah pun.... hahaha.. semua pun cari maklumat sendiri... ekekekke...

masa 2nd & 3rd kakyong buat checkup di klinik swasta jd sekejap jer.. tak sampai 1/2 jam semua dah selesai..

Unknown said...

suka citer nadiah yg proses checkup & menunggu tu..
coz kat sini bab menunggu tu paling saya tensen skali,yela dgn bw ank kecil lg,serabut je duk lama2 kat klinik..
bgus btul kat sana cepat & cekap & xbuat org tensen..

transformed housewife said...

banyak persamaan check-up di Lincoln dgn check-up masa Knur kat Hamilton, NZ. Sebenarnya sampai bersalin pun, midwife yg in-charge sbb doktor akan interfere kalau ada problem je.

Ummi Salsabila said...

byk betul diff nya kak...
bagus lg kita,ada buku pink tu as reference.
tp bab klinik,bab menunggu tu mmg tak bleh blah lmbatnya! Hehehe

Nadiah Sidek said...

ashanas: yup, senang ada buku tu

rose: nak kata cepat sgt tu takde la..hee~

fawwaznuha: tu la, leceh tapi ada juga bagusnya buat check up di KK

k.arin: huhu..kak arin dah lepas..turn nadiah nak pulak nak dup dap dup dap..

fizhah: oo..kat klinik swasta takde ek suntikan tetanus?

mamasyaza: mmg penting kak tapi dulu nadiah takut la..duk ingat sakit sgt buat pap smear :p

Nadiah Sidek said...

ishamizu: hehe..sama je kita ek. saya kat sini mmg takleh nak ngelat dah. padahal tak sakit pun sebenarnya :p

chik na: dulu2 nadiah takut buat pap smear. lps2 ni kalau ngelat pun sbb malu :p. heh..entah apa2 je

k.ana: oo...gitu ye? sini nadiah tak tau la diberi jgk atau tak suntikan tetanus tu. buat masa ni takde la lagi

bionic women: kat klinik kesihatan je yg ada buku pink tu

syigim: buat la. boleh kite baca. ala..kalau ada yg ke-3 pulak keluar kat dubai tu pun boleh je lagi buat perbezaan tu..hihi..

SkY: ala..kat malaysia pun hanya di klinik kesihatan je yg ada ceramah2 tu semua ;)

Nadiah Sidek said...

k.zefa: oo..akak check up kat PPUM ek..

ieda: yup, mmg bagus ada buku pink tu. kalau kat malaysia pun hanya di klinik kesihatan je yg ada buku tu pun

kakyong: a'ah..pernah terbaca gak..kalau berat naik mendadak pun kena buat GST tu sbb takut terlebih gula dlm badan

ibunaznoy: mmg tension pun menunggu..huhu..

transformed hw: kat oversea mmg midwife yg incharge, kan? err..tapi tak tau la negara2 lain

ummi salsabila: tu la..berjanggut menunggu :p

idasm said...

seronoknya baca pengalamn nadiah. byk jugak bezanya kan.

akak doakan semuanya selamat...

boundaries said...

dua-dua tempat ada kelebihan dan kekurangan masing-masing^_^

suke la baca cerita ni^_^

Melin Fork said...

sis, im wondering about the suntikan kancing gigi..
mostly my friends buat checkup di KK and they are suggested untuk di-inject. im having my checkup di private clinic and doc takde suruh ambil pun! im 1st child pregnant.
thanks in advance!