Lama sungguh la tak makan sotong...setahun dah kalau tak silap tak beli sotong. Kali terakhir beli dulu dapat yang tak berapa elok, baunya pun agak kuat..tu yang tertutup hati nak beli sotong lagi. Hujung minggu lepas suami saya tiba-tiba beli sotong..rindu sangat la tu nak makan sotong. Alhamdulillah kali ni dapat sotong yang lebih baik :)
Sambal sotong. Kegemaran saya! Puas hati dapat makan. Ingat lagi entry saya bertajuk "Rindunya nak makan..."? Hilang dah le rindu saya nak makan sambal sotong ^_^
Nak bagitau sesuatu ni...saya tak makan janggut sotong tau! Tak tahu la kenapa, tekak saya rasa macam geli-geleman pulak dengan janggut sotong :p. Entah apa-apa je, kan? Kalau janggut kecik-kecik tu saya telan la jugak tapi kalau yang besar macam dalam gambar tu...memang saya tak makan la. Bahagian janggut saya suruh suami yang perhabiskan..hihi..
Kerana sambal sotong la saya pernah merajuk dengan suami. Masa tu kami baru lagi kahwin dan baru dapat duduk rumah sewa. Saya teringin nak makan sambal sotong, saya pun masak la. Dah siap masak, kena marah pulak dengan suami...pedas sangat katanya..huhu. Pastu suami saya gi bilas sotong dalam pinggannya tu dengan air...lagi la saya sedih. Mana saya nak tahu cili kering tu pedas sangat-sangat, baru beli aje pun cili kering tu. Pastu terus saya merajuk tak nak masak apa-apa dah (macam budak-budak!) :p. Saya kan sensitif orangnya, masa tu pulak saya tengah mengandungkan Safiyyah...lagi la berganda-ganda tahap sensitif saya :p. Oh, yang ni saya tak buat pedas sangat pun...boleh diterima la tekak suami saya ;)
Ketupat sotong. Kegemaran suami saya! Dah nama pun orang Kelantan kan..harus la dia suka ketupat sotong. Ketupat sotong ni suami saya masak sendiri petang semalam. 2-3 minggu ni kerap juga la suami saya ke dapur. Teringin nak makan apa-apa, dia masak sendiri..takde dah nak request saya masak itu ini. Kesian agaknya dia dengan mak buyong yang asyik tak larat je ni :p
Oh, saya tak makan ketupat sotong. Belum terasa lagi nak mencuba. Tekak rasa kembang je..macam mana nak rasa. Ye la, sotong kan dah sedia manis, masak pulak manis-manis macam tu...mana la tekak saya tak terasa kembang. Pastu dimakan dengan pulut pulak tu. Aneh je saya rasa. Belum makan lagi saya dah terbayang-bayang rasa muak makan ketupat sotong :p. Kontra, kan selera saya dengan suami? Ni baru sotong je ni...belum lagi makanan-makanan lain.
Ni la sotong yang suami saya beli. Sini tak payah berangan la nak dapat sotong segar. Ikan, seafood semuanya frozen. Sekotak ni 48 oz (1.36 kg) berharga $ 5.99 (RM 18.20)
19 comments:
bestnya ketupat sotong. should try tau nadiah. memanglah pelik rasa manis tp sedap tau, lemak2 je rasa dia..
hihi dah lama tak mkn ketupat sotong. nak suh mak buatlah bila blk nnt..
sedapnya sambal sotong nadiah ni. dah terasa2 kat tekak.
k.izan pun tak pernah makan ketupat sotong. seb baik en Hubby anak kelantan celup je. so, tak kisahlah... hehe~
sambal sotong, memang kegemaran kami sekeluarga, lebihkan kuahnya...fuhhh bertambah nasi dibuatnya
sedapnya ketupat sotong tu..cubalah..mana tau tjatuh cinta..hehehe
akak pun makan sotong kotak camtu jugak. Errkk..sama lah kita tak mkn janggut sotong saiz XL heehe..takuutt!
sedapnya ketupat sotong...nak kena g carik sotong gak petang ni..huhu
tak pernah try gak ketupat sotong ni
dalam dia isi ape?
2-2 kakyong suka.. biasalah anak askar dah terbiasa berpindah randah, jd bolah kata semua masakan mesia ni buleh jer lalu tekak ni...
lucu plak baca kesah nadiah merajuk tu.. x per lah, baru kahwin masa mencari penyesuaian...
emmm..sedapnya...terasa la pulak kt tekak ni...m'sia, anytime dpt yg segar...kzie teringin nak rasa ketupat sotong tu. penah suarakan pd kawan kelantan, tp dia pun xmkn, so, simpan ja keinginan tu...
dpt la hilangkan rindu nak mkn sotong tu ye nadiah
nad,ketupat sotong tu nak wat cam ne ye? tak pernah pulak mkn (wpun ayah org kelantan)
tererla hubby Nadiah boleh masaak ketupat sotong tu. Knur tak pernah massak sendiri ketupat sotong tu walaupun knur ore kelate juga.
nadiah..merajuk kerana sambal sotong ye..he he.
akak baru2 kahwin pernah juga merajuk..tapi kerana pulut kuning..
masa tu mana la akak pandai buat pulut kuning..
salam nadiah,
sambal sotong tu nampak begitu menyelerakan. tp kak ida paling suka janggut sotong dan telur sotong... hehe.
ketupat sotong ganu tak manis, berkuah santan warna putih.. may be yg ni nadiah suka kot.. hehe..
Sedapnya nampak sotong tu..
Nadiah, saya tag awak untuk GA..
Semak di sini ye..
http://yusgca.blogspot.com/2011/02/contest-mata-bulat.html
wah. dpt jugak hilangkan kempunan kak nadiah.
sedap ja tgk sambal sotong kak nadiah.
ni baru 1st time dengaq nama ketupat sotong, inti dalam sotong apa? pulut ka?
k.mirah: belum terbukak hati nak rasa lagi la kak..ehe..
k.izan: kelantan celup?? hehe..
mamasyaza: sambal sotong mmg sedap! ;)
k.hamizah: nnt2 la kak..hehe..
lady lavender: ada geng jgk nadiah! ^_^
ummi aisyah: cari..jgn tak cari..hehe..
h4ni3: dlmnya pulut :)
kakyong: ok la tu kakyong..nadiah ni masalahnya jenis susah nak mencuba mkn2 yg nadiah tak pernah mkn..
kzie: kat pasar mlm kdg2 ada dijual ketupat sotong
najwa: ketupat sotong tu dimasak dgn santan, daun pandan & gula melaka sampai pekat. beras pulut tu nak kukus dulu pun blh, nak masukkan terus dlm sotong pun boleh. kalau tak nak kukus, masukkan separuh je beras dlm sotong pastu cantumkan janggut sotong dgn bdnnya guna lidi. masak sampai pulut masak & kuahnya pekat :)
transformed hw: dah teringin sgt..kena la buat sendiri :D
kak erna: hehe..akk pun pernah merajuk dgn suami masa baru kahwin ek :D
k.ida: nadiah tak minat janggut sotong..telurnya pun tak minat sgt :p
k.yus: kena rasa dulu baru tau sedap ke tak :D
husna: yup, dlmnya pulut ;)
w.pn akak org kelantan ttp xsuka makan ketupat sotong..ttp kalu masak sweet sour mmg feveret la.....
Post a Comment